SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



FolderLock: Lagi Perisian Untuk Sembunyikan Folder Anda

1 February, 2008 (15:35) | Perisian | Oleh: MK

Zuriaf ada meminta saya untuk menulis tentang perisian FolderLock yang berfungsi meletakkan kata laluan pada folder agar tidak boleh diakses oleh orang lain. Sebenarnya saya cuba elakkan untuk menulis perisian shareware (berbayar) dalam blog ini, tapi takpelah sebab kita nak buat perbandingan antara Folder Lock dan TrueCrypt.

FolderLock mempunyai dua pilihan untuk melindungi folder anda, iaitu Lock dan Encrypt.

Lock. Anda boleh Lock iaitu mengunci mana-mana folder yang sedia ada dalam komputer anda. Pilihan ini sangat pantas, ia mengunci folder dengan serta-merta. Folder yang dikunci akan tersembunyi dalam Windows. Fungsi Lock boleh dijalankan terhadap dua jenis folder:

  • Folder khas iaitu C:\Program Files\Folder\Locker.
  • Kepada mana-mana folder. Anda boleh memilih mana-mana folder dalam komputer anda untuk dikunci.


Encrypt. FolderLock akan melakukan proses encryption terhadap folder khas, iaitu menyulitkan segala kandungan di dalam folder tersebut. Dengan encryption, sekuriti lebih terjamin. Namun ia memakan masa untuk proses encryption tersebut. Encryption hanya boleh dijalankan terhadap C:\Program Files\Folder\Locker.

Dengan menggunakan BootCD, saya berjaya melepasi fungsi Lock yang diletak pada folder lain (bukan folder khas) dengan mudah. Walaupun saya tiada kata laluan, saya boleh mengakses folder yang telah melalui fungsi Lock dengan sesuka hati. Ternyata fungsi Lock ini tidak menjamin keselamatan folder. Namun C:\Program Files\Folder\Locker tetap gagal dipecah masuk.

Folder C:\Program Files\Folder\Locker yang telah melalui fungsi Encrypt pula memang saya tak dapat akses tanpa kata laluan.

Bagi versi percubaan, anda hanya boleh encrypt fail sebanyak 25 MB sahaja, tidak lebih dari itu. Ia juga mempunyai had penggunaan selama 35 hari. Jika anda ingin terus menggunakan FolderLock selepas tempoh ini, terpaksalah beli.

Sekarang, saya ingin bandingkan antara FolderLock dan TrueCrypt:

  • FolderLock boleh Lock mana-mana folder sedia ada dalam Windows. TrueCrypt tak boleh. Namun fungsi ini tak selamat, senang je saya dapat pecah masuk.
  • FolderLock hanya boleh Encrypt pada satu folder sahaja, iaitu folder Locker. TrueCrypt boleh buat dan encrypt sebanyak mana folder yang anda mahu.
  • FolderLock boleh diletak dalam USB drive. TrueCrypt pun boleh, tapi memerlukan kebenaran Administrator di komputer berkenaan. Dalam bahagian ni, FolderLock ada kelebihan.
  • Fungsi encrypt FolderLock mengambil masa. Semakin besar kandungan folder, semakin lama. TrueCypt dapat encrypt folder dengan sepantas kilat kerana mempunyai fungsi “on-the-fly encryption”.
  • Yang penting sekali, TrueCrypt percuma! FolderLock tidak… >_<

Hasilnya? Saya tetap memilih TrueCrypt. Tapi FolderLock ada antaramuka yang menarik ^^. Jika anda berminat untuk mencuba perisian FolderLock, boleh dapatkan versi percubaan di sini.

Popularity: 14% [?]

Entri berkaitan

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by zuriaf
2008-02-01 17:24:44

ohh…macam tu rupanya..masih terdapat kelemahan yang ketara eh…

err..aku punya folder lock tu free version je…takde apa² masalah ke kalau yang free..sebab takde tulis trial atau surh masukkan apa² kod lak…

 
Comment by SembangKomputer.Com
2008-02-01 22:07:46

zuriaf: oh yeke, mungkin sbab yang saya muat turun tu version lama kot, asyik2 keluar window “Register Now” tu

 
Comment by Azhar Ahmad
2008-02-02 15:27:31

Ahahahah, saya tertarik sungguh dengan GUI dia. Kreatif sungguh,.,,

 
Comment by emptyspace
2008-02-02 21:52:05

dah pernah guna.. tak berape kuat la software ni.. maseh boleh bypass

 
Comment by SembangKomputer.Com
2008-02-02 23:42:18

azhar: cantik kan, kunci siap boleh pusing-pusing time tengah lock tu xD

emptyspace: yup2, Lock dia boleh bypass sebab tak pakai encryption

 
Comment by Syahid A.
2008-02-05 03:30:24

Boleh juga gunakan “Free Hide Folder” utk menyimpan fail ehem ehem. Hahaha.

 
Comment by SembangKomputer.Com
2008-02-05 11:19:59

ehem2? tak bek taw… huhu

 
Comment by bt3
2008-08-26 17:46:17

kalo nak care yang free mmg dapat melainkan dapat crack program tu. tapi bt3 ade care yang lebih murah dan mudah(tak pakai modal pon). cr8 satu folder yang baru, righ click pada folder tersebut pilih properties kemudian change icon. pilih icon yang blank@invisible. rename kan folder tersebut dgn menekan ALT+0160(hanya satu folder yang dibenarkan). skarang folder tersebut dah invible. tapi kelemahannye bleh gak dikesan dgn search jika isi kandungan folder tersebut diketahui. tapi stakat nak rahsia sgt dari org2 lain tu kire boleh la. try dulu kalo rase tak selamat dapatkan yang original :)

 
Nama (diperlukan)
Emel (diperlukan - tidak akan disiarkan)
URI
Dapatkan maklumbalas komen melalui emel
Komen anda (smaller size | larger size)
Anda boleh gunakan <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> dalam komen anda.

Jika anda kali pertama komen, komen anda akan dilihat terlebih dahulu, sebelum disiarkan.