FreeCommander: Buka Folder Dengan Pantas

Adakah anda masih menggunakan Windows Explorer? Apa tu Windows Explorer? Tekan Windows + E pada papan kekunci anda dan Windows Explorer akan keluar, iaitu cara biasa kita membuka folder di dalam Windows. Namun Windows Explorer ini ternyata banyak kekurangannya lagi.

Jika anda ingin lebih produktif dalam menguruskan fail serta membuka folder di dalam Windows, gunakanlah FreeCommander. Dwi-paparan yang terdapat pada FreeCommander sangat memudahkan kerja – kerja menyalin dan memindahkan fail dari satu folder ke satu folder yang lain. Anda juga boleh menetapkan shortcut key pada folder kegemaran anda, fungsi ini sangat berguna dan menjimatkan masa, terutama jika anda mempunyai banyak folder yang kerap dikunjungi. Jika anda perlu lebih dari dua bahagian, FreeCommander ada menyediakan fungsi multi-tabbed Windows.

Banyak lagi fungsi yang terdapat pada FreeCommander, dan berikut adalah yang paling kerap digunakan:

  • F5: Salin fail ke bahagian sebelah
  • F6: Pindah fail ke baagian sebelah
  • Alt + V: Bandingkan kandungan antara dua fail
  • Ctrl + U: Tukar kandungan bahagian kiri dengan bahagian kanan
  • Ctrl + E: Samakan kedua – dua bahagian

Dapatkan FreeCommander di sini.

7 thoughts on “FreeCommander: Buka Folder Dengan Pantas

  1. Pingback: Locate32: Cari Dokumen Anda Dalam Sekelip Mata | SembangKomputer.Com

  2. Pingback: 7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki | SembangKomputer.Com

  3. Pingback: xplorer2 lite – Pengganti Windows Explorer Yang Kecil Dan Pantas | SembangKomputer.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">