Bolehkah hanya dengan bermain game, anda dapat membantu dalam membanteras kebuluran di seluruh dunia? Ya, ianya tidak mustahil di FreeRice.
FreeRice adalah sebuah laman web yang menyediakan permainan vocabulary (perbendaharaan kata). Peraturannya mudah saja, anda dikehendaki memilih jawapan yang betul bagi perkataan yang diberi. Dan bagi setiap jawapan yang tepat, ia akan menyumbangkan sebanyak 20 butir nasi kepada mereka yang memerlukan.
Dari Mana FreeRice Mendapat Wang Untuk Menderma
Perasan tak iklan di bahagian bawah laman web FreeRice? Sambil anda bermain game di FreeRice, syarikat-syarikat yang menaja FreeRice berpeluang untuk mempromosikan produk mereka. Hasil dari pengiklanan inilah yang digunakan untuk menderma nasi. Dan anda, dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa inggeris anda!
Okay, di sini ada tips untuk jawab semua soalan dengan tepat, (shh, rahsia tau ^^):
Gunakan Pakcik Google sebaik-baiknya! Hehe. Pergi ke Google dan taip:
define: word
Gantikan word dengan perkataan yang diberi.
Hmm, betapa mudah kita nak menderma kan, tak perlu keluarkan duit pun. Ilmu pun makin bertambah. Semoga usaha ini diteruskan, InsyaAllah. (Terima kasih balqis!)

Ish Ish.. Nampak Sangat Bernilai 20 Butir Nasik Tu.. Padahal Kat RUmah Berjuta-juta Butir Dibuang Ke Dalam Tong Sampah Begitu Sahaja.
Qaiyum » tula, len kali fikir la pasal ratusan orang yang mati setiap jam pasal kebuluran, kita senang2 je membazir makanan..
huhu!! dah test main game ni…siap bukak kamus…!! kwang3x!!
wahhhh cam best je game neh
best2!!! mmg utk menambahkan vocab smbil mnderma la…huhu!
ecahkoop » sila-silakan derma, bukan kena bayar pun… ^^