GMail merupakan servis emel kegemaran saya kerana fungsi-fungsinya yang sangat memudahkan. Namun saya tidak pernah memberi alamat emel saya kepada orang lain kerana tidak mahu ia dipenuhi dengan spam. Sebaliknya, saya memasukkan emel POP3 yang lain ke dalam GMail.

Jika anda mempunyai sebarang emel POP3 (contohnya emel pada domain anda ataupun emel syarikat), anda juga boleh gunakannya bersama GMail.

Hantar Emel Melalui Akaun Lain

Anda boleh menghantar emel menggunakan akaun POP3 yang lain melalui GMail. Dengan ini, penerima hanya melihat alamat emel POP3 itu sahaja, dan bukan alamat emel GMail anda. Saya selalu menggunakan cara ini untuk mengelakkan spam.

Untuk memasukkan akaun POP3, pergi ke Settings > Accounts and Import. Klik pada butang “Send mail from another address”

Gmail dan POP3

Masukkan nama serta akaun emel tersebut, dan klik pada butang “Next Step”

Gmail dan POP3

Pilih “Send through GMail” dan klik pada butang “Next Step”

Gmail dan POP3

Klik pada butang “Send Verification”. GMail akan menghantar emel pada alamat emel yang anda telah masukkan tadi. Periksa emel tersebut dan klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun POP3 ini di dalam GMail anda.

Gmail dan POP3

Selain klik pada link yang diberikan, anda juga boleh memasukkan kod pengesahan untuk mengaktifkan akaun POP3 tersebut.

Gmail dan POP3

Setelah akaun diaktifkan, anda sudah boleh menggunakannya untuk menghantar atau membalas emel.

Terima Emel Dari Akaun Lain

Anda juga boleh menggunakan GMail untuk menerima emel dari akaun POP3 yang lain. Pergi ke Settings > Accounts and Import. Klik pada butang “Add POP3 email account”

Gmail dan POP3

Masukkan alamat emel tersebut dan klik pada butang “Next Step”

Gmail dan POP3

Masukkan username dan password, serta ruang-ruang lain yang berkaitan dan klik “Add Account”

Gmail dan POP3

Setelah akaun berjaya ditambah, GMail akan mula mendapatkan emel yang dihantar kepada alamat tersebut, terus kepada inbox GMail anda.

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

19 Responses


  1. Akeji on 29 Oct 2009

    nice, nice, very nice info…

    kalo aku tau awal2, takde laa byk akaun aku lebur sbb spammer… huhu

  2. Kujie on 29 Oct 2009

    nak terai……

    tapi kena baca tutorial ni byk kali nk faham

    • MK on 29 Oct 2009

      @Kujie: terai je terus. sebenarnya tak complicated pun, kalau terus pergi buat kat GMail, straightforward je ^_^

  3. HOT ZOOM on 29 Oct 2009

    mekasih bebanyak,dah banyak akaun emel penting aku lebur dek spammers ni.pas ni aku plak ble spam orang huhuh

    • MK on 31 Oct 2009

      @HOT ZOOM: Hehe jangan spam orang, tak baekk.

      • aken on 02 Nov 2009

        @MK, aku send virus leh tak.hehehe…..

  4. joyce on 30 Oct 2009

    gmail syarikat i biasanya dipenuhi dgn spam ..guna cara ni ok kah…??masalanya .sykt i ni hanya ada satu mail saja..gmail aje ..

  5. MAX on 02 Nov 2009

    woh. boleh eh mcm ni? jap lagi nk try! hehe.

    tp kak nani tak ada spam problem sgt..jadi nak try ni just nak belajar je lah. thanks for sharing.

    oh btw, i changed my url to ginny-uninterrupted.blogspot.com, no longer using tsutsuji-chan. =) i noticed that you still have my old url on your links page.

    p/s: sorry lama tak komen. selalu dtg, tp byk diam je.

    • MK on 20 Nov 2009

      @MAX, Kak Nani~~~~

      Hihi, sebenarnya saya pun selalu je datang blog Kak Nani (kat URL baru) tapi jarang sangat komen.

      Bulan ni baru pindah tempat kerja baru, jadi saaaaangatlah bizi nye ^_^”

  6. aken on 02 Nov 2009

    send virus leh tak…hehehe…..

    • Bat on 05 Nov 2009

      @aken, pun boleh! tolong jawabkan untuk pihak MK

  7. aman on 09 Nov 2009

    katakan tidak pada spam..

  8. ayam-ayaman on 09 Nov 2009

    Saya ANTI spam!!!!bersama mencegah SPAM!!!!

  9. [...] Post ini diilhamkan oleh artikel di SembangKomputer. Maklumat bergambar ada di [...]

  10. Nova on 12 Nov 2009

    Thanks for the info, will try it later. Hrmn, Gmail baru-baru ini agak slow la. Kenapa ya?

    • MK on 12 Dec 2009

      @Nova, kalau Gmail slow, guna pilihan ‘basic html’ tu. Fungsi kurang la sikit, tapi cepat ^_^

  11. consistentgrowth on 14 Nov 2009

    Salam MK, wow memang bagus sgt info ni.., thx!

  12. anjungweb on 19 Nov 2009

    Tutorial yg mmg detail… bagus!

  13. Fahami on 07 Jan 2010

    Boleh saya tau kenapa GMail tak dpt berfungsi di Opera. Skrg sy dah pun guna Opera 10. Masih juga tak leh open GMail. Bila log in tak jadi apa2. Kekal jer kat login page tu. Tapi GMail works handsomely kat Firefox atau IE.


Tinggalkan komen anda