Assalamualaikum, dan Salam Sejahtera :D

Selamat datang ke Sembang Komputer. Lawati arkib untuk melihat senarai artikel kami. Jika anda tidak jumpa apa yang anda ingin cari, anda juga boleh bincangkan ia di Forum SK.

  • 28
    Oct

    Gunakan GMail Bersama Akaun Emel Lain, Elakkan Spam

    GMail merupakan servis emel kegemaran saya kerana fungsi-fungsinya yang sangat memudahkan. Namun saya tidak pernah memberi alamat emel saya kepada orang lain kerana tidak mahu ia dipenuhi dengan spam. Sebaliknya, saya memasukkan emel POP3 yang lain ke dalam GMail.

    Jika anda mempunyai sebarang emel POP3 (contohnya emel pada domain anda ataupun emel syarikat), anda juga boleh gunakannya bersama GMail.

    Hantar Emel Melalui Akaun Lain

    Anda boleh menghantar emel menggunakan akaun POP3 yang lain melalui GMail. Dengan ini, penerima hanya melihat alamat emel POP3 itu sahaja, dan bukan alamat emel GMail anda. Saya selalu menggunakan cara ini untuk mengelakkan spam.

    Untuk memasukkan akaun POP3, pergi ke Settings > Accounts and Import. Klik pada butang “Send mail from another address”

    Gmail dan POP3

    Masukkan nama serta akaun emel tersebut, dan klik pada butang “Next Step”

    Gmail dan POP3

    Pilih “Send through GMail” dan klik pada butang “Next Step”

    Gmail dan POP3

    Klik pada butang “Send Verification”. GMail akan menghantar emel pada alamat emel yang anda telah masukkan tadi. Periksa emel tersebut dan klik pada link yang diberikan untuk mengaktifkan akaun POP3 ini di dalam GMail anda.

    Gmail dan POP3

    Selain klik pada link yang diberikan, anda juga boleh memasukkan kod pengesahan untuk mengaktifkan akaun POP3 tersebut.

    Gmail dan POP3

    Setelah akaun diaktifkan, anda sudah boleh menggunakannya untuk menghantar atau membalas emel.

    Terima Emel Dari Akaun Lain

    Anda juga boleh menggunakan GMail untuk menerima emel dari akaun POP3 yang lain. Pergi ke Settings > Accounts and Import. Klik pada butang “Add POP3 email account”

    Gmail dan POP3

    Masukkan alamat emel tersebut dan klik pada butang “Next Step”

    Gmail dan POP3

    Masukkan username dan password, serta ruang-ruang lain yang berkaitan dan klik “Add Account”

    Gmail dan POP3

    Setelah akaun berjaya ditambah, GMail akan mula mendapatkan emel yang dihantar kepada alamat tersebut, terus kepada inbox GMail anda.

    Posted by MK in Laman Web

    Tags: ,

17 Comments - Post your comment

  1. nice, nice, very nice info…

    kalo aku tau awal2, takde laa byk akaun aku lebur sbb spammer… huhu

    Balas Komen

  2. nak terai……

    tapi kena baca tutorial ni byk kali nk faham

    Balas Komen

    MK

    @Kujie: terai je terus. sebenarnya tak complicated pun, kalau terus pergi buat kat GMail, straightforward je ^_^

    Balas Komen

  3. mekasih bebanyak,dah banyak akaun emel penting aku lebur dek spammers ni.pas ni aku plak ble spam orang huhuh

    Balas Komen

    MK

    @HOT ZOOM: Hehe jangan spam orang, tak baekk.

    Balas Komen

    aken

    @MK, aku send virus leh tak.hehehe…..

    Balas Komen

  4. gmail syarikat i biasanya dipenuhi dgn spam ..guna cara ni ok kah…??masalanya .sykt i ni hanya ada satu mail saja..gmail aje ..

    Balas Komen

  5. woh. boleh eh mcm ni? jap lagi nk try! hehe.

    tp kak nani tak ada spam problem sgt..jadi nak try ni just nak belajar je lah. thanks for sharing.

    oh btw, i changed my url to ginny-uninterrupted.blogspot.com, no longer using tsutsuji-chan. =) i noticed that you still have my old url on your links page.

    p/s: sorry lama tak komen. selalu dtg, tp byk diam je.

    Balas Komen

    MK

    @MAX, Kak Nani~~~~

    Hihi, sebenarnya saya pun selalu je datang blog Kak Nani (kat URL baru) tapi jarang sangat komen.

    Bulan ni baru pindah tempat kerja baru, jadi saaaaangatlah bizi nye ^_^”

    Balas Komen

  6. send virus leh tak…hehehe…..

    Balas Komen

    Bat

    @aken, pun boleh! tolong jawabkan untuk pihak MK

    Balas Komen

  7. katakan tidak pada spam..

    Balas Komen

  8. ayam-ayaman

    09/11/2009 at 3:42 pm

    Saya ANTI spam!!!!bersama mencegah SPAM!!!!

    Balas Komen

  9. Thanks for the info, will try it later. Hrmn, Gmail baru-baru ini agak slow la. Kenapa ya?

    Balas Komen

  10. Salam MK, wow memang bagus sgt info ni.., thx!

    Balas Komen

  11. Tutorial yg mmg detail… bagus!

    Balas Komen


Trackbacks/Pingbacks

  1. Tambah emel di domain ke emel Gmail : Wanita & Komputer

Leave a comment

  • Langgan Artikel

    Masukkan emel untuk melanggan artikel kami:

  • Kereta123
    Vemma
  • Komen Terkini

    • x-quisite: @Arai, sy xde la pkar sgt..tp kalau masalah xdetect hdd ble nak format ni psal
    • Arai: salam... sy ada masalah gak ni.. sy bru beli hdd sata 160gb. bila nk install
    • apish: dekat ne sbenarnye fail ntldr nie...??? dekat dlm system32 ke....tapi xde pon.... leh tunjukkan kt ne lokasi
    • apish: dekat mane sbenarnye fail ntldr nie...??? xkn dkat partition c:/ je...dekat dlam system 32 ke...tpi nape
    • MK: @MAX, Kak Nani~~~~ Hihi, sebenarnya saya pun selalu je datang blog Kak Nani (kat URL
    • jannah: kalau netbook aku ni tak de cd drive, ada option lain yang boleh guna utk
    • CikLilyPutih: saya dah register thru sms dan try send entry thru sms pun. Tapi still tak
    • x-quisite: @yatty, install driver..driver display xinstall lagi tu..nak standby comp pn mest xley
    • yaya: mk, macamne nak kembali kepada templet asal dan kekalkan penambahan yang sedia ada dahulu.... timekasih:)
    • Mie: Bleh saya tahu awak guna windows xp ke windows vista?