Google baru sahaja melancarkan Google Buzz, sebuah social network yang menyerupai Twitter dan Facebook. Ia membolehkan anda berkongsi buah fikiran, gambar, link dan banyak lagi.
Kali pertama anda membuka Google Buzz, kawan-kawan akan ditambah secara automatik berdasarkan kenalan anda di GMail, dan anda sudah boleh melihat udpate daripada mereka. Ini merupakan cara yang bijak daripada Google untuk memudahkan pengguna memahami apa itu Google Buzz.
Untuk menyaingi Facebook dan Twitter, Google Buzz cuba menawarkan integrasi dengan pelbagai servis lain seperti Flickr, Picasa, malah Twitter sendiri. Dengan integrasi seperti ini, mungkin anda boleh menjadikan Google Buzz sebagai tempat untuk menguruskan segala jenis servis yang anda miliki. Namun bagi sesetengah orang, mereka tidak perlukan satu lagi tempat yang lain untuk memeriksa komen bagi update yang telah dikirimkan di Facebook, Twitter dan sebagainya.
Google Buzz mempunyai beberapa penambahbaikan berbanding Facebook dan Twitter. Contohnya, anda boleh menyertakan lebih daripada satu gambar pada update. Anda juga dibenarkan untuk menyertakan link atau nama pengguna Buzz yang lain dalam ruangan komen.
Seperti Facebook, anda boleh mengikuti komen dengan mudah pada Google Buzz, tidak seperti sistem komen Twitter yang berterabur. Saya sangat menyukai perkara ini kerana ia menggalakkan perbincangan yang berterusan.
Satu lagi langkah bijak daripada Google adalah dengan membina Google Buzz di dalam GMail. Jadi, para pengguna GMail sedia ada tidak perlu pergi ke laman lain untuk menggunakan Google Buzz (sebab yang saya saya tak mencuba FriendFeed atau Yahoo Meme secara mendalam, kerana perlu pergi ke laman lain). Malah, mungkin GMail akan menerima pendaftaran baru daripada pengguna yang ingin mencuba Google Buzz.
Terdapat juga beberapa pandangan yang mengatakan Google Buzz mungkin akan membunuh Google Wave, produk Google yang baru diperkenalkan tidak lama dahulu. Mungkin kerana terdapat sedikit persamaan di antara kedua-dua servis ini, yang akan membuatkan orang ramai meninggalkan Google Wave.
Bagaimana pula dengan pandangan anda? Adakah Google Buzz akan bertahan atau popularitinya hanya akan bertahan sekejap sahaja seperti Google Wave? Adakah Google Buzz akan menggantikan Twitter atau Facebook? Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen.
Berikut merupakan video pengenalan dari Google mengenai Google Buzz:

yang aku nampak benda ni macam ada elemen eksperiment dari google. mungkin apa yang gagal dalam wave tu dia betulkan dalam buzz. entah
terlalu awal untuk buat kepastian
tapi aku dah mencuba buzz.
kalau ko rajin masuk la. haha
aku kurang pasti aku nak update berapa kerap XD
Yang menariknya, benda ni baru keluar tapi takde label beta dari Google, berbanding dengan produk-produk yang baru daripada Google.
Harap-harapnya dia tak senyap macam tu je macam Google Wave, sebab benda ni ada potensi.
pendapat aku mmg susah la kalo nak same kan ngn FB..aku takut jadi same jer mcm gwave..nampak lebih byk spam la plak..smpi bukan mmbr2 aku pun leh nampak buzzz nyer..tgk jer la nti..smpi mane la bende ni..cume better dia tak kene invitation la mcm gwave..
Elemen sosial dia memang tak dapat nak sama macam FB. Tapi setakat yang aku nampak (hari ni la), perbualan yang ada kat Google Buzz ni bagus la, berilmiah, takde la sembang2 kosong macam kat Facebook.
Tapi tu pun sebab aku follow orang2 yang berilmiah je kot :P
dh ada twitter dengan fesbuk. tak terhapdate la plak klu nk sibuk2 di googlebuzz. hahaha.
Eh, aku tak tulis lagi kan pasal Google Wave untuk ko. Nanti la, panjang umur murah rezeki ada la tu :P
dah banyak sgt laman social aku masuk ni, tp aku lebih gemar menggunakan fb dan twitter. mudah dan pantas. mcm google buzz ni nak kena buka akaun email la plak. susah2…tp apa2 pun aku respect dengan google. berdaya saing dan byk idea yg dorang ada dengan mempelbagaikan khidmat dorang. memang da best la. :)
Sebab Google Buzz ni baru lagi, Google amik keputusan untuk bina ia dalam GMail, senang nak promote. Dengan API dia nanti, muncul la macam-macam klien untuk Google Buzz lak :)
Google buzz ni nanti masuk dalam Google Wave, Sbb sekarang ni googlewave kan tengah technical preview lg.. Tak Full Features..
Baru lengkap google wave nt
Cuba korang try web ni
netvibes.com seronok boleh tgk semua web dlm satu tab.
contoh aku pnye netvibes.com/fx_advanc
Netvibes termasuk dalam golongan start page, macam iGoogle. Ianya bukan social networking.
Dulu pernah gak cuba Netvibes tapi sekejap je sebab masa tu Internet lembab gile :P
haha.. mgkin tu dulu.. tp skrg da ada widget utk facebook twitter myspace.. boleh terus pakai..
check uh aku pnye netvibes.
org kata netvibes da popular kalahkan sumer pages yg ada.
da macam surat khabar..sng sket aku da masukkan Sembang komputer nye RSS feed dlm tab site aku..
Still, it is not a social networking by itself.
Ada masa kena try balik ah Netvibes ni haha.
haha.. ya rite. sometimes i act like an old man reading netvibes n have a cup of coffee.. huhu~
Social Networking pe yg best, x byk info.. cuma sesetgh org ja rajin.. kdgkala mereka x peduli pon.
muncul pula teknologi baru. walaupun xdapat sambutan sekalipun, ia tetap sesuatu yang bagus bila ada teknologi baru dilancarkan. bravo!
Google always want to be in the lead.. semua benda dia da ada or beli.. lgpun skrg da ramai sgt guna google aku rasa kejap je benda baru ni jadi top..
bagus ..sebab ada link semua network …aku suka…senang promot bisnes
Aku dh try..memang mantoppp habisss…. :)
ya Allah, tolonglaa.. heehee, facebook ngan twitter pun aku malas nak mampos nak update.. tgk2 ade plak menatang sespesies yang baru datang haha!
Haha, memang tak larat nak layan semua. Dah la Google Buzz ni integrate dengan Gmail, lagi semak mata nanti :P
hmm..kurg faham la.
perlu ada tutorial untuk memudahkan pengguna.
tu la googlewave rasa cam sunyi je
Cara terbaik untuk memahami adalah dengan mencuba :)