
Sewaktu Google Chrome mula-mula diperkenalkan, saya agak pesimistik dengan kebolehannya. Dengan saingan dari pelayar web sedia yang sengit, agak sukar bagi sebuah pelayar web baru untuk mendapat tempat di kalangan pengguna. Namun kini, ternyata jumlah pengguna Google Chrome meningkat dalam masa yang singkat sehingga mengatasi pelayar web yang lebih senior seperti Opera dan Safari.
Namun, adakah kualiti pelayar web ini berpadanan dengan populariti yang telah diraih? Atau mungkin orang ramai beralih kepada Google Chrome semata-mata kerana nama Google di dalamnya?
Untuk betul-betul merasai pelayar web ini, saya cuba menggunakannya selama seminggu dalam urusan Internet harian. Dalam artikel pada kali ini, saya akan ulaskan setiap fungsi dan ciri-ciri yang terdapat pada Google Chrome berdasarkan pengalaman saya.
Pemasangan
Di kalangan pelayar web popular, Google Chrome adalah satu-satunya pelayar web yang menggunakan online installer. Installer seperti ini agak menyusahkan lebih-lebih lagi kepada pengguna yang mempunyai sambungan internet yang perlahan, kerana anda perlu online untuk memuat-turun pelayar web tersebut.
Penggunaan Memori

Google Chrome mempunyai task manager yang tersendiri bagi melihat jumlah memori yang digunakan. Malah anda boleh klik pada “Stats for nerds” untuk melihat dengan lebih terperinci tentang penggunaan memori Google
Setiap tab yang dibuka menggunakan kira-kira 15 MB, ditambah dengan pelayar web itu sendiri yang menggunakan kira-kira 35 MB. Ini merupakan jumlah yang agak banyak jika dibandingkan dengan pelayar web yang lain. Nampaknya Google Chrome tidak berapa sesuai digunakan untuk membuka terlalu banyak laman web dalam satu masa, melainkan jika anda mempunyai saiz RAM yang besar.
Halaman Permulaan

Pada tab yang baru dibuka, anda akan dipersembahkan dengan imej-imej bagi laman web yang paling kerap dikunjungi, menyerupai fungsi Speed Dial dalam Opera.
Laman web yang dipaparkan adalah dijana secara automatik oleh Google Chrome berdasarkan kekerapan internet anda, dan bagi saya ianya sangat memudahkan. Namun, lebih elok lagi jika pengguna turut diberi pilihan sekiranya mereka ingin menetapkan laman web ini sendiri.
Google Chrome cuba memuatkan pelbagai akses kepada fungsi-fungsi lain melalui halaman permulaan ini. Selain daripada fungsi yang menyerupai Speed Dial tadi, ia turut menyediakan akses kepada Bookmarks, carian History, Bookmarks yang baru dibuat, serta buka kembali tab yang baru ditutup.
Fungsi Tab
Buka tab baru

Untuk membuka Tab baru, anda harus menekan simbol tambah (+) ataupun menggunakan kekunci Ctrl + T. Tab baru akan dibuka bersebelahan dengan tab yang aktif.
Ctrl + klik pada pautan untuk membuka laman web pada tab baru. Shift + klik pada pautan akan membuka laman web pada tetingkap yang baru. Ctrl + Shift + klik pada pautan pula akan membuka laman web pada tab yang baru serta mengaktifkan tab tersebut.
Tutup tab
Untuk menutup Tab pula, anda boleh terus menekan butang pangkah ataupun menggunakan kekunci Ctrl + W. Apabila tab ditutup, tab yang seterusnya akan aktif.
Jika tab yang terakhir ditutup, anda akan terus keluar dari Google Chrome. Bagi saya, saya lebih suka jika kita dibenarkan mempunyai satu tab kosong setelah semua tab lain ditutup, seperti dalam Opera.
Tukar tab

Ctrl + Tab digunakan untuk menukar tab. Google Chrome akan menukar tab mengikut aturan yang linear, di mana tab yang seterusnya akan diaktifkan. Manakala Ctrl + Shift + Tab akan menukar tab mengikut arah yang bertentangan.
Lain-lain

Apabila anda klik kanan pada tab, Google Chrome menyediakan beberapa pilihan dalam menu konteks. Antaranya adalah Duplicate untuk klon tab yang aktif – anda pasti akan selalu menggunakan fungsi ini. Fungsi “Close tabs opened by this tab” juga unik di mana ia akan menutup kesemua tab yang dibuka dari tab yang aktif.
Rumusan
Secara ringkasnya, kefungsian tab dalam Google Chrome adalah menyerupai Firefox, sekaligus memudahkan pengguna Firefox untuk bertukar kepada Google Chrome. Cuma satu sahaja yang berlainan – di mana Google Chrome akan membuka tab baru bersebelahan dengan tab yang aktif. Bagi saya, sifat ini lebih bagus kerana ia memudahkan pengguna mengelaskan tab dari kumpulan yang sama.
Namun, sifat di mana Google Chrome mengaktifkan tab secara linear apabila menekan Ctrl + Tab adalah kurang efisien. Lebih baik sekiranya ia bertukar antara tab yang baru aktif, sama seperti Ctrl + Tab dalam Opera (ataupun fungsi Alt + Tab dalam Windows).
Address Bar
Carian terus di bar alamat

Anda boleh terus membuat carian di bar alamat menggunakan enjin carian kegemaran anda. Malah Google Chrome akan memaparkan beberapa cadangan carian berdasarkan kata kunci yang anda masukkan.
Cadangan berdasarkan history

Bar alamat ini juga akan memaparkan cadangan berdasarkan History. Katakanlah anda kerap mengunjugi Twitter, apabila anda taip huruf ‘T’ di bar alamat, Google Chrome akan terus highlight laman web Twitter.

Carian yang pernah dibuat akan turut dipaparkan. Fungsi ini berguna bagi saya yang selalu membuat carian mengenai kod pengaturcaraan serta masalah komputer. Jika saya ingin membuka kembali hasil carian yang pernah saya buat, mudah untuk mendapatkannya kembali di Google Chrome.
Bookmarks
Tambah bookmarks

Untuk menambah laman web ke dalam Bookmarks, klik pada butang bintang di bar alamat.
Bookmarks bar

Bookmarks Bar menyediakan akses mudah kepada Bookmarks anda. Apa yang saya suka mengenai Bookmarks Bar ini adalah ianya dapat dibuka dan disembunyikan kembali dengan mudah, hanya dengan menekan Ctrl + B.
Taip Bookmarks di bar alamat

Anda juga boleh membuat capaian mudah kepada Bookmarks dengan menaip terus kata kunci yang berkaitan di bar alamat. Bookmarks akan ditandakan dengan simbol bintang.
Bookmarks manager

Bookmarks Manager disediakan untuk mengurus Bookmarks. Fungsi dalam Bookmarks Manager ini adalah terhad, contohnya tiada folder Trash untuk menyimpan Bookmarks yang telah dibuang, dan Bookmarks tidak boleh disusun mengikut abjad laman web atau folder. Namun bagi fungsi asas seperti menyalin dan memindahkan Bookmarks, ianya sudah mencukupi.
Import bookmarks dari pelayar web lain

Google Chrome turut menyediakan fungsi untuk mengimport Bookmarks dari pelayar web yang lain. Namun hanya Internet Explorer dan FIrefox sahaja yang boleh dipilih.
Web Developer

Jika anda merupakan seorang pembangun laman web, anda akan menghargai fungsi View source dalam Google Chrome yang memaparkan kod sumber laman web dengan sangat kemas. Malah, anda boleh klik pada pautan yang terdapat di dalamnya.
Terdapat juga fungsi Debug JavaScript dan JavaScript console. Meskipun ia mungkin tidak setanding dengan add-on Firebug dan Web Developer Toolbar dalam Firefox, ianya tetap berguna.
History

Seperti Opera, Google Chrome membolehkan anda membuat carian History berdasarkan kandungan laman web, dan bukan sahaja alamat URL-nya. Tab History boleh dibuka dengan menekan Ctrl + H.

Carian juga boleh dibuat pada bar alamat. Taipkan sesuatu pada bar alamat, dan klik pada “See [nombor] recent pages in history containing…“
Download

Apabila anda klik pada mana-mana pautan untuk muat turun, muat turun akan bermula dengan serta-merta. Perjalanan muat turun boleh dilihat di bahagian bawah Google Chrome.

Tab Downloads boleh dibuka dengan menekan Ctrl +J. Tab ini menyenaraikan kesemua muat turun yang telah dibuat.
Options

Halaman Options pada Google Chrome adalah menyerupai Firefox, namun ianya disusun dengan lebih baik dan mudah difahami. Antara tetapan yang boleh diubah adalah laman web utama, enjin carian, folder untuk muat turun, dan pelbagai lagi.
Kepantasan
Kepantasan adalah sesuatu yang subjektif, dan saya sendiri pun tidak menyukatnya secara saintifik. Namun, sepanjang saya menggunakan Google Chome, saya dapat rasakan yang ianya sedikit lebih laju berbanding pelayar web yang lain. Anda harus mencubainya sendiri untuk menilai.
Lain – lain
Antara fungsi-fungsi lain yang terdapat dalam Google Chrome:
Incognito – Fungsi incognito window digunakan sekiranya anda ingin melayari web tanpa meninggalkan sebarang jejak.
Create application shorcuts – Buat shortcut untuk laman web dan letakkan di Desktop, Start Menu, atau Quick Launch.
Report broken website – Jika ada laman web yang tidak dipaparkan dengan sempurna dalam Google Chrome, anda boleh laporkannya kepada Google. Saya tidak pasti tentang betapa prihatinnya Google terhadap laporan sebegini, namun ianya merupakan satu fungsi yang baik.
Proxy – Tetapan bagi proxy dalam Google Chrome agak melecehkan. Anda harus pergi ke bahagian Options > Under the Hood > Change proxy settings; dan rupa-rupanya ia menggunakan fungsi Internet Properties yang terbina dalam Windows.
Passwords – Seperti pelayar web yang lain, Google Chrome juga boleh menyimpan kata laluan bagi laman web yang anda kunjungi. Apa yang menarik adalah, pilihan untuk menyimpan kata laluan tersebut dipaparkan setelah anda berjaya login, jadi anda tak perlu risau tersimpan kata laluan yang tersalah dimasukkan.
Carian dalam halaman – Tekan Ctrl + F untuk membuat carian dalam halaman. Sayangnya Google Chrome tidak mempunyai kekunci yang lebih pendek dari itu, seperti kekunci ‘/’ dalam Firefox dan Opera.
Rumusan
Google Chrome dibina dengan menggabungkan ciri-ciri daripada pelayar web sedia ada, dan digilap dengan lebih baik. Rekabentuknya minimalistik, untuk memberikan ruang yang maksimum kepada pengguna.
Google Chrome cuba menjadikan pelayaran Internet lebih pantas, bukan sahaja dengan mengurangkan masa yang diperlukan untuk membuka laman web, malah ia mengurangkan bilangan klik yang harus anda buat sewaktu berinteraksi dengan pelayar web.
Saya sendiri telah meninggalkan Firefox dan menggunakan Google Chrome sebagai pelayar web kedua saya. Jika ada laman web tertentu yang tidak dapat dibuka dalam Opera, saya akan gunakan Google Chrome.
Jika selepas ini add-on boleh ditambah ke dalam Google Chrome, Firefox akan menerima saingan yang hebat. Sama-sama kita nantikan :)
Muat turun: Google Chome
- Entri terdahulu: ← Hulurkan Sumbangan Buat Adik Irfan
- Entri seterusnya: Senarai Blog Komputer Dalam Bahasa Melayu →

Adakah Chrome menyokong suapan rss?
@Selinap: Setakat ni, kena pasang add-on baru Chrome boleh support suapan RSS.
bagi K terdapat beberapa sebab mengapa Chrome boleh melebihi populariti Safari dan Opera
1. Google
- no 1 company in the world. daripada satu syarikat search engine kepada satu browser dan kini satu os (android). trusted from the users tu memang ada.
2. Speed
- kelajuan chrome dalam js engine memang tidak disangkal. lebih lagi selepas lulus dengan cemerlang dalam acid3 test.. markah full! 100% (ie8 pun fail secara total, 40% je kot)
3. Tab stail
- cara 1 thread/tab amat menarik. no more crash disebabkan satu tab. Itu yang dikehendaki oleh pengguna firefox. kerana firefox amat mudah crash jika melakukan kerja berat. oleh itu, i thread/tab amat pelu
4. kejayaan dalam pwn2own
- pwn2own baru2 ini telah membuka mata semua pihak, dimana firefox, safari dan ie telah di pecahkan sistem keselamatan, hanya chrome yang selamat selama tiga hari.
5. intergrasi dengan google aps yang lain
- jika google yang buat browser tu, semestinya intergrasi dengan google map, google aps engine yang lain lebih baik daripada intergrasi dengan browser yang lain.
banyak lagi.. tapi.. cukup la.. bleh buat satu post dah neh.. :)
p/s: masalahnya.. chrome masih kurang kemampuan.. features.. macam rss feed kene pasang add in. tunggu dan lihat untuk chrome 2 :)
@TMUkmkd: K kalau bagi reviu, memang lagi mantap dari saya, huhu.
Em pasal point no 1 tu, memang betul, dengar nama Google je boleh buatkan orang berubah kepada Chrome.
Satu thread untuk setiap tab memang ok, tapi penggunaan memori dia banyak sangat la :(
Saya masih tak puas hati, kenapa Opera tak masuk pwn2own? Huhuhu.
owh tambahan.. K kini adalah pengguna chormium project di dalam linux.. masih alpha. tetapi pembangunan yang K boleh lihat, jika betul chrome boleh dibangunkan dengan baik, firefox mengalami masalah yang besar.
Mantap Bro!!!!!Tetapi Adakah Ia Telah Menyaingi Firefox????
antara kenapa aku jeles ngn windows, ade chrome. :) itu je. haha.
@abdusfauzi: Tak lama lagi, Chrome pindah ke Mac jugak la kot, huhu.
sekarang dalam pembinaan..
dalam mac dan linux ada satu prjek
chromium projek.. open source projek.
so tunggu dan lihat la. :)
Chromium pada linux mmg laju…
tp buat mase ni, masih x compatible dgn IDM, jd klau nk download kene gune firefox jugak la
Tidak perlu download guna firefox.
sbb google chrome support IDM.
anda hanya perlu set kembali setting IDM anda.
1- masuk options IDM
2- lihat pada tab General
3- Tick pada “Use advanced browser integration
4- Reboot komp anda
5- IDM akan detect Browser baru anda
6- Tick pada “Detect new applications that try to download files from internet”
7- Klik OK & save.
8- Try download fail seperti biasa.
Selamat mencuba..
salam,
review yang menarik. psal review ni la aku organise balik bookmarks chrome aku bagi tersusun.
chrome ada addon ke?
firefox masih oke tapi google chrome masih mantap untuk bersaing.
aku suka post ko bro…
tapi aku rasa chrome leh dimuat turun melaui web di bawah..
takyah download on9…
http://www.filehippo.com/download_google_chrome
nice information… thumbs up..
@Kil-Vearn: Boleh ye? Aku cuba installer default yang Google bagi je, tak terfikir lak nak amik dari FileHippo, huhu.
satu post yang cukup terperinci bro MK..
@TyCo86, Google Chrome ni agak ringkas dan takde add-on lagi, boleh lagi la buat entri terperinci. Kalau nak buat entri terperinci Opera, atau Firefox dengan add-on nye, boleh sakit pinggang :)
kene tunggu lama sikit la rase,
biar diaorg optimize penggunaan ram dlu.
maklum la skali surf skue bukak banyak tab :P
chrome sekarang menjadi browser pilihan aku.
tapi masih byk features yang perlu diperbaiki.
antaranya:
1.paparan option yang tidak begitu mesra pengguna.
2. tiada ruang untuk header title walaupon ade pada ruang tab bar.
features yang best:
1. senarai terakhir tab atau windows yang kita tutup dalam recently closed. (kadang ter-close secara tak sengaja) mudah untuk dapatkannya semula.
2. fungsi add to bookmark yang sangat mudah.
@pcuserz: Kalau Opera, fungsi trash ni ada lama dah, dan senarai tab2 yang dah ditutup lagi panjang (sempat gak promote :P)
bez ke guna chrome??lebih bez dr FF??hehe..
@liquidsilver: Bergantung pada cara guna la. Aku ni tak perlukan sangat add-on, jadi aku lagi suka Chrome dari Firefox. Lagipun Firefox selalu crash.
Nice post. =) Bagi saya google chrome ni terlalu ringkas dan mudah digunakan.
gila rajin buat review menjela2… thanks bro.. neway hati aku still pada firefox.. sbb byk plugin yg best2 aku gunakan.. dan aku rasa bila aku guna chrome, hidup aku xkan bahagia tanpa plugin2 tu..
haahhaha!!
@Khai: Sementara tengah basic lagi, boleh la buat reviu lengkap. Kalau nak full review function2 Opera, mau ketuat jari aku, haha.
kalau benda kita tahu, mau tak cukup tempat nak tulis :D
kalau K, dah jadikan review ni 2 siri.. dah dapat 2 posting :D
Assalamualaikum BRO!!!!sedih saya bro tak jawab……Adakah Google Chrome Telah Menandingi Firefox???
@Hamba Allah: Itu soalan yang subjektif. Bergantung la pada citarasa pengguna. Tapi secara jujurnya, kalaulah Firefox takde add-on, Firefox dah ketinggalan dengan Chrome dan Opera. Add-on Firefox la yang membuatkannya berguna.
betul, subjektif..
anda memperkatakan dalam bidang apa? kelajuan?
kompem firefox out. ie out, opera pun out tinggal safari je boleh.
anda memperkatakan tentang fungsi?
kompem chrome out dulu :D sebab chorme masih basic. dan nantikan chrome 2 :)
I like the Incognito feature. :)
owh. incognito.. aka “porn tab” :D
aku pon tak guna lg google chrome nii…hehe
aku masih lagi bercinte dengan firefox.
tak tau bile nak serasi dengan yang lain~
hehehe ape ape pon… thanks utk review :D
boleh la tahan chrome nih.. he he..
waaah
berguna2
thx yaaaa
kak jie pun guna chrome & firefox
bagus review ni
Ana paling kerap guna OPERA.Kalau nak download,Ana guna firefox je…senang.chrome ni kadang2 je Ana guna.ringkas sangat la…mungkin lepas ni akan ditambah fungsi2 yang bagus.Kita tengok la macam mana.
memula mmg kekok sikit pakai chrome.
lebih2 lagi bagi pelayar internet macam saya yg seringkali melibatkan pembacaan jurnal dalam talian (banyak gle text nak scroll) dan hanya firefox je yg boleh simply tekan / terus boleh search keywords, tak macam chrome.
tapi setuju tentang kelajuan. bukak youtube macam laju sket la guna chrome berbanding yg lain2.
kelemahan paling ketara? chrome tak ada download organizer macam firefox. mungkin belum ada kot. kan?
@shandye: Em, Firefox ada download organizer ke? Setahu saya, pengurusan download dalam Firefox paling teruk. Dah la pop-up windows. Kalau paka add-on, lain cerita la.
Chrome ni gua suka(dulu) hahaha
security LOW !!
nak tanya pasal rangkaianla…
aku masih bersama firefox. Install jugak chrome ni, tapi lebih kepada penggunaan fungsi incognitonya sahaja, lain-lain, masih bersama firefox lagi.
@azwan: Guna incognito surf laman ape tu haa…
xde offline pnyer installer k ek????
@mat men: Ada, di FileHippo kot.
Aku dh try guna chrome ni..
mmg best, laju juga, simple..
tp functionya tak byk dr firefox..huhu