Arkib

Google baru sahaja melancarkan web browser mereka sendiri yang dikenali sebagai Google Chrome. Ianya masih lagi berada dalam peringkat percubaan. Namun jika anda ingin mencubanya, anda sudah boleh mula download Google Chrome sekarang juga (untuk Windows Vista dan Windows XP). Anda juga boleh membaca komik ringkas yang menerangkan ciri-ciri Google Chrome.

Kali pertama saya membuka Google Chrome, saya begitu tertarik dengan antaramuka yang begitu simple dan minimalistik. Google Chrome memberikan ruang yang luas untuk anda melayari laman web.

google-chrome-00

Dalam menguruskan tab, Google mengambil keputusan untuk menyerupai Opera, di mana address bar beserta butang-butang asas (Back, Forward, Reload) adalah berasingan bagi setiap tab. Kebanyakan shortcut bagi tab pula adalah sama sahaja dengan Firefox dan Opera.

Apabila anda membuka tab baru, Google Chrome akan memaparkan laman web yang paling kerap anda kunjungi. Fungsi ini seakan-akan sama Speed Dial yang terdapat dalam Opera. Di bahagian kanan pula, terdapat beberapa carian dan bookmark yang anda buat sebelum ini. Malah anda juga boleh membuka kembali tab yang telah ditutup dengan mudah, sama seperti fungsi Trash dalam Opera.

google-chrome-05

Taipkan sesuatu di address bar (dikenali sebagai omni-bar dalam Google Chrome), dan ia akan mencadangkan carian atau laman web yang relevan. Anda juga boleh terus bookmark satu-satu laman web dengan menekan ikon bintang di omnibar tersebut, sama seperti Firefox.

google-chrome-01

Terdapat satu mod dalam Google Chrome yang dikenali sebagai Incognito. Apabila anda mengaktifkan mod ini, Google Chrome tidak akan menyimpan rekod tentang laman web yang anda kunjungi, carian anda, atau sebarang cookie. Gunakan mod ini sekiranya anda tak mahu orang tahu laman web apa yang anda kunjungi.

google-chrome-02

Google Chrome juga mempunyai Task Manager tersendiri yang memaparkan maklumat tentang memori, CPU, dan network bagi setiap proses. Ini memudahkan anda untuk mengenalpasti proses apa yang menggunakan banyak memori dan mematikannya jika perlu. Jika mana-mana proses crash dalam Google Chrome, hanya proses tersebut yang perlu ditutup manakala proses-proses lain masih terjaga.

google-chrome-03

Google Chrome turut menyediakan fungsi Inspector yang menyerupai Firebug dalam Firefox dan Dragonfly dalam Opera. Alat ini sangat berguna buat para pembangun web.

google-chrome-04

Kesimpulan

Saya berpuas hati dengan kelajuan Google Chrome memaparkan laman web. Fungsi yang diperkenalkan Omnibar juga amat memudahkan. Gaya visual yang dipersembahkan juga amat menarik buat tatapan mata.

Dalam usaha Google menjadikan antamuka Google Chrome dan minimalistik, terdapat beberapa perkara yang ditinggalkan. Contohnya menu utama yang hanya dilambangkan oleh dua ikon sahaja, yang mungkin akan menyukarkan pengguna baru. Beberapa efek visual dalam Google Chrome juga adalah tidak perlu, malah menyekat produktiviti, seperti efek fade-in di status bar.

Google Chrome banyak mengambil fungsi-fungsi yang terdapat dalam Firefox, Opera, serta web browser yang lain bagi menjadikannya web browser yang hebat. Namun pengguna Firefox yang gemarkan extension, serta pengguna Opera yang cintakan fungsi built-in mungkin masih belum akan menukar web browser mereka.

Syabas kepada Google kerana dapat memberikan pandangan awal yang yang baik walaupun Google Chrome masih dalam peringkat percubaan. Apabila dipertingkat lagi, Google Chrome mampu memberikan saingan hebat kepada Firefox, mahupun web browser lain seperti Opera dan Internet Explorer.

Entri berkaitan:

Tags: ,


37 Komen untuk entri ini.

  1. Komen oleh fariz · 03/09/2008 · 8:17 PM

    ada sangkut la beb..waktu aku buat maybank2u td..ada crash ngan javascript. kena bug lah.

    Entri terkini fariz: Minimal Web-Browser : Google Chrome

    Balas komen ini

    Komen dari kita
    05/09/2008 pada 10:59 AM

    biasa ler beb..barang baru mesti ada masalah….

    Balas komen ini

  2. Komen oleh abdusfauzi · 03/09/2008 · 9:51 PM

    hehe. i tried this chrome! it was fabulous! but, my ajax performance was a bit down, as i tried it on my Virtual Machine. No version for Mac yet. :(

    anyhoo, I updated the WP Grins plugin, and it is fully compatible with WP 2.6, have a try!

    Entri terkini abdusfauzi: WP Grins – Lite II

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/09/2008 pada 10:51 AM

    @abdusfauzi: yes, sadly ni Linux and Mac version just yet (though they did release the rpm for linux).

    never try WP Grins before. will do, soon ^_^

    Balas komen ini

  3. Komen oleh WaidaKmy · 03/09/2008 · 10:13 PM

    Menarik..
    pandai Google buat komik untuk terangkan benda ni.. :D

    “Namun pengguna Firefox yang gemarkan extension, serta pengguna Opera yang cintakan fungsi built-in mungkin masih belum akan menukar web browser mereka.”

    Setuju..susah hardcore Firefox’ian’ dan Opera’ian’ untuk bertukar :)

    Lebih kepada malas rasanya..(ini kalau sayalah heh)..Apa2 pun balik kepada tujuan asal. Janji boleh surf Internet, apa2 browser pun tak menjadi masalah ^-^v

    Entri terkini WaidaKmy: Update WK

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/09/2008 pada 10:53 AM

    @WaidaKmy:
    menarik kan komik die, senang orang nak faham fungsi2 Google Chrome tu

    kadang2 kita malas nak bertukar software, nanti kena ingat shortcut2 baru lak.. huhu.

    Balas komen ini

  4. Komen oleh sootspirit · 03/09/2008 · 10:18 PM

    wahhh, mnarik2
    saya memang fan google~
    service dia mnarik
    lg plak dia da buat browser sndri
    thanx 4 d info~!

    Entri terkini sootspirit: Feelings come and go, but I hope it will be easy.

    Balas komen ini

  5. Komen oleh shandye · 04/09/2008 · 1:37 AM

    hehe…
    dh cuba kelmarin. kinda interesting cuz finally google mencuba something yg sangat bold dan different walaupun most of the features macam a mashed up between musangberapi dan opera. hurm…
    tak sabar nk tunggu full version dia kluar nanti tho…

    tapi i bet tak lama ble chrome dh established… saudara kembar tak seirasnye si yahoo ittew akan copy gak… tengok ar nanti… wakakakaka…

    urm… tentang incognito yg merupakan option lain selain disabling cookies ittew… mcm tak bape jelas lagik la fungsi dye cuz rasanya dalam firefox boleh je kan clear all data before closing the internet surfer? so does that means the same thing is applied here?

    kan?

    Entri terkini shandye: got a award for?? ngee…

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/09/2008 pada 10:57 AM

    @shandye:
    yup, just campurkan fungsi2 terbaik dari Firefox dan Opera.. tak banyak fungsi yang original dari Google Chrome, buat setakat ni la

    memang percubaan berani Google untuk masuk dalam browsers war ni, tapi memang dorang syarikat yang layak untuk itu ^^

    clear all data dalam firefox sama dengan clear browsing history dalam Google. incognito ni.. hmm.. mungkin sama dengan Opera+Tor kot

    Balas komen ini

  6. Komen oleh moon_smile · 04/09/2008 · 9:21 AM

    dah try google chrome ni..tapi stuck lak masa buka bank islam internet banking….bila klik ctrl+ ok tab tertutup sendiri….

    Balas komen ini

  7. Komen oleh Abu Qush · 04/09/2008 · 9:21 AM

    Chrome tak boleh pasang pada Win XP SP1. Samalah macam AVG Free 8.

    Balas komen ini

    Komen dari skyline1301
    05/09/2008 pada 6:17 AM

    lol..tukar la ke XP SP2..lagi stabil dan mantap..orang sekarang dah pakai vista dah pn..aduh..berkenaan google chrome,browser ni mmg laju..lg laju dari FF..biasa aku buka guna FF,lambat je..tp ngan GC,cepat je..hail to GC..gud job google..

    Balas komen ini

  8. Komen oleh sootspirit · 04/09/2008 · 5:55 PM

    tried chrome already :D
    awesome
    at least dia buleh guna utk bkk yahoo mail beta
    klu pkai opera tak buleh bkk la

    Entri terkini sootspirit: Feelings come and go, but I hope it will be easy.

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/09/2008 pada 10:09 PM

    @sootspirit:
    tu la yang sedihnya, Yahoo tanak support Opera..

    nasib baik saya dah tinggalkan Yahoo, kecuali untuk id ym saje.. hu3

    Balas komen ini

  9. Komen oleh melayubuntu · 04/09/2008 · 7:30 PM

    ia bukan soal “bertukar” tetapi soal “pilihan”…
    aku xsabar tggu chrome utk osx dan linux…yehaa…!!

    Entri terkini melayubuntu: Design terakhir t-shirt ubuntu sebelum printing

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    05/09/2008 pada 12:02 AM

    @melayubuntu: kalau tak sabar guna WINE la bro.. hehe

    Balas komen ini

  10. Komen oleh wan_R · 04/09/2008 · 8:26 PM

    best gak… kdg2 lebih laju dari firefox…cuma lom baper stabil lagi… takyah set homepage enjin carian untuk searh aper2.. leh trus taip jer kat address bar… simple… history dier dipaparkan dalam page trus bila buka new page or new tab cam fast dail firefox….. pilihan terbaik selepas musang berapi…

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/09/2008 pada 10:29 PM

    @wan_R:
    FYI, Opera pun boleh terus search dari address bar, dan juga ada history search. pendek kata Google Chrome ni lebih banyak ambil fungsi dari browser lain dari buat benda yang baru.. mungkin lebih banyak improvement akan dilihat selepas ni

    Balas komen ini

    Komen dari wan_R
    04/09/2008 pada 11:42 PM

    owh.. yang tue dier amik dari opera rupanya… mk.. aper kelebihan dan kekurangan webbrowser jenis portable ngn jenis yang bukan portable?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    05/09/2008 pada 12:00 AM

    @wan_R: web browser jenis portable boleh dibawak sekali dalam pen drive.. sesuai la kalau nak bawak pergi CC ke.. lebih kurang sama je dengan yang tak portable. cuma kalau web browser biasa (tak portable) dapat la ditetapkan sebagai default browser, bila double click pada fail HTML dia automatik buka guna web browser tu, dan sebagainya

    Balas komen ini

  11. Pingback oleh Google Chrome | mohdadil dot com™ · 04/09/2008 · 11:57 PM

    [...] Google Chrome, Cabaran Kepada Firefox [...]

  12. Komen oleh kita · 05/09/2008 · 10:56 AM

    kita tengok ler nanti…tp bg aku..dah rasa melekat sgt dgn firefox ni..kena gam cap gajah :)

    Balas komen ini

  13. Pingback oleh Browser Internet Buatan Google | Artikel Percuma Komputer & Internet · 05/09/2008 · 11:55 AM

    [...] , dungun.net , saadkamal.com , mohdismail.net , greyreview.com , infomalaya.com , lifehacker.com , sembangkomputer.com , cypherhackz.net , googleblog.blogspot.com , liewcf.com dan mungkin juga anda ada mengulas [...]

  14. Komen oleh pandagumuk · 05/09/2008 · 1:11 PM

    simple n besh.kadang2 hang sket la.tp still besh!

    Entri terkini pandagumuk: bila emosi mengalahkan logika, bener ‘kan banyakan ruginya.

    Balas komen ini

  15. Komen oleh Elafyf · 05/09/2008 · 10:36 PM

    woah..google comes with new project again..

    aku akn cube mende neyh..

    Balas komen ini

  16. Komen oleh zamz · 07/09/2008 · 1:11 AM

    nampak menarikla google chrome..apa2 pun kena try dulu

    Entri terkini zamz: Umrah Ramadan Banyak Ganjarannya

    Balas komen ini

  17. Komen oleh pening · 07/09/2008 · 2:04 AM

    Yang tak menarik. Tiada fullscreen mode. Closing multiple tabs tiada warning. Search box mana?

    Entri terkini pening: Custom Excel Dates

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    07/09/2008 pada 11:41 PM

    @pening: search terus dari address bar Google Chrome. tapi full screen mode memang takde lagi

    Balas komen ini

  18. Komen oleh dlagu · 07/09/2008 · 10:40 AM

    Menarik juga web browser baru ni.

    Balas komen ini

  19. Komen oleh crime_genius86 · 07/09/2008 · 3:29 PM

    Emm.. try ko check milw0rm.. ada byk bug untuk chrome ni..
    okeh.. google chrome bukan pilihan aku..

    Balas komen ini

  20. Komen oleh Fahmi · 07/09/2008 · 7:14 PM

    dgr cita benda ni dah ada org leh psg kat ubuntu pakai wine. tul ke?

    Entri terkini Fahmi: Ubuntu Linux Netbooks: What Dell Can Learn From ZaReason

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    07/09/2008 pada 11:43 PM

    @Fahmi: ada gak dengar macam tu, tak try sendiri lagi cam mana

    Balas komen ini

  21. Komen oleh mat · 08/09/2008 · 12:51 AM

    Beri perhatian pada perkara ini :-
    (a) jika anda moderate user, jangan install BETA. Tunggu final release.
    (b) jangan follow the mainstream TAPI stay behind the mainstream

    Balas komen ini

  22. Pingback oleh Menggunakan Speed Dial Dalam Opera | Sembang Komputer · 21/11/2008 · 4:42 PM

    [...] Opera memperkenalkan fungsi Speed Dial semenjak versi 9.2 lagi, dan sejak itu menjadi popular di kalangan pengguna. Para pembangun mula membuat add-on yang serupa untuk Firefox, malah Google Chrome juga turut menyalin fungsi yang sama. [...]

  23. Komen oleh syafsp · 24/11/2008 · 2:03 PM

    g chrome nie pakai dia mmg best gk. sbb ringan mmg mudah ler. aku rasa ciri² dia byk dia salin yg IE punya lar. tp yg leceh satu lar, rajin crash. yg betul² version xkuar lagi ke? asyik dok beta je. patik tggu lama dh nie :D

    Balas komen ini

  24. Pingback oleh Ulasan Penuh Google Chrome | Sembang Komputer · 12/04/2009 · 9:24 AM

    [...] Google Chrome mula-mula diperkenalkan, saya agak pesimistik dengan kebolehannya. Dengan saingan dari pelayar web sedia yang sengit, agak [...]

  25. Komen oleh amir · 12/04/2009 · 12:40 PM

    hei google chrome mmg best! berpuas ati gler guna gm..dh lma dh gna gm since gm ni dh distabilkan vers..btw hapy always gna gm!

    Balas komen ini

Tinggalkan komen *Bahagian yang bertanda (*) wajib diisi.