GParted: Buat Partition Pada Hard Disk
Soalan dari Mukhlis Rasyid:
Macam mana saya nak matikan partition D, dan pindahkan ke dalam partition C?
Ok, untuk hal-hal berkaitan dengan partition ni, kita akan gunakan GParted LiveCD. Download GParted dalam bentuk ISO dan burn ke dalam CD. Masukkan CD GParted kedalam CD-ROM dan restart komputer anda (pastikan boot sequence telah ditetapkan kepada CD). Ikuti langkah-langkah berikut:
- Skrin GRUB akan dipaparkan. Tekan Enter untuk memulakan GParted.

- Tekan sahaja Enter apabila anda diminta untuk memilih keymap.

- GParted akan dipaparkan. Anda akan dapat melihat partition yang terdapat dalam hard disk anda. Pastikan anda telah memilih hard disk yang betul.

- Untuk membuang partition D, right-click pada /dev/hda2 dan pilih Delete. Ruang pada partition itu kini akan ditandakan sebagai Unallocated.

- Untuk membesarkan saiz partition C, right-click pada /dev/hda1 dan pilih Resize/Move. Ubah saiz partition C mengikut kemahuan anda.

- Kini partition C anda telah mengambil semua ruang dari partition D tadi. Klik Apply untuk memulakan operasi. Klik Apply sekali lagi untuk mengesahkan pilihan anda.

- Tunggu sehingga proses selesai, kemudian restart semula komputer.
Dapatkan GParted LiveCD di sini.
Popularity: 61% [?]
Thanks saudara MK,boleh buat post tentang HTTrack.Website Copier - Offline Browser.saya nak copy semua website saudara MK bolehkan.boleh jadikan rujukan kat rumah.:)
kaizen’s last blog post..Cooking Southern Fried Chicken
pelik ye, komen awk masih masuk dalam spam. hm..
oh, copy website ye. dulu saya selalu guna Teleport Pro yang pirate je, tapi dah jumpa HTTrack ni, tukar la sebab dia free. ok, ada masa nanti saya akan buat
TQ !
kerana tolong saya !
hanya tuhan dapat membalas jasa anda ..
Awak ditag. Sila ke http://eriyzaqistina.blogspot.com/2008/04/fakta-tentang-penulis.html tuk arahan tag.
Eriyza’s last blog post..Fakta Tentang Penulis
baekkk
ingat nak tulis koz ada yg bertanya…nanti i share artikel ini denga n mereka yg ingin mengetahuiii
kita’s last blog post..Download Video Flash Guna Add-Ons Mozilla Firefox
So, kita boleh tak ambik semua D masuk dlm C kan, klu nk kecilkan saiz D pun boleh la kan??
zaki blogjer’s last blog post..Intel Classmate is here, where is Makcik PC?
um boleh, nak amik semua pun boleh, tanak amik semua pun takpe
dalam knoppix kena letak admin pass baru boleh guna gparted, live cd sama ke?
Aj’s last blog post..Wood :: stock image
dalam GParted live cd tak perlu letak admin password
MK…nk tanye lg ni GParted ni bleh gune utk create new partition???as usual..plss response to my mail…thnx ya…
mmm…klu bleh wat partition…MK tlg la wat tutorial kat blog ni…sy xbrape brani la nk wat sndiri without tutor..biasenye sy gune acronis partition expert je…mmmm,1 more ques,software BartPE tu ape gunenye???
um, memang boleh pun create new partition. ada masa nanti saya buat ye..
BartPE tu CD khas untuk repair PC.. macam2 software ada. buat partition, scan virus, backup fail, macam2 lagi
mcm mane nak hilangkan system shutdown.knape ianya boleh wujud???boleh bantu x untuk masalah saya ni???
@fahimi: system shutdown kat mane ni ye?