Gunakan Everything Dengan Lebih Cekap

everything

Sebelum ini saya ada menulis tentang Everything – sebuah perisian yang boleh mencari apa sahaja fail dalam komputer anda dalam sekelip mata. Kini setelah berbulan-bulan menggunakan Everything, ia sudah menjadi satu alat yang wajib ada untuk memudahkan urusan komputer saya setiap hari.

Sebagai seorang yang bekerja dalam bidang IT, kerap kali saya terpaksa mencari fail-fail yang tertentu yang terletak jauh di dalam komputer. Contohnya untuk membuat tetapan kepada sambungan ke Oracle, saya harus mencari fail tnsnames.ora yang terletak dalam folder C:\oracle\product\10.1.0\db_1\NETWORK\ADMIN\SAMPLE. Nak mengingat path bagi fail tu dah satu hal, lepas tu letih pula saya nak buka folder tersebut satu-persatu setiap kali saya hendak menggunakannya.

Dengan Everything, saya hanya perlu menaipkan tnsnames.ora sahaja, dan ianya akan terus dipaparkan. Tidak perlu lagi tercari-cari apakah path nya, dan di mana foldernya.

everything-01

Ok, jika anda tidak bekerja dalam bidang IT sekalipun, ianya tetap berguna. Katakanlah anda ingin memainkan MP3 dengan pantas, anda hanya perlu taipkan nama fail MP3 tersebut untuk melancarkannya.

everything-02

Cara Menggunakan Everything Dengan Lebih Pantas

Dengan mengubah sedikit tetapan di bahagian Options, anda boleh gunakan Everything dengan lebih cekap. Klik kanan pada ikon Everything di taskbar, dan pilih Options untuk mengubah tetapan Everything.

Lancarkan Everything Apabila Komputer Dibuka

Bagi memastikan Everything sudah sedia dibuka apabila anda memulakan Windows, tandakan pada pilihan “Start Everything on system startup”

everything-05

Tetapkan Hotkey

Di sini saya tetapkan kekunci Win+S supaya saya dapat melancarkan Everything dengan cepat setiap kali saya ingin menggunakannya.

everything-04

Biarkan Hanya Satu Window Sahaja Dibuka

Apabila anda kerap memanggil Everything menggunakan hotkey, sudah pasti banyak windows Everything yang akan dibuka. Kosongkan pilihan “Allow multiple windows” dan “Allow multiple instances” untuk mengelakkan masalah ini.

everthing-06

Anda boleh dapatkan Everything di VoidTools.

Alternatif Lain?

Setakat ini yang saya jumpa, hanya Everything sahaja yang mampu mencari fail dengan sangat pantas, tanpa perlu mengambil masa yang lama untuk mengindeksnya terlebih dahulu.

Bagi pengguna Windows Vista ke atas, fungsi Windows Search yang terbina dalam Windows tak kurang hebatnya. Malah fungsi Windows Search ini boleh mencari teks yang terkandung di dalam dokumen. Cuma oleh kerana Everything lebih pantas (sedikit) dari Windows Search, saya masih memilih Everything.

Saya tertanya-tanya, adakah Linux mempunyai fungsi yang sama seperti ini? Yang saya tahu, Linux mempunyai fungsi Locate untuk mencari fail, cuma saya belum mencubanya sendiri. Mungkin dengan keluarnya Jaunty Jackalope, saya akan meneroka fungsi tersebut dalam Linux. Terukan mengikuti Sembang Komputer :)

P/S: Jumlah pelanggan RSS Sembang Komputer sudah mencapai 1000 orang! Saya gembira kerana walaupun dalam keadaan saya sibuk dengan kerja sekarang, dah kurang tulis artikel di sini, bilangan pengunjung tetap bertambah dari hari ke hari. Terima kasih semua.

32 thoughts on “Gunakan Everything Dengan Lebih Cekap

  1. wohuuuuu… MK hang dah tolong aku solve
    untuk mencarik file-file aku yang
    tak pernah bersusun dalam pc ni.. hehehe

    pas ni aku tak payah nak risau lgi pasal
    nak carik file.. kekadang kronik gak
    nak carik file pakai find dalam windows ni.

    erm.. aku tertarik dengan ubuntu, nanti boleh
    hang review tak pasal mende ni. sebab blog
    hang aku suke bace.. hehehe walaupon aku tau
    ade blog khas untuk ubunto, tapi aku lebih
    selesa bace kat sini.. ekkeke~

    • @Azman Ishak: Oo hang ni jenis tak suka berkemas eh. Camana lak bilik hang agaknye ye, tak berkemas gak ke. Yang tu tak dapek nak tolong la, haha.

      Everything ni memang bagus gile bagi aku. Walaupun aku jenis penyusun, tapi aku tetap guna Everything. Tekan Win+S dan terus je taip nama fail yang aku nak, terus dapat.

      Lebih ulasan dan penerangan pasal Ubuntu akan sampai dalam Sembang Komputer ni, jangan risau. Hehe.

  2. Everything ni bagus.

    tp dah terlalu tegar dan x bleh berpisah dgn FARR (Find and Run Robot) yg penah di review oleh MK sblom ni.

    Sembang Komputer ni mmg bagus dan bnyk info n tutorial PC dlm bahasa melayu yg mudah difahami.X hairan semakin bnyk pengunjung dari semasa ke semasa.Syabas.Keep it up MK!

    p/s Hampir 90% aplikasi dlm Vista aku skrg adalah hasil review di Sembang Komputer.

    • @Hisham: Wa.. hampir 90% eh? Ni mesti peminat software gak ni, hehe.

      Um, FARR tu lebih pada application launcher, jadi kena set kan manual benda2 yang dia boleh cari. Sebenarnya aku sendiri dah kembali pada Launchy, agaknye sebab dia lebih user-friendly kot. FARR tu sesuai untuk advanced users yang rajin tweak setting dia, lagipun penggunaan memori FARR lebih rendah.

      Jadi sekarang ni, aku ada Everything, Launchy, dan Dropbox, dan antivirus sentiasa on dalam sistem. Tinggi la dia guna RAM, huhu.

    • @TMUkmkd: External hard disk memang lambat kemas biasanye, sebab jadi tempat sementara untuk simpan barang2 kan ^_^

    • @KNizam: Memang theme ni by default tak kuar avatar. Kat reply je kuar sebab guna WP Threaded Comments. Tak edit2 lagi CSS theme ni… huhu.

  3. wah TQ MK.. tak sangka berguna gile software ni… lama aku tunggu ko update… bz sgt ke kerja lani… siap oracle2 lagi… mesti gempak kan keje.. hehee… thanx memudahkan kerja aku.. sebelum ni tak perasan kot…

  4. windows default search tu masih tak boleh search text dalam dokumen kalau file tu file openoffice. tak pasti pulak kenapa. any idea? everything ni boleh?

    • @azwan: Sebab Microsoft Office pun tak support lagi pembacaan dari OpenOffice. Office yang 2010 ni baru support rasanya, time tu la baru dia boleh index kot.

      Everything ni tak indeks kandungan fail, dia indeks nama fail je.

  5. Pingback: Windows Search 4.0 – Peningkatan Hebat Pada Fungsi Carian | Sembang Komputer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">