
Oleh kerana sambungan Internet yang agak perlahan di rumah, saya lebih suka menggunakan pembaca feed untuk membaca blog. Bukan sahaja ianya lebih pantas dan mudah, malah saya lebih cepat perasan sekiranya ada entri terbaru di blog-blog kegemaran saya.
Namun, sesetengah penulis blog tidak menetapkan supaya suapan RSS ini memaparkan keseluruhan entri. Ini menyebabkan pelanggan RSS hanya dapat membaca separuh sahaja kandungan entri tersebut, yang selebihnya haruslah dilawat pada blog tersebut. Lebih teruk lagi, ada yang menetapkan suapan RSS untuk memaparkan tajuk sahaja, pelanggan RSS langsung tak dapat melihat apa kandungan entri tersebut.
Samada sengaja atau tidak, anda mungkin menyebabkan pembaca anda lari terus dari blog anda. Apa yang terbaik ialah, berikan pembaca anda pilihan. Sediakan suapan RSS yang penuh. Jika mereka mahu komen pada satu-satu entri, mereka akan terus lawati blog anda. Bagi saya sendiri, bagi blog yang betul-betul saya minati, akan saya lawati terus melalui pelayar web saya, dan klik apa-apa iklan yang patut :)
Cara-cara Menetapkan Suapan RSS Penuh Pada Blogspot
- Dari bahagian Dashboard, klik pada menu Settings.

- Seterusnya klik pada menu Site Feed.
- Perhatikan bahagian “Allow Blog Feeds”. Pilih Full.

- Klik pada butang Save Settings.
Cara-cara Menetapkan Suapan RSS Penuh Pada WordPress
- Pada bahagian admin WordPress, klik pada menu Settings > Reading.

- Perhatikan bahagian “For each article in a feed, show”. Pilih “Full text”.

- Klik pada butang “Save Changes”.
Info yg bagus. :)
@Eriyza, memang bagus. saya pun baru tahu.
Terima kasih MK info yang bagus untuk newbie blogger cam saya ni
samalah kita…matlumat yg amat berguna…
Tapikan, buat mereka yang mengejar visitor utk uniq visit, ini pasti merugikan. Saya tak mengejar itu. Dan satu lagi, makin ramailah silent reader di blog kita.
@Azhar: For the long run, pembaca setia adalah lebih baik dari unique visitor. Tapikan, saya sendiri pun jarang tengok Analytics… huhu
Sebab yang sama infomalaya guna suapan penuh. (lagipun takda iklan untuk diklik, huhu)
Tapi ramai yang risau kehilangan visitor bila nak buat camni, hakikatnya, tak jejaskan apa-apa pun. =)
@Bat, infomalaya kalau letak half-feed pun aku tak kesah sangat, sebab load laju gila, huhu. Tu yang aku tanya sapa hosting provider ko tu.
Bagi yang guna tag <!–more–> dalam WordPress, aku syorkan you all guna fullfeed plugin. Jangan buat macam NH, saje jer nak suruh orang masuk site dia. :twisted: Kadang2 menjejaskan mood, terutamanya bila line internet slow…
@ImamKhalid, aku tak guna fulfeed plugin skarang ni, tapi aku pelik sebab pe feed aku penuh. Huhu.
Line internet aku sentiasa slow… memang tak pernah mood baik x|
hm.. i’m thinkking of putting back my rss feed box..
Salam… Thank you.. tak terpikir plak sebelum nih… bagus dan terima kasih dengan info nih…
Gunakan full feed. Satu pembaca setia lebih gerek dari 10 pembaca yang tak tau datang dari mana. :D
@Syahid A, ditto. Hargailah pembaca setia dan subscriber anda ^^
Bagusnya info ni.. Kadang-kadang kita terlupa..
aku punya dah lama full feed kan. hehe :)
maklumat yang penting ini terima kasih
Betul tu MK..saya memang sokong benar lah orang letak full feed dari summary je..mudah untuk orang macam saya ni baca (suka baca guna Google Reader)..pada yang risau kurang pelawat ke blog..banyak taktiknya nak mengajak pembaca setia kita tu..hehe..
ayat tergantung kat atas tu..
saya maksudkan banyak taktik nak mengajak pembaca setia kita dari RSS reader ke blog..
@WaidaKmy, saya kalau minat dengan satu2 blog tu, memang saya akan lawat blog dia terus, siap hafal URL lagi :)
uih… mk, blogger ade function ni rupenye…
laaa sumpah, baru ni aku tahu… hahaaha..
*ni mesti nko rase tention dengan langganan RSS Feed nko
yang kekadang cume keluar tajuk @ half feed jer kan… kekeke
thanks M.K. info baru untuk aku~
@Azman Ishak, memang tensen pun. Ada feed yang keluar separuh / tajuk je. Mau je aku tanak lawat langsung, tapi blog dia best, huhu.
Oh, rupanya blog aku sudah sedia Full Feed. Patut senyap je kadang-kadang blog aku. Huhu.
@SangPelangi, bila ada feed tak semestinya senyap. Kalau entri menarik, mesti pembaca datang komen nye :)
alamak.. lain pulak pandangannya dari aku..
memang sengaja aku taknak bagi penuh..
erm.. kenapa ye?
visitor?
macam tak best pulak kalau baca dari suapan feed jer.. huhu..
pakcik pon memang sengaja takmo bagi baca penuh… tak tau apsal…
Bagi saya terpulanglah.
Kalau bagi blogawan baru nak naik, baik guna full feed.
Biarpun ianya full, mereka tetap kena masuk untuk komen.
Bila dah ternama barulah sesuai untuk summary.
saya baru nak jinak dlm dunia IT..ada tips berguna pd org mcm saya….alhamdulillah….thanks
Tapi kan MK, saya amat paranoid. Saya tak nak one day nanti apa yang saya tulis boleh digunakan againts saya. Oleh itu saya letak half-feed jer so kalau saya delete on the blog, apa yang saya tulis masih tak boleh acessed through feed saya.
It’s self perseverance you see.