Selain dari melayari laman web, Opera juga boleh digunakan sebagai klien emel. Dengan ini, anda tidak perlu lagi melancarkan aplikasi lain bagi menguruskan emel anda. Ikuti langkah-langkah mudah di bawah ini untuk menetapkan emel di Opera:
- Pada menu Opera, klik pada Tools > Mail and Chat Acounts…
- Satu kotak mesej akan keluar, meminta anda membuat akaun baru. Klik sahaja pada butang Next.

- Pilih jenis emel anda.

- Seterusnya, masukkan nama anda serta nama bagi emel.

- Masukkan login name beserta password.

- Selepas itu, Opera biasanya akan mengisikan ruangan Incoming server dan outgoing server secara automatik. Rujuk pada maklumat emel anda sekiranya berlainan.

Siap! Kini, anda sudah boleh gunakan emel POP dan IMAP anda terus dari Opera. Untuk mula membaca dan menghantar emel, pergi kepada menu Mail > Read Mail atau tekan sahaja Ctrl+Alt+ M.
Menggunakan Opera sebagai klien emel telah memudahkan saya, kerana saya tidak perlu lagi melancarkan aplikasi yang berasingan hanya untuk menguruskan emel. Dan oleh kerana Opera saya terbuka sepanjang masa, saya cepat perasan jika terdapat sebarang emel baru yang sampai. Saya juga tak perlu masukkan username atau password untuk memeriksa emel, kerana semuanya telah dilakukan oleh Opera secara automatik.

Pingback oleh Wanita & Komputer » Blog Archive » Opera - Browser Alternatif Anda · 20/03/2008 · 11:37 AM
[...] Kalau ikut Khairul, dia ada sebab kenapa dia memilih Opera. Boleh baca di sini, 5 sebab dia yeh. Yang saya boleh akui, satu kelebihan Opera ni, anda boleh baca email di Opera. Jika berminat, boleh baca langkah2 yang ditulis oleh Khairul di sini. [...]
Pingback oleh 7 Perisian Yang Perlu Anda Miliki | SembangKomputer.Com · 16/04/2008 · 7:54 PM
[...] pantas, bersaiz kecil, serta tidak menggunakan banyak memori. Malah, Opera juga berfungsi sebagai klien emel [...]
Komen oleh alonqexe · 24/07/2008 · 12:55 PM
Assalamualaikum. Saya ada problem sikit kat sini.Text ni keluar bila saya dah selesai.
“TLS is not available on this server. To get mail from this server you need to disable the secure connection.”
Apa perlu sy buat, sebab mesej2 lama dari yahoo tak diimport masuk pun.
Balas komen ini
Komen dari MK
25/07/2008 pada 12:24 AM
@alonqexe: tak silap saya, Yahoo takde fungsi untuk POP emel. sebab tu takleh pakai kat Opera (atau mana2 klien emel POP/IMAP)
Balas komen ini
Komen dari alonqexe
25/07/2008 pada 12:36 AM
Oh. Tatau pulak pasal tu. Anyway, thanks a lot. ^^
Balas komen ini