Susulan dari cara-cara membuang eksplorasi.exe (kesan dari virus brontok), Wizurai ada bertanyakan tentang satu masalah baru yang timbul. Masalahnya adalah seperti berikut: apabila PC dihidupkan, folder My Document akan terbuka secara automatik. Keadaan ini agak menjengkelkan. Macam mana kita nak selesaikan masalah ini supaya ia kembali seperti biasa?

Mujurlah saya terjumpa satu entri dari AppScout yang menerangkan masalah yang sama. Cara penyelesaiannya mudah sahaja:

  • Klik pada Start Menu > Run dan taipkan Regedit. Tekan OK.
  • Pada Registry Editor, cari nilai berikut:

    HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindows NTCurrentVersionWinlogon

  • Perhatikan bahagian sebelah kanan dan cari Userinit. Double-click pada nilai Userinit dan pastikan nilainya adalah:

    C:WindowsSystem32userinit.exe

  • Jika nilainya berbeza, tukarkan ia supaya menyerupai nilai di atas.

Setelah selesai, restart PC anda dan InsyaAllah, My Documents tidak akan terbuka secara automatik lagi.

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

15 Responses


  1. KNizam on 12 Mar 2008

    aku belum pernah kena lagi. nanti kalau dah kena aku carik balik posting ko. hehe :)

    KNizam’s last blog post..Sudah2lah Tuh Ya Suratkhabar Utusan Malaysia. Hehe :)

  2. Azhar Ahmad on 13 Mar 2008

    HKEY… Ahahhaha, saya suka main benda nih.. Kamu tahu, ada 1001 macam keseronokan main HKEY nihhh

    Azhar Ahmad’s last blog post..Ini Kampung Nekmat Edisi Teratak Nurani

    • MK on 13 Mar 2008

      Azhar Ahmad »
      dan 2002 masalah yang akan timbul kalau tersilap.. ahaha

  3. gie on 13 Mar 2008

    terima kasih untuk tips ini..

    gie’s last blog post..Happy Anniversary

    • MK on 13 Mar 2008

      gie »
      sama2.
      do visit often yah ^^

  4. emptyspace on 13 Mar 2008

    pastikan koma diletakkan hujung C:\Windows\System32\userinit.exe

    emptyspace’s last blog post..Siape pakar?

  5. Wizurai on 03 Apr 2008

    terima kasih utk entri ini…

    Wizurai’s last blog post..Sampah komuniti

  6. riena on 26 Jul 2008

    nak tanya kenapa laptop saya selalu sgt keluar virus trojan.Autorun.PJ. Dah delete pun ada juga.Tolong lah sape tau mcm mana nak buang virus ni. Terima kasih bebanyak..

    • MK on 27 Jul 2008

      @riena: awak cuba la guna anti-spyware lak..

    • YEBS on 07 Feb 2009

      Virus tu ada di dalam hidden file folder C:\RECYCLER

  7. YEBS on 07 Feb 2009

    amacam nak pulihkan disk defragmenter yand di sebabkan oleh virus resycled/boot.com ?

  8. che zaidi abu bakar on 07 Feb 2009

    Saya menggunakan antivirus kaspersky.Masalahnya apabila saya scan komputer vius tetap ada.Walaupaun selalu update. Macam mana saya nak buang virus secara manual?

  9. yoo on 26 Apr 2009

    saya nak tanya skit.
    saya boleh buat virus,yang menjadi masalahnya saya tak tahu nak hantar macam maner melalui wireless dan macam maner saya boleh dapatkan passwood user dalam workgroup.tlong bari tahu skit..

    • MK on 26 Apr 2009

      @yoo: Eh, ada ke tanya aku macam mana nak sebarkan virus. Huhu. Tang tu, kena blajaq sendiri la no, saya pun tak berapa pandai sangat.

  10. intan on 24 Jan 2010

    thanks…..nsib jumpe….tgh cri solution ttng bende alah ni..


Leave your comment