Halang My Documents Dari Buka Secara Automatik

Susulan dari cara-cara membuang eksplorasi.exe (kesan dari virus brontok), Wizurai ada bertanyakan tentang satu masalah baru yang timbul. Masalahnya adalah seperti berikut: apabila PC dihidupkan, folder My Document akan terbuka secara automatik. Keadaan ini agak menjengkelkan. Macam mana kita nak selesaikan masalah ini supaya ia kembali seperti biasa?

Mujurlah saya terjumpa satu entri dari AppScout yang menerangkan masalah yang sama. Cara penyelesaiannya mudah sahaja:

  • Klik pada Start Menu > Run dan taipkan Regedit. Tekan OK.
  • Pada Registry Editor, cari nilai berikut:

    HKEY_LOCAL_MACHINESOFTWAREMicrosoftWindows NTCurrentVersionWinlogon

  • Perhatikan bahagian sebelah kanan dan cari Userinit. Double-click pada nilai Userinit dan pastikan nilainya adalah:

    C:WindowsSystem32userinit.exe

  • Jika nilainya berbeza, tukarkan ia supaya menyerupai nilai di atas.

Setelah selesai, restart PC anda dan InsyaAllah, My Documents tidak akan terbuka secara automatik lagi.

16 thoughts on “Halang My Documents Dari Buka Secara Automatik

  1. nak tanya kenapa laptop saya selalu sgt keluar virus trojan.Autorun.PJ. Dah delete pun ada juga.Tolong lah sape tau mcm mana nak buang virus ni. Terima kasih bebanyak..

  2. saya nak tanya skit.
    saya boleh buat virus,yang menjadi masalahnya saya tak tahu nak hantar macam maner melalui wireless dan macam maner saya boleh dapatkan passwood user dalam workgroup.tlong bari tahu skit..

    • @yoo: Eh, ada ke tanya aku macam mana nak sebarkan virus. Huhu. Tang tu, kena blajaq sendiri la no, saya pun tak berapa pandai sangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">