Sembang Komputer

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Halang My Documents Dari Buka Secara Automatik

11 March, 2008 (23:18) | Masalah Komputer, Virus/Malware | Oleh: MK

Susulan dari cara-cara membuang eksplorasi.exe (kesan dari virus brontok), Wizurai ada bertanyakan tentang satu masalah baru yang timbul. Masalahnya adalah seperti berikut: apabila PC dihidupkan, folder My Document akan terbuka secara automatik. Keadaan ini agak menjengkelkan. Macam mana kita nak selesaikan masalah ini supaya ia kembali seperti biasa?

Mujurlah saya terjumpa satu entri dari AppScout yang menerangkan masalah yang sama. Cara penyelesaiannya mudah sahaja:

  • Klik pada Start Menu > Run dan taipkan Regedit. Tekan OK.
  • Pada Registry Editor, cari nilai berikut:

    HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows NT\CurrentVersion\Winlogon

  • Perhatikan bahagian sebelah kanan dan cari Userinit. Double-click pada nilai Userinit dan pastikan nilainya adalah:

    C:\Windows\System32\userinit.exe

  • Jika nilainya berbeza, tukarkan ia supaya menyerupai nilai di atas.

Setelah selesai, restart PC anda dan InsyaAllah, My Documents tidak akan terbuka secara automatik lagi.

Popularity: 21% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari KNizam
Masa: March 12, 2008 pada 10:46 pm

aku belum pernah kena lagi. nanti kalau dah kena aku carik balik posting ko. hehe :)

KNizam’s last blog post..Sudah2lah Tuh Ya Suratkhabar Utusan Malaysia. Hehe :)

[Balas komen ini]

Komen dari Azhar Ahmad
Masa: March 13, 2008 pada 3:48 am

HKEY… Ahahhaha, saya suka main benda nih.. Kamu tahu, ada 1001 macam keseronokan main HKEY nihhh

Azhar Ahmad’s last blog post..Ini Kampung Nekmat Edisi Teratak Nurani

[Balas komen ini]

MK Membalas:

Azhar Ahmad »
dan 2002 masalah yang akan timbul kalau tersilap.. ahaha

Komen dari gie
Masa: March 13, 2008 pada 7:12 am

terima kasih untuk tips ini..

gie’s last blog post..Happy Anniversary

[Balas komen ini]

MK Membalas:

gie »
sama2.
do visit often yah ^^

Komen dari emptyspace
Masa: March 13, 2008 pada 8:10 pm

pastikan koma diletakkan hujung C:\Windows\System32\userinit.exe

emptyspace’s last blog post..Siape pakar?

[Balas komen ini]

Komen dari Wizurai
Masa: April 3, 2008 pada 9:43 am

terima kasih utk entri ini…

Wizurai’s last blog post..Sampah komuniti

[Balas komen ini]

Komen dari riena
Masa: July 26, 2008 pada 2:57 pm

nak tanya kenapa laptop saya selalu sgt keluar virus trojan.Autorun.PJ. Dah delete pun ada juga.Tolong lah sape tau mcm mana nak buang virus ni. Terima kasih bebanyak..

[Balas komen ini]

MK Membalas:

@riena: awak cuba la guna anti-spyware lak..

Berikan komen