Hantar Fail Bersaiz Besar Kepada Kawan Anda Melalui Internet
Anda masih menggunakan emel untuk menghantar fail? Kalau fail kecil-kecil je takpelah, tapi kalau fail yang bersaiz besar sehingga melebihi 10 MB, memang leceh jika menggunakan emel. Tambahan pula, emel biasanya menghadkan saiz fail yang boleh dihantar. Jadi, macam mana kalau anda nak hantar fail sebesar 100 MB? 1 GB?
File Sharing
Di sinilah anda gunakan perkhidmatan perkongsian fail (file sharing). Perkhidmatan seperti ini membolehkan anda menghantar fail yang bersaiz besar kepada kawan anda, melalui Internet. Berbeza dari emel, anda tidak perlu bersusah-payah login untuk menghantar fail. Di bawah saya sertakan beberapa perkhidmatan yang disediakan secara percuma:
Rapidshare. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Anda boleh upload atau download sebayak mana yang anda mahu. Fail akan dibuang dari server jika tidak digunakan selepas 90 hari.
YouSendIt. Had saiz bagi fail ialah 100 MB. Fail akan dibuang dari server selepas 7 hari, atau selepas di download sebanyak 100 kali. Anda boleh upload fail sehingga 1 GB sahaja dalam sebulan.
TransferBigFiles. Had saiz bagi fail ialah 2 GB. Fail akan dibuang dari server selepas 5 hari (30 hari jika anda gunakan Drop Zone). Walaubagaimanapun saya menghadapi sedikit masalah dalam menggunakan servis ini.
Popularity: 13% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 11, 2008 pada 3:51 am
RapidShare TMNut lock, dan ada limit. Yang dua lagi tak tahulah….
Komen dari Syahid A,
Masa: February 13, 2008 pada 3:07 am
Ada limit bukan sbb TMNet tapi sbb bukan premium account. Yg betul 2x dikawal oleh TMNet adalah bandwith bagi perisian berasaskan BitTorrent.
Komen dari alonqexe
Masa: June 7, 2008 pada 5:23 pm
Sy cadangkan mediafire.com. Lebih menarik, dan support download manager jugak.
Komen dari amir
Masa: June 17, 2008 pada 1:07 am
gne rapid share ssh ah…lpas download 1 file,kne tggu lak 3 jam,bru leh dwnld lak(untk free user laa)….ade cra dia nk elakkn….spe2 taw,plz ekk…….bgtaw…..
Komen dari skyline1301
Masa: September 17, 2008 pada 6:03 am
nk elak dari tunggu masa tu,reset je ip..pastu xyah tunggu dh..sbb ip akan berubah lepas kita disconnect pastu connect balik..
February 11th, 2008 at 4:20 am
Azhar Ahmad » oh really? tatau lak ISP lock menatang neh, huhu… TM is Nuts