Hantar Nota Kepada Emel Anda
Laman web Note2email membolehkan anda menghantar nota ringkas kepada mana-mana emel. Saya selalu menggunakan servis ini untuk menghantar nota kepada emel saya sendiri.
Ops, kenapa nak hantar emel kepada kepada diri sendiri pula ya? Ini kerana, kadang-kadang saya tidak membawa USB drive ke Cyber Cafe, jadi saya memasukkan apa-apa URL yang menarik ke dalam nota rigkas, dan menghantarnya kepada emel saya melaui Notes2email. Dengan ini, saya dapat menyimpan URL tadi agar boleh dilihat di lain hari.
Notes2email memudahkan kerja saya kerana saya tidak perlu log in ke dalam akaun emel saya. Ia juga mempunyai fungsi encryption sekiranya anda ingin melindungi note yang dihantar dengan kata laluan.
Popularity: 7% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari iEhSan
Masa: September 6, 2008 pada 5:58 pm
eh cayalah ader note2emel..
kadang2 aku pun x bawk ke hulur ke hilir pendrive..
huhuhu..ader note2emel senang kejer aku…
wakakakakakakaka…….
Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 6, 2008 pada 5:10 am
Oh… Satu lagi tips yang menarik perhatian saya…
[Balas komen ini]