Hibernate, Dan Biarkan PC Anda Tidur
Ini satu fakta: saya tak pernah Shut Down PC saya. Ops, adakah itu bermakna PC saya terpasang 24 jam tanpa henti? Tidak sama sekali! Kalau saya biarkan ia terpasang saja sepanjang hari, dah tentu saya akan menyumbang kepada pembaziran elektrik. Dan membazir itu amalan syaitan, tak elok ^^
Saya tak Shut Down, tapi saya letakkan PC saya dalam mod Hibernate.
Apakah kelebihan Hibernate?
Katakan anda buka pelbagai aplikasi dalam Windows; contohnya Microsoft Word, Firefox, Adobe Photoshop dan sebagainya. Dan anda tidak save lagi dokumen-dokumen dalam semua aplikasi tersebut. Apabila anda Hibernate komputer anda, ia akan terpadam, dan anda boleh menanggalkan plag eletrik. ON kan kembali PC anda, semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save lagi tadi! Mudah kan. Proses ON kan semula PC juga lebih cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.
Bagaimana Hibernate berfungsi?
Dalam keadaan Hibernate, Windows akan terlebih dahulu menyimpan segala data anda ke dalam Hard Disk. Data ini kekal walaupun plag elektrik komputer ditanggalkan. Sebab itulah apabila anda ON kan semula PC, data tersebut masih ada. Berbeza dari mod Stand By, komputer hanya meletakkan data tersebut dalam RAM, dan data ini akan hilang sekiranya anda memutuskan bekalan elektrik.
Bagaimana Nak Hibernate PC?
Klik Start Menu > Turn Off Computer. Pada paparan window yang keluar, tekan Shift dan butang Stand By akan bertukar kepada Hibernate.
Anda juga boleh menetapkan butang Sleep pada keyboard anda (saya sendiri menggunakan cara ini). Ikuti langkah-langkah inidalam Windows XP:
- Right-click pada Desktop dan pilih Properties.
- Pada Display Properties, pilih tab Screen Saver.
- Pada bahagian Monitor Power, klik pada butang Power.
- Pada Power Options Properties, perhatikan bahagian Power buttons. Pada pilihan “When I press the sleep button on my computer:”, pilih Hibernate dari drop-down menu tersebut.
- Klik pada butang OK.
Nota: Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan fungsi Hibernate ini tak elok untuk PC. Sebenarnya, semua yang berjalan dalam PC anda pun akan memendekkan jangka hayat Hard Disk, bukan Hibernate je. Jadi terpulang kepada anda samada nak guna fungsi Hibernate ni atau tidak. Dahulu, saya kerap menggunakannya kerana PC saya dipasang 24 jam, jadi fungsi Hibernate ni membantu menjimatkan elektrik dan mempercepatkan proses ON komputer. Tapi oleh kerana sekarang ni saya dah bekerja, dan hanya menggunakan PC di rumah tu pada waktu malam, saya Shut Down macam biasa je la.
Popularity: 75% [?]
ini utk vista eh?
HE »
ops, lupa nak nyatakan. ini untuk XP
Di dalam Vista, option bagi Hibernate dikenali sebagai Hybrid Sleep. Bagi membolehkan anda menggunakan option ini, sila ikut step di bawah.
1. Click Windows+R atau Start>Start Search>Run
2. Type cmd atau command prompt
3. Type perkara ini => powercfg /hibernate on
4. Kemudian, gunakan button Sleep pada keyboard atau option Sleep dari shutdown option.
Walaupun anda memilih Sleep, tetapi fungsi dia seperti hibernation. Semua file akan di save pada hard disk dan komputer akan berehat sepenuhnya.
Abg. Senior »
waa! thanks for the info ^^
nasib baik ada pengguna Vista kat sini
Testing.
selalunya x sempat tekan butang sleep, aku dah sleep dulu..
isk..
so’od »
ahaks, nasib bukan ko yang hibernate
hibernate neh byk makan resources kan :)
KNizam » takde la, guna ruang dalam hard disk je
hybernate kadang2 bagus..
tapi kadang2 sangat tak bagus. ia akan meninggalkan kesan terhadap harddisk. mungkin jangka hayat hdd jadi singkat. dan yang pasti, proses defragmented akan lebih kuat.
..//kalau salah tolong betulkan…
alisabki » fungsi hibernate memang menggunakan hard disk. tapi sama je macam fail2 yang ada dalam hard disk tu, semuanya menggunakan hard disk. bahkan, boleh kata semua benda yang menggunakan hard disk, akan memendekkan jangka hayat hard disk. bukan hibernate saje.. ^^
owhhh begitu…. ilmu berguna nihhh
Aku biasa hibernate computer kalau aku ada byk keje tak siap..so komputer aku malas nak logout dan login..kekeke
Satu info yang menarik, saya dah lama guna PC, tapi tak tau pun sepenuhnya fungsi Hibernate nie, sebab saya lebih suka shutdown PC dari Hibernate.
Dan saya pun tak tau kalau kita hibernate boleh cabut power plug :). Memang berguna info nie. Terima kasih
Aku tak tau PC pun bleh hibernate, notebook mmg biasa buat la
em kalo menurut noktah hitam hibernate akn bt hdd jd kong sbb wujudnye 2 fail (hiberfil.sys & pagefil.sys)yg akn mbebankn hdd dgn saiz file yg agk besar.so mane 1 nk kne ikot ni??
@narumi: um, ikut le NH, hehe. lagipun sy sendiri da tak buat da hibernate ni, shut down je terus
pulak…kirenye..hibernate xelok ke adik khairul??