Hutang Tag Dibayar Tag

August 28, 2008 |  by MK  |  Sembang Editor  | 

Kali ini saya ingin melangsaikan hutang tag saya dari beberapa rakan blogger. Saya memang suka permainan tag ni, tapi hari ni baru nak buat >_<. Ok, bagi anda yang tak berapa faham tag ni macam mana, ia bagaikan permainan Cap Duduk yang dimainkan sesama blogger. Siapa yang kena chop, dia jadi. Jadi, oleh kerana saya telah kena chop, saya akan membuat tag-tag berikut:

Meja Komputer MK

Tag ini datang dari Encik Azman dari War IRC II. Jadi dengan bangganya, saya nak tunjukkan meja komputer saya yang cantik dan bergaya:

IMG_0048

  1. Beg yang saya bawa ke kelas setiap hari ke JMTi, dan sekarang saya bawa setiap hari ke tempat kerja.
  2. Ini bukan pasu bunga ye. Ini adalah botol air yang dihadiahkan oleh Kak Syamim. Satu botol ni cukup untuk saya minum 7 hari.
  3. Sebenarnya saya takkan beli monitor LCD, sebab mahal sangat. Tapi monitor ni dibeli second-hand dari Hazmi tahun lepas, RM400 je.
  4. Tempat duduk sewaktu bermain PC. Tahan 1 jam je, sebab lepas tu punggung akan terasa kebas.
  5. Buku-buku yang saya saje letak kat atas system unit, konon-kononnya saya ni rajin membaca :p
  6. Buah hati intan payung gemita alam. Inilah PC saya sendiri yang pertama, dan masih digunakan.

Secara kejamnya saya ingin hulurkan tag ini kepada Encik NokhtahHitam, Encik Syuxx, Encik AbdusFauzi, Encik KNizam, Cik Mira, dan Cik Aisyah. Padan muka. Ops, mana boleh lupa, life4hire!

7 Perkara Rawak Tentang MK

Tag ini pula datangnya dari Encik NoktahHitam. Jadi, berikut merupakan 7 perkara rawak tentang saya:

  1. Saya tak biasa keluar rumah sewaktu kecil. Bak kata Afiq, “Kat Mentakab ni, Khai tahu dua tempat je: rumah dia dengan Cyber Cafe”. Aduh, kebenaran itu pahit.
  2. Saya tak suka bising. Saya tak boleh study atau buat kerja sambil dengar lagu. Kadang-kadang, kipas pun saya tutup sebab bunyi dia bising. Kesian kat roommate saya dulu, dia pasang mp3 pun perlahan je. Ye la, sape suruh dia main lagu Adam gedik.
  3. Saya suka jog. Saya boleh jogging selama 1 jam tanpa henti. Tapi ada kawan saya boleh berjalan dari Sungai Petani ke Bukit Minyak sambil bawa monitor CRT. Lagi hebat. Sungguh.
  4. Sukan kegemaran saya adalah…basketball! Tapi sangat tak terer. Tapi saya tetap suka. Tapi sempat main dua tahun je, waktu bersekolah kat ABS. Bila masuk JMTi, takde court basketball rupanya. Ces.
  5. Orang yang tak kenal saya mungkin cakap saya sombong. Tapi sebenarnya saya seorang yang baik, peramah, dan penuh tatasusila. Dan pandai mengambil hati para ibu mertua.
  6. Saya boleh menggulung lidah, boleh angkat kening sebelah kiri, dan boleh buat hidung kembang-kempis.
  7. Saya pandai ambil hati ibu mer… eh, dah cakap kot yang ni.

Anugerah Dari Rakan Blogger

Ini pula penghargaan dari rakan blogger yang dikasihi, Cikgu Eriyza dan Zamz. Terima kasih Cikgu Eriyza dan Zamz ^^

Brillante_Weblog_Award

Bookmark and Share


34 Comments


  1. aduh. kene tag lagi. ok2. nnt saya cuba buat.

    p.s: yg tag tu, semua or yg gmbr meja komputer je?

  2. Waduh.. tag meje komputer ke meje buat keje?

  3. haha..sempat jugak je buat semua tag ni..
    bagus2..agaknye brapa lama tuk ko kemas meja ko tu sebelum jadi mcm tu..hehe

  4. my meja x penah berubah. and x perlu kemas2 sebab x de bende laen. huhu.

  5. haha..memang xleh blah entri kali ni….

  6. Kat monitor tu nampak cam game warcraft je? betul ke? :D

  7. adussss kena tag la ni ek. ok nanti aku jawab. haha

  8. sejak ble ko ada mak mertua???
    hahahhaa…
    klakar tul entry ko yg nih..waahhaha

    Entri terkini melayubuntu: Seminar OSS Accelerated Adoption Zon Timur & Pelancaran POC OpenOffice.org di Sekolah-Sekolah Terengganu

  9. haha finally jadi pameran jugak award tu ek

  10. “Saya boleh menggulung lidah, boleh angkat kening sebelah kiri, dan boleh buat hidung kembang-kempis”

    keh3…

    saya pun bole gulung lidah, angkat kening sebelah kanan dan paling terer sekali mengempas ngempiskan idung…keh3

    Entri terkini ecahkoop: hijab sang pencinta

  11. Jenuh dok carik kat mana MK letak award dia.
    Arinih baru jumpa topik nih. Huhuhu!!! :)

  12. Salam MK, thanks sebab jawab tag.
    Klakar giler jawab tag.

    Thaniah and semoga success.
    Salam Ramadhan,
    Kreuger

    Entri terkini Kreuger: Sepetang Bersama Deennasour

  13. wah.. dota jom
    GG

  14. nk tanyer tag nih per ek??
    baru pertama kali dengar lah
    huhuhuhuu….

    • @iEhSan:
      tag ni.. macam main cap duduk la. sape kena, die yang jadi.
      siapa yang kena tag, dia kena jawab soalan dan tulis dalam blog die..

  15. oic thanz MK..
    nk main tag nih kene tunggu giliran kew?
    atau main cop2 jew?
    bile turn aku ek??
    hahahahahaha… aku xkene tag pon???????
    heu..heu…

    • @iEhSan:
      biasanya kena tunggu orang tag kite la..
      tapi kalau nak buat terus pun boleh gak, pastu bleh tag org len lak..

      ada blog tak? ada blog bleh le tag.. hehe

  16. LOL dah lama betul yek. i br je snap td. meja keje en? aiyakk. maap ye. =P

  17. MK, saya dah buat tag nie. Sorry ye ambil masa yang lama. Terlupa plak. Hehe. Nasib baik Aisyah buat. Tu yang teringat. ^^

Trackbacks

  1. { abdusfauzi }

Leave a Reply