Kali ini saya ingin melangsaikan hutang tag saya dari beberapa rakan blogger. Saya memang suka permainan tag ni, tapi hari ni baru nak buat >_<. Ok, bagi anda yang tak berapa faham tag ni macam mana, ia bagaikan permainan Cap Duduk yang dimainkan sesama blogger. Siapa yang kena chop, dia jadi. Jadi, oleh kerana saya telah kena chop, saya akan membuat tag-tag berikut:

Meja Komputer MK

Tag ini datang dari Encik Azman dari War IRC II. Jadi dengan bangganya, saya nak tunjukkan meja komputer saya yang cantik dan bergaya:

IMG_0048

  1. Beg yang saya bawa ke kelas setiap hari ke JMTi, dan sekarang saya bawa setiap hari ke tempat kerja.
  2. Ini bukan pasu bunga ye. Ini adalah botol air yang dihadiahkan oleh Kak Syamim. Satu botol ni cukup untuk saya minum 7 hari.
  3. Sebenarnya saya takkan beli monitor LCD, sebab mahal sangat. Tapi monitor ni dibeli second-hand dari Hazmi tahun lepas, RM400 je.
  4. Tempat duduk sewaktu bermain PC. Tahan 1 jam je, sebab lepas tu punggung akan terasa kebas.
  5. Buku-buku yang saya saje letak kat atas system unit, konon-kononnya saya ni rajin membaca :p
  6. Buah hati intan payung gemita alam. Inilah PC saya sendiri yang pertama, dan masih digunakan.

Secara kejamnya saya ingin hulurkan tag ini kepada Encik NokhtahHitam, Encik Syuxx, Encik AbdusFauzi, Encik KNizam, Cik Mira, dan Cik Aisyah. Padan muka. Ops, mana boleh lupa, life4hire!

7 Perkara Rawak Tentang MK

Tag ini pula datangnya dari Encik NoktahHitam. Jadi, berikut merupakan 7 perkara rawak tentang saya:

  1. Saya tak biasa keluar rumah sewaktu kecil. Bak kata Afiq, “Kat Mentakab ni, Khai tahu dua tempat je: rumah dia dengan Cyber Cafe”. Aduh, kebenaran itu pahit.
  2. Saya tak suka bising. Saya tak boleh study atau buat kerja sambil dengar lagu. Kadang-kadang, kipas pun saya tutup sebab bunyi dia bising. Kesian kat roommate saya dulu, dia pasang mp3 pun perlahan je. Ye la, sape suruh dia main lagu Adam gedik.
  3. Saya suka jog. Saya boleh jogging selama 1 jam tanpa henti. Tapi ada kawan saya boleh berjalan dari Sungai Petani ke Bukit Minyak sambil bawa monitor CRT. Lagi hebat. Sungguh.
  4. Sukan kegemaran saya adalah…basketball! Tapi sangat tak terer. Tapi saya tetap suka. Tapi sempat main dua tahun je, waktu bersekolah kat ABS. Bila masuk JMTi, takde court basketball rupanya. Ces.
  5. Orang yang tak kenal saya mungkin cakap saya sombong. Tapi sebenarnya saya seorang yang baik, peramah, dan penuh tatasusila. Dan pandai mengambil hati para ibu mertua.
  6. Saya boleh menggulung lidah, boleh angkat kening sebelah kiri, dan boleh buat hidung kembang-kempis.
  7. Saya pandai ambil hati ibu mer… eh, dah cakap kot yang ni.

Anugerah Dari Rakan Blogger

Ini pula penghargaan dari rakan blogger yang dikasihi, Cikgu Eriyza dan Zamz. Terima kasih Cikgu Eriyza dan Zamz ^^

Brillante_Weblog_Award

Related Posts with Thumbnails

35 Responses


  1. abdusfauzi on 28 Aug 2008

    aduh. kene tag lagi. ok2. nnt saya cuba buat.

    p.s: yg tag tu, semua or yg gmbr meja komputer je?

    • MK on 28 Aug 2008

      @abdusfauzi: gambar meja komputer tu je. nak buat semua pun takdak masalahh, haha

  2. NoktahHitam on 28 Aug 2008

    Waduh.. tag meje komputer ke meje buat keje?

    • MK on 28 Aug 2008

      @NoktahHitam: meja buat keje.. in my case, kedua2 nya adalah serupa.. huhu

  3. mahsyar90 on 28 Aug 2008

    haha..sempat jugak je buat semua tag ni..
    bagus2..agaknye brapa lama tuk ko kemas meja ko tu sebelum jadi mcm tu..hehe

    • MK on 28 Aug 2008

      @mahsyar90: eit, meja tu memang sentiasa kemas dan rapi pe

  4. abdusfauzi on 28 Aug 2008

    my meja x penah berubah. and x perlu kemas2 sebab x de bende laen. huhu.

    • MK on 28 Aug 2008

      @abdusfauzi: bagus2, takde distraction

  5. |1f34|-|1r3 on 28 Aug 2008

    haha..memang xleh blah entri kali ni….

    • MK on 28 Aug 2008

      @|1f34|-|1r3: ha, patut la aku ada rasa something missing. ko pun kena tag sama!

  6. Fahmi on 28 Aug 2008

    Kat monitor tu nampak cam game warcraft je? betul ke? :D

    • MK on 28 Aug 2008

      @Fahmi: yup, baru nak main DotA tu ^^

  7. KNizam on 28 Aug 2008

    adussss kena tag la ni ek. ok nanti aku jawab. haha

    • MK on 28 Aug 2008

      @KNizam: jawab, cepatt

  8. melayubuntu on 28 Aug 2008

    sejak ble ko ada mak mertua???
    hahahhaa…
    klakar tul entry ko yg nih..waahhaha

    Entri terkini melayubuntu: Seminar OSS Accelerated Adoption Zon Timur & Pelancaran POC OpenOffice.org di Sekolah-Sekolah Terengganu

    • MK on 28 Aug 2008

      @melayubuntu: bakal mak mertua pun boleeeh.. 5 tahun lagi la

  9. zamz on 28 Aug 2008

    haha finally jadi pameran jugak award tu ek

    • MK on 29 Aug 2008

      @zamz: mesti la pamerkan.. bangga ada orang bagi award, hehe

  10. { abdusfauzi } on 29 Aug 2008

    My Working Table – Tagged by SK…

    submit_url = “”;

    Having tagged by SembangKomputer, I need to blog about my computer table. OMG. But, no worry, as my table is just a simple table with few things on it. Now, proudly presenting, my neat and simple working table:
    My W…

  11. ecahkoop on 30 Aug 2008

    “Saya boleh menggulung lidah, boleh angkat kening sebelah kiri, dan boleh buat hidung kembang-kempis”

    keh3…

    saya pun bole gulung lidah, angkat kening sebelah kanan dan paling terer sekali mengempas ngempiskan idung…keh3

    Entri terkini ecahkoop: hijab sang pencinta

    • MK on 31 Aug 2008

      @ecahkoop: waow, kenin sebelah kanan tu.. memang hebat!! huhu

  12. Eriyza on 31 Aug 2008

    Jenuh dok carik kat mana MK letak award dia.
    Arinih baru jumpa topik nih. Huhuhu!!! :)

    • MK on 31 Aug 2008

      @Eriyza: hehe, tahanks Kak Eriyza for the award ^^

  13. Kreuger on 01 Sep 2008

    Salam MK, thanks sebab jawab tag.
    Klakar giler jawab tag.

    Thaniah and semoga success.
    Salam Ramadhan,
    Kreuger

    Entri terkini Kreuger: Sepetang Bersama Deennasour

    • MK on 02 Sep 2008

      @Kreuger:
      salam Kreuger
      sorry sebab lambat giler jawab, uhuhu

      semoga anda success juga..
      dan salam Ramadhan ^^

  14. bt3 on 05 Sep 2008

    wah.. dota jom
    GG

  15. iEhSan on 05 Sep 2008

    nk tanyer tag nih per ek??
    baru pertama kali dengar lah
    huhuhuhuu….

    • MK on 06 Sep 2008

      @iEhSan:
      tag ni.. macam main cap duduk la. sape kena, die yang jadi.
      siapa yang kena tag, dia kena jawab soalan dan tulis dalam blog die..

  16. iEhSan on 06 Sep 2008

    oic thanz MK..
    nk main tag nih kene tunggu giliran kew?
    atau main cop2 jew?
    bile turn aku ek??
    hahahahahaha… aku xkene tag pon???????
    heu..heu…

    • MK on 07 Sep 2008

      @iEhSan:
      biasanya kena tunggu orang tag kite la..
      tapi kalau nak buat terus pun boleh gak, pastu bleh tag org len lak..

      ada blog tak? ada blog bleh le tag.. hehe

  17. Aisyah on 16 Sep 2008

    LOL dah lama betul yek. i br je snap td. meja keje en? aiyakk. maap ye. =P

    • MK on 16 Sep 2008

      @Aisyah: takpe, i pun dah 3 bulan baru balas tag ni. har3

  18. Mir on 18 Sep 2008

    MK, saya dah buat tag nie. Sorry ye ambil masa yang lama. Terlupa plak. Hehe. Nasib baik Aisyah buat. Tu yang teringat. ^^

    • Mira on 18 Sep 2008

      OMG. I misspelled my name. Haha.

    • MK on 18 Sep 2008

      @Mira: takpe2. doktor kan bizi.. dah pegi setadi! huhu


Tinggalkan komen anda