
Laman social bookmarking merupakan satu tempat di mana pautan ke artikel-artikel dari laman web dan blog dikumpulkan, memudahkan anda untuk mencari kandungan-kandungan yang menarik di Internet. Ia juga memberi peluang kepada para penulis untuk mempromosikan laman web mereka. Contoh laman social bookmarking yang popular adalah Digg dan Reddit.
Kini, dunia blog tempatan dimeriahkan dengan satu lagi laman web social bookmarking, iaitu IMCURTAIN.com. Laman web ini masih dalam peringkat Beta, namun anda sudah boleh mendaftar, menghantar artikel, serta mengundi artikel yang anda gemari.
Sekali pandang, sistem IMCURTAIN.com tampak menyerupai Negaraku. Ini kerana kedua-duanya menggunakan platform yang sama, iaitu Pligg. Apa yang saya suka mengenai IMCURTAIN.com adalah antaramukanya yang cantik dan sangat kemas. Mungkin ianya menggunakan tema berbayar, namun apa yang penting adalah ia tidak menyesakkan mata saya, dan membuatkan saya ingin berkunjung dengan lebih kerap.

Secara asas, IMCURTAIN.com memaparkan ‘List’, di mana hanya tajuk sahaja yang dipaparkan, beserta beberapa maklumat tambahan yang lain. Apabila anda klik ‘Expanded’, barulah senarai itu akan dikembangkan dengan memaparkan sekali keterangan ringkas bagi setiap artikel. Saya amat menyokong tetapan ini, kerana saya lebih gemar senarai saya dipaparkan dengan tajuk sahja, agar lebih banyak pautan dapat saya imbas sekali lalu.

Apabila anda klik pada tajuk artikel, anda akan dibawa kepada halaman yang memaparkan maklumat lanjut mengenai artikel tersebut, serta ruangan komen. Bagi saya, halaman ini membazirkan lagi satu klik kerana anda boleh terus mengundi artikel dari halaman utama, manakala ruangan komen pula jarang digunakan. Lebih baik jika kita dibawa terus kepada artikel tersebut apabila klik pada tajuk entri.
Secara ringkas, IMCURTAIN.com adalah satu lagi usaha yang bagus untuk merancakkan lagi dunia blog tempatan. Antaramuka yang cantik dan kemas sudah menjadi kekuatan utamanya. Cuma, saya kurang pasti adakah nama IMCURTAIN.com itu (serta pemilihan huruf kecil dan besar) mampu memberikan identiti yang berkesan. Diharap juga IMCURTAIN.com dapat menangani masalah yang sering melanda laman social bookmarking, iaitu spam. Bersama-sama kita tunggu dan lihat perkembangan IMCURTAIN.com selepas ini.
Slm… Agak mirip antara IMcurtain & Negaraku.net. Cume design IMcurtain agak fancy sikit berbanding Negaraku.net. Walau apapun kedua-duanya merupakan laman yang wajib diterokai. TQ
@finalcross: Mirip le, dah guna platform sama, hehe.
interface dia memang kemas dan alangkah bagusnya kalau ada plugin memudahkan untuk submit..hehehe
@abrar: Ye, itu lagi satu yang ditunggu. Plugin~~
hoho.. aku dah bookmark web ni.. bagus utk hantar artikel.. hurm maybe negaraku kene ubah theme kepada yg lebih menarik sket.. ttg identiti nama web tu aku sokong sgt supaya ia berubah kepada huruf kecil smua ataupun huruf besar pada permulaan perkataan..
@Kill-Vearn: Tu la, tergeliat aku nak mengeja IMCURTAIN.com setiap kali. Kalau Negaraku lak, keliru nak guna Negaraku! ke atau Negaraku.net :P
baguslah bende ni.. saya mesti pilih..
sebab lagi satu….warna dia lembut..ada warna hijau..hehe
@Kujie: Iye… sejuk mata memandang, hehe.
lebih menawan rasenye berbanding negaraku.net….hehe
@finalcross: Tema Negaraku.net NH buat sendiri, dan setakat ni tak siap lagi. Harap2 nanti cantik menarik tertarik gak la bila dah siap.
menarik…bleh cuba nie..
bagus2.. something yg perlu disupport =)
Semakin hari meriahlah.dunia internet tempatan.
aku tak sertai benda ni lagi. maybe akan sumbit kotakminda.com hehe
Hari ini dah 18 orang meninggal dunia disebabkan H1N1. Beritanya setiap hari saya ikuti. Bukan permainan atau di alam maya. Ianya realiti. Dari hari ke hari masih belum ada antiviral yang betul-betul dapat dihasilkan bagi kita menangani wabak tersebut. Apa kata kalau kita sama-sama berkongsi maklumat berkenaan wabak tersebut di laman ini kerana mungkin ada di antara kita masih lagi alpa dengan dugaan Allah yang maha dahsyat ini. Mungkin ada yang beranggapan 18 orang masih lagi kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan penduduk di Malaysia yang seramai 27,000,000 orang.
bole join ni..terutamanya blogger baru cam saya..tme kasih mk
@mohdhanif: Sama2.. join jangan tak join :)
hohoho mantap2.. tapi satu yang aku takleh terima adalah cara dia promote.. hohoh macam spam aje..
dan yg paling aku kurang gemar.. ntah macam mana ntah tetiba aku boleh jadi follower imcurtain ni kat twitter.. hohoho pastu banyak gila tweet.. hoooho
@topo: Camne lak cara dia promote, tatau lak aku. Aku tau website ni pun dari tweet abdusfauzi.
Tetiba jadi follower dia kat Twitter? Uih, bahaya nih. Camne tetiba akaun Twitter ko boleh dicerobohi lak.
tu r aku blur tu.. aku tanya kat twitter ada org lain gak yang ada imcurtain ni kat twitter diorang
@topo, impossible tetiba ko jadi follower dorang tanpa persetujuan ko sendiri. @mk, kes hacking kat twitter baru2 nie xde kena mengena dengan jadi follower tetiba, dorang cuma target admin dan celebrities punya account je. topo nie jeles (dah sikap orang melayu dari azali lagi), aku support buatan malaysia.
Ade gk diajak tuan imcurtain ni tuk join. Best gak website macam ni. Leh dapat trafik
[...] Kredit : SembangKomputer.Com [...]
bila lah imcurtain nak buat auto ping macam gengblogger..baru lah senang skit nt..huhu