Teringin nak cuba Linux, tapi tak berani nak install? Yela, takut-takut tersilap install, habis lak satu hard disk tu nanti. Kalau begitu, anda boleh gunakan innotek VirtualBox. Perisian ini adalah merupakan alternatif kepada VMWare, malah lebih baik dari VMWare kerana ianya percuma! ^^

Dengan VirtualBox, anda boleh install apa-apa OS di dalam Windows anda. Jangan risau kerana ianya tidak akan menganggu sistem Windows sedia ada, kerana OS ini ditempatkan di dalam virtual machine.

Apakah itu Virtual Machine?

virtual_box01 Apabila anda ingin install satu OS baru di dalam VirtualBox, anda terlebih dahulu harus membuat satu ‘komputer maya’. Komputer maya inilah yang dipanggil sebagai Virtual Machine. Sperti komputer biasa, anda juga boleh tambah hard disk, RAM, shutdown, masukkan CD, dan macam-macam lagi kepada Virtual Machine ini.

Langkah-langkah untuk install OS anda di dalam Virtual Machine tiada bezanya dengan komputer biasa. ON kan Virtual Machine anda, masukkan CD, dan install OS seperti biasa.

VirtualBox vs VMWare

Bagi pengguna yang telah biasa menggunakan VMWare, anda akan perasan beberapa ciri-ciri pada VirtualBox yang tiada di VMWare, antaranya ialah:

  • Anda boleh masukkan CD atau mount image semasa VM berjalan. Berbanding dengan VMWare, CD Drive atau fail ISO harus ditetapkan terlebih dahulu.
  • Seamless mouse integration. Anda boleh gerakkan mouse secara bebas, di dalam dan di luar VM. Berbanding dengan VMWare, anda harus tekan Ctrl+Alt untuk keluar dari VM.
  • Shared folder. Host system boleh berkongsi folder dengan guest system, sama seperti shared folder dalam sesuatu network. Apabila anda tambah sesuatu fail dalam folder tersebut, di host system misalnya, ianya terus boleh diakses pada guest system. Bagi saya, ini adalah fungsi yang paling berguna.

Namun begitu, innotek VirtualBox masih mempunyai beberapa kekurangan. Sokongan terhadap USB drive amat lemah berbanding dengan VMWare. VirtualBox juga tak boleh load VM yang telah dibuat, bermakna anda tidak boleh menggunakan VM anda di komputer lain, ataupun setelah uninstall VirtualBox.

Dapatkan VirtualBox di sini.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , ,

21 Responses


  1. melayubuntu on 16 Feb 2008

    wah..dh try ke?
    byk mkn RAM x?

    • Muhammad Khairul on 16 Feb 2008

      melayubuntu » da try dah.. RAM untuk VM tu boleh set kan, tapi RAM PC memang nak kena besar kalau pakai software virtualization camni

  2. zaki blogjer on 17 Feb 2008

    Menarik, alternatif kepada VMWare player. But I prefer to stick with my WM, ingat nk try, tapi bila takleh load balik VM lepas install virtual box, terpaksa cancel.

    • Muhammad Khairul on 17 Feb 2008

      zaki blogjer » tu ah, takleh nak load semula memang drawback yang amat..

  3. KNizam on 17 Feb 2008

    heheheheh banyak makan resources neh nanti rasanya. eeheh :)

    • Muhammad Khairul on 17 Feb 2008

      KNizam » yup2, hari tu aku try install vista kat PC aku yang 512MB RAM. peh seksa nye

  4. Syahid A. on 17 Feb 2008

    Biasanya VM software macam ni akan makan RAM. So prepare at least 1GB to be safe.

    • Muhammad Khairul on 17 Feb 2008

      Syahid A. » aku tambah lagi 1GB RAM (asal 512MB je) semata-mata nak try install Vista dalam VM je, huhu.. memang makan RAM

  5. zaki blogjer on 18 Feb 2008

    virtualization ni mmg resource hungry, klu guna BEA Weblogic lagi la giler babas punya RAM, tu pun selalu out of memory error lagi

  6. [...] ada memperkenalkan VirtualBox pada entri yang lalu. Software ini membenarkan anda untuk memasang pelbagai OS tambahan di dalam [...]

  7. kreuger® on 18 May 2008

    Salam bahagia saudara.

    Terima kasih atas sumbangan entri yang beharga ini. memang dah lame saya nak payang dual os tapi takut mengganggu windows pulak

    lagipon ubuntu ni tadek usb modem config, atau saye tak tau nak config kan. kalau boleh saudara terangkan dalam entri yang akan datang mengenai “Mengkonfigurasi USB Modem dengan UBUNTU”

    USB Modem seperti Black ICE Cube, Vodafone dan jenis-jenis USB modem yang lain. Saya menggunakan isp dari 3 pembekal:-

    1. Celcom Broadband – Modem – Vodafone
    2. iZZi – Modem – USB PPOE – IBurst Terminal
    3. Umobile – Modem – ZTE HSDPA USB Modem.

    Terima kasih atas kesudian saudara.
    Kreuger®

    kreuger®s last blog post..TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

    • Muhammad Khairul on 18 May 2008

      @kreuger:

      w’salam..

      um, kalau awak install ubuntu dalam VirtualBox ni, memang Internet dia akan gunakan connection dari Host OS.. maknenye dari Windows awak tu.

      pasal configuration USB modem tu, ini memang hal yang susah sket nak tackle. saya sendiri pakai Celcom Broadband keluaran Sierra, tapi masih gagal nak configure dalam Ubuntu..

      awak boleh rujuk cara-cara install wireless di ubuntu di sini

  8. kreuger® on 18 May 2008

    terima kasih saudara. cepat sungguh update kometar.
    Kalau begitu, tadi saya download menggunakan VBOX amd64.msi
    kenapa gagal berfungsi?

    Sebab processor saya amd. adakah saya dah salah paham pasal ni.

    Terima kasih kerana sudi menerangkan kepada saya.
    Kreuger®

    kreuger®s last blog post..TARIKH LAHIR ( BETUL ATAU KEBETULAN)

    • Muhammad Khairul on 18 May 2008

      @kreuger: um, patutnye memang itu versi yang betul utk PC awak.. sebab pakai AMD..

  9. Blood Elves on 22 Sep 2008

    ape kelebihannye kalo masukkan LINUX

  10. azilan nyer spupu on 15 Dec 2008

    bagi sapa2 rasa kawan die slalu sgt mintak assgment bleh la guna bnda ne…
    buat assgmnt dalam linux..serius shit mmbe korang xleh mintak nyer assgmnet korang 2…

  11. del on 27 May 2009

    thanks..sy bru je nk knl2 ngan linux ni..sy nk pkai linux slax..cmne ek?dlu pkai os window vista..kna ade ubah setting @configure blk ke utk broadband klu pkai linux nnt?

  12. Rim on 24 Jul 2009

    Tq,sembang komputer kerana banyak membantu saya dalam banyak hal mengenai selok belok komputer.

  13. syarif on 05 Aug 2009

    kalau nak install driver tuk linux lak camner?

  14. delan on 06 Oct 2009

    salam bro MK,tnya ckit..yang shared folder 2 mc na??plak 2 mcm mane kite nk acces data yang kat host bile dah ade dalam virtualbox??contohnye kite nk bukak partition len dalam host tapi guna virtualbox..

  15. danish on 27 Oct 2009

    saye nak tanye mcm mane nak buat penghantaran artikel kepada banyak emel…?


Leave your comment