Cara-cara Install Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Ubuntu 9.04 ke dalam komputer anda. Sebaik-baiknya anda menggunakan hard disk kosong yang khas untuk membuat pemasangan Ubuntu. Jika tidak mempunyai hard disk kosong, anda boleh juga menggunakan hard disk yang telah ada Windows dan dokumen lain di dalamnya, namun pastikan anda membuat backup terhadap Windows serta dokumen-dokumen tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengenalan Ubuntu 9.04

Ubuntu adalah sebuah OS yang berdasarkan Linux. Versi baru bagi Ubuntu dikeluarkan setiap 6 bulan. Jadi, Ubuntu 9.04 bermakna ia dikeluarkan pada April 2009. Kelebihan utama Ubuntu (serta OS Linux yang lain) adalah percuma, dan anda bebas untuk melihat serta mengubah source code yang terkandung di dalamnya. Anda juga tidak perlu risau akan masalah virus dalam Linux kerana ancamannya adalah sangat sedikit (baca: hampir tiada).

Oleh kerana Ubuntu adalah percuma, anda boleh download fail ISO terus dari laman web Ubuntu. Kemudian, burn fail ISO ini ke dalam CD untuk menggunakannya.


Langkah-langkah Install Ubuntu 9.04

  1. Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer anda boleh boot dari CD-ROM.
  2. Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Ubuntu. Skrin pertama yang anda akan lihat adalah pilihan bahasa untuk proses pemasangan. Pilih English dan tekan Enter.
    jaunty-01
  3. Di sini, anda boleh memilih samada untuk menjalankan Live CD Ubuntu. Live CD ini membenarkan anda mencuba Ubuntu terlebih dahulu tanpa perlu install apa-apa ke dalam komputer. Pilih “Try Ubuntu without any change to your computer” untuk mencuba Live CD Ubuntu, dan teruskan ke langkah 4. Sekiranya anda ingin terus memasang Ubuntu, pilih “Install Ubuntu” dan teruskan ke langkah 5.
    jaunty-02
  4. Di sini anda boleh memandu uji Ubuntu untuk menguji kesesuaiannya dengan komputer anda. Jika anda sudah puas mencuba dan ingin memasang Ubuntu, klik pada ikon Install.
    jaunty-04
  5. Skrin Install yang pertama akan dipaparkan. Klik pada butang Forward.
    jaunty-05
  6. Pilih zon masa (zon kita: Kuala Lumpur) dari peta yang diberikan, dan klik pada butang Forward.
    jaunty-06
  7. Pilih keyboard layout (biasanya English) dan tekan butang Forward.
    jaunty-07
  8. Pada skrin ini, anda dikehendaki menetapkan ruang pada hard disk anda. Pilihan adalah seperti berikut.
    • Pilih “Install them side by side, choosing between them each startup” sekiranya anda ingin dual-boot dengan Windows.
    • Pilih “Use the entire hard disk” sekiranya anda menggunakan hard disk kosong yang khas untuk pemasangan Ubuntu.
    • Pilih “Use the largest continous free space” sekiranya anda mempunyai ruang yang tidak berformat dalam hard disk.
    • Pilih “Specify partitions manually” untuk menetapkan partition secara manual. Bagi pengguna berpengalaman sahaja.

    Setelah memilih, klik pada butang Forward.
    jaunty-08

  9. Masukkan nama, nama log in, password, serta nama bagi komputer anda. Klik pada butang forward.
    jaunty-09
  10. Ubuntu kini telah sedia untuk dipasang. Klik pada butang forward.
    jaunty-10
  11. Proses pemasangan akan berjalan. Tunggu hingga ianya selesai.
    jaunty-11
  12. Setelah tamat, klik pada butang Restart Now. Setelah restart, anda sudah boleh mula menggunakan Ubuntu anda.
    jaunty-12

46 thoughts on “Cara-cara Install Ubuntu 9.04 (Jaunty Jackalope)

    • @Akmal Hisyam: Tak adil lak kalau nak bandingkan Ubuntu 9.04 ni dengan Windows XP yang dikeluarkan 9 tahun lepas :)

      Apa pun, memang cara install Linux dah makin mudah sekarang ni. Tak macam dulu, GUI pun takde, huhu.

  1. nie tgk kt utube nie nk mnnges tgk dowg nyer linux
    cmne nk wat cm2 ea?

    act dri smlm g sy nk tnye
    sy da install dual boot kt lptop nie
    then dy loading cm lame jew
    asal ea?(cm layar trun dri ats, bkn sekelip mate terus ade cm kt dlm utube)
    cm klu nk scrol ke bwh dy cm lmbat sket
    cm vista bru lpas 4mat then xset lg resolution dy
    nk2 ble bkk tenet nk scrol ke bwh..lg tekanan..
    ade kaitan ngn graphic ke?

    sesape ley bntu??
    please urgent!
    da install 2 kali da nie.. same jugak

      • driver grafik dkt windows ke dkt linux?
        klu dkt linux mne nk dpt?
        sy pkai acer aspire 4530..
        ram 2g..
        grafic card tok windows rase nye sume da ade..
        mslh jdi ble sy wat kn linux 2 sbgai dual boot..
        klu gune virtual box ok je

    • @ikhsan: Kalau awak dual-boot Windows dan Linux, boleh delete terus partition2 Linux tu kat Computer Management di Windows. Cuma, pastikan boot manager reset balik, kalau tak, Windows pun tak boleh start nanti.

  2. de sesiape yang boleh recover linux yang korg dah buat dan bg sy image dy?
    sebab linux nie dy tak friendly user..
    sume kne pkai code2 trtntu..
    thanks

  3. minta jasa baik korg utk ajar mcm mana sy boleh install maxis broadband (usb modem) kat Ubuntu nie..Sbb sy x dpt install la.. x reti pakai Ubuntu nie.. sy sendiri pun dah BUNTU dibuatnya..

  4. 1.kalau install ubuntu ini,perlu cari driver macam windows ke?
    2.kalau install software support windows boleh ke?
    3.Ubuntu @ windows mana best?

    • @@garry, 1. yeap, kene carik driver gak
      2. tak, linux tak support windows software
      3. Window senang sbb korang lahir2 dah nampak windows, ubuntu best tuk orang yang intermediate and keatas

  5. salam bro..
    nk tnya sket ble..?
    saya pki lptop acer 4530
    saya da instal ubuntu nie
    tpi driver sy mcm xsupport jek..
    tpi yg pliknya kwan saya pki lptop acer yg xder grafic kad ok jek…
    nape erk..

  6. Salam Saudara MK….

    1. Apa kebaikan Ubuntu dibandingkan dgn operasi window selain percuma dsbg?

    2. Bolehkah kita install Ubuntu berkongsi dgn window?

    3. Adakah Ubuntu configure dgn software yg lain?

    Terima Kasih……

  7. salam .

    saya nak tanya processor intel pentium 4 dengan saiz ram 512mb bolehkah menginstall UBUNTU 8.04 ??

    Dari DIP 5C

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">