bagaimana-install-windows-7-00

Windows 7 dijangka keluar di pasaran pada bulan Oktober ini. Namun, jika anda berkesempatan untuk memuat-turun sistem pengoperasian ini pada peringkat Beta dahulu, anda sudah boleh mencuba untuk memasang Windows 7 pada komputer anda. Atas permintaan beberapa orang pembaca, saya akan terangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 7 Beta ke dalam komputer anda.

Cara-cara memasang Windows 7 Beta

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.

Perhatian: Oleh kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, masalah mungkin berlaku dalam proses pemasangan. Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.
    bagaimana-install-windows-7-01
  2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-02
  3. Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-03
  4. Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-04
  5. Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-05
  6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-06
  7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
    bagaimana-install-windows-7-07
  8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-08
  9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-09
  10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-10
  11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings”
    bagaimana-install-windows-7-11
  12. Pilh zon masa anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-12
  13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    bagaimana-install-windows-7-13

Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila tinggalkan di ruangan komen, selamat mencuba :)

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

91 Responses

« Older Comments
  1. zone2020 on 05 Feb 2010

    saya da beli cd windows 7 ni kat kedai rm 12

    nak tnya dia punya cra nk format sama gak ka?

    • aien on 12 Apr 2010

      sma jek la cara nk installnye…=)

  2. hairi on 10 Mar 2010

    sy dh gna window 7………
    tp home basic jela

  3. ayu on 17 Mar 2010

    salam…sy xpnh th about cmputer tp sy skarang blaja dalam.information technolpgy dekat kolej poly tech mara..dah sem 2..cara2 nk create pon sy xth…klw kte nk create wndows bru xpyh padam ap ke?

  4. ayu on 17 Mar 2010

    laptop sy pkai wndows vista..tp nk tukar kpd wndows 7..apkah langkah2 ye?hope abang dapt bg tnjok aja…

  5. syafiq on 30 Mar 2010

    susuh lah nak install windoe 7 nie……

  6. Mizie on 15 Apr 2010

    kalo nk create format baru atau tukar window lebih baik del software kat add and remove program kasi semua kosong dlm pc supaya keja x susah nk buat … pastu beli cd dan format dan format window nie semua sama ja beza dia kat nk bahagikan partition ja sbb setengah pc kena jumlah ada yg nk % … ikut kesusuain korang la

  7. putri on 03 May 2010

    nk tye larh kn windows 7 nie gne storan yg besr ka.?
    ne kna bli ram 2 gb ka.?

  8. erin on 13 May 2010

    saya nak tahu macamana nak tukar wallpaper di win 7 nie..saya dah cuba click di control panel, tetapi tiada..macamana ye..terima kasih atas bantuan

  9. ajuera on 28 May 2010

    mcm mana nak dapatkan product key for windows 7 ultimate win32??

  10. alin on 12 Jun 2010

    windows 7 ni kene install ddie pnye driver jgk ker or mase frmat tu die dh siap driver?? please jwb ek..

  11. dar on 20 Jun 2010

    baca kt forum ttg win7.smua ada dlm google.search saja

  12. alin on 02 Jul 2010

    nape die ade kuar command prompt.. kt command prompt tu nk type ape???

  13. KEYRUN on 19 Jul 2010

    macam mana nak buat kalau destop saya tak boleh baca DVD. Saya cuba copy sofwere ke dalam external hard disc. Sekarang saya cuba install Window 7 berjaya tapi saya tak guna kaedah biasa. Cuma explore dan klik. Masaalahnye saya tak dapat format drive c. fail2 lama masih ada. Saya cuba kaedah restart and install tapi tak jumpa apa yang saya cari. terimakasih… tolongggggggg

  14. hanum on 21 Jul 2010

    Salam,
    sy beli pc kosong, macam mana nak install window 7.
    tolong bantu. terima kasih…

« Older Comments

Tinggalkan komen anda