bagaimana-install-windows-7-00

Windows 7 dijangka keluar di pasaran pada bulan Oktober ini. Namun, jika anda berkesempatan untuk memuat-turun sistem pengoperasian ini pada peringkat Beta dahulu, anda sudah boleh mencuba untuk memasang Windows 7 pada komputer anda. Atas permintaan beberapa orang pembaca, saya akan terangkan langkah-langkah untuk memasang Windows 7 Beta ke dalam komputer anda.

Cara-cara memasang Windows 7 Beta

Seperti biasa, perkara pertama yang anda harus lakukan adalah memastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan. Ini dapat dilaksanakan dengan menetapkan boot sequence yang pertama kepada CD/DVD. Setelah boot sequence telah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 Beta dan hidupkan komputer anda.

Perhatian: Oleh kerana Windows 7 ini masih dalam peringkat Beta, masalah mungkin berlaku dalam proses pemasangan. Gunakan hard disk berasingan sekiranya anda bimbang akan keselamatan hard disk yang mempunyai dokumen-dokumen anda. Jika anda ingin meneruskan pemasangan, ikuti langkah-langkah di bawah ini:

  1. Skrin pertama yang keluar akan memaparkan msej “Windows is loading files…”, tunggu sehingga proses ini selesai.
    bagaimana-install-windows-7-01
  2. Kotak pertama, kedua, dan ketiga memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tetapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-02
  3. Klik pada butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-03
  4. Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-04
  5. Klik pada butang Custom untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.
    bagaimana-install-windows-7-05
  6. Pilih partition manakah yang akan memuatkan Windows 7, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-06
  7. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.
    bagaimana-install-windows-7-07
  8. Setelah proses pemasangan siap, anda akan dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama sekali, masukkan nama anda dan nama bagi komputer, kemudian klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-08
  9. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-09
  10. Masukkan nombor siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu muat—turun dahulu, dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-10
  11. Pilih pilihan bagi Windows Update. Untuk memastikan Windows 7 anda sentiasa dikemaskini, pilih “User recommended settings”
    bagaimana-install-windows-7-11
  12. Pilh zon masa anda dan klik Next.
    bagaimana-install-windows-7-12
  13. Kini Windows 7 sudah siap dipasang, dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    bagaimana-install-windows-7-13

Proses pemasangan Windows 7 adalah lebih mudah dan pantas berbanding Windows XP. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan, sila tinggalkan di ruangan komen, selamat mencuba :)

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

91 Responses

Newer Comments »
  1. MaKR on 04 Mar 2009

    Salam ‘Alaik..

    Syukran MK coz bg tips ni…

    Sy da try install time mule2 kuar dulu..

    Alhamdulillah sampai skrg x d maslah..

    or sy yg x reti nak explore…

    huhu….

    sape yg nak gune vista tu..sy sarankan gune la windows 7 ni…

    better than vista…

    uhuk..

    Jazakallah…

    Wassalam…

    • nainch on 26 Oct 2009

      @MaKR, blh sy kat mane blh dptkan CD WINDOWS 7 ni?? dan berapa harganya??

      • razmad on 04 Nov 2009

        DVD Windows 7 (biskut tawar) dah banyak keluar. Boleh beli di kedai2 yang biasa jual cd2 biskut tawar.

  2. rmartz on 04 Mar 2009

    terima kasih atas tips ini…
    windows 7 memang lebih baik dari vista…
    walaupun beta… tetapi anda semua pasti puas gunakannya…
    tetapi ada persoalan disini…
    apa beza windows 7 M7 yg dijual di kedai dan widows 7 yang kita download sendiri original dari microsoft??

    • MK on 04 Mar 2009

      @rmartz: Windows 7 yang download dari Microsoft ni versi percubaan sahaja, tak lengkap lagi. Bila Microsoft keluarkan Windows 7 dan dijual di kedai nanti, itu barulah versi yang lengkap.

  3. adol on 04 Mar 2009

    macam smart je win 7 nie.. apa kelebihan dia?

    • MK on 08 Mar 2009

      @adol, Windows 7 ni lebih ringan dan pantas berbanding Windows Vista. Reviu pasal Windows 7 ada saya tulis di sini.

      • papah on 20 Apr 2009

        bila yg window 7 ni nk ada dijual or sy yng ktgglan zmn sal bnda ni? bkn pe…nk gak try yg baru ni….ahazk…

        • MK on 21 Apr 2009

          @papah, Windows 7 ni memang belum dijual lagi, sebab belum siap dibina. RC (Release Candidate) bagi Windows 7 ni dijangka dilepaskan pada bulan lima ni.

  4. EiNS on 04 Mar 2009

    Windows 7 walaupun beta tapi dh kira ok la…sepanjang try ni takde plak jumpa sebarang error…

    Versi RC akan kuar pada April 10, 2009…versi final plak tatau bila lg…x sabar nak guna yg windows 7 penuh…

  5. Merah&hitaM on 07 Mar 2009

    tutorial yg bagus MK… i like it… aku da pernah try win7 beta ni dulu, tapi bukan ori la (dipatchkan).. sangat cantik & seronok menggunakannya… tapi aku pakai XP balik sbb nak tunggu full version nya kua… vista adalah amat tak best nak pakai, aku prefer sape2 nak beli OS nanti, tunggu la win7 ni keluar oke… thumbs up to u MK..

    • MK on 08 Mar 2009

      @Merah&hitaM: Aku pun kalau boleh nak guna terus je WIn 7 Beta ni, tapi tak dapat sebab tak support modem aku yang kuno tu.. huhu. Tunggu je la dia release hujung tahun ni. Kalau ada duit, beli la :p

  6. Marzuki on 08 Mar 2009

    aku lemah la bab2 instal OS ni. abang aku baca blog nko ni mesti suka. hhe

    • MK on 08 Mar 2009

      @Marzuki dah tu ajak la abang ko baca blog aku, hehe.

  7. mokhmar57 on 16 Mar 2009

    Bagaimana alpakasi yang diperlukan untuk windows 7. Paling minima berapa.

  8. hanif89 on 17 Mar 2009

    nak ambil no siri kat mane????
    cara lain xdak ke untuk actived windows 7 nih???

    • MK on 21 Mar 2009

      @hanif89, waktu Microsoft buka download Windows 7 Beta pada orang ramai dulu, no siri ada diberi sekali. Sekarang ni ianya dah ditutup dah, jadi kalau takde no siri tak boleh activate la.

      • nainch on 26 Oct 2009

        @MK, so MK nnti bile kita beli kat kedai CD tu…mmg ade kan no siri tu?? sy nak th berapa RM eh??

  9. al_boogiesi on 13 Apr 2009

    salam..cantik kan dia tunjuk cara install tu..mcm mn ek nk buat mcm tu??maksud saya guna software ape ek..blh tunjukkan gmbr g masa dia format tu..

  10. azza on 18 Apr 2009

    salam..sori nak tanye,win 7 beta ni win yang the latest ke?win 7 dulu ke win vista dulu?

    • MK on 19 Apr 2009

      @azza: Salam. Windows 7 ni memang yang terbaru [unya, lagi baru dari Windows Vista.

  11. cat on 27 May 2009

    bro letak os skli bru org akn msuk bro pnye laman web n…..ok x cadagan 2

  12. [...] Ulasan Mengenai Windows 7 RC Windows 7 RC Sedia Di Cuba Oleh Semua Orang Muat Turun Windows 7 Beta Secara Percuma Muat-turun percuma Windows 7 Beta! Cara-cara Nak Install Windows 7 Beta [...]

  13. ferdy on 08 Jun 2009

    thanks kerana berkongsi, sila layari web saya :)

  14. Small_Boyz on 02 Jul 2009

    Saya sekarang pakai windows xp. Saya mahu tukar ke windows 7 tapi saya sayangkan barang didalam hard disk. Boleh tak windows 7 format dengan partion yang sama

    • MK on 08 Jul 2009

      @Small_Boyz: Em, pastikan awak backup/salin dulu semua dokumen-dokumen awak ke dalam partition yang lain, di D: misalnya.. Windows 7 tu awak boleh install kat partition C:, menggantikan Windows XP.

  15. sasuka on 03 Jul 2009

    Salam semua,
    huhuhu jadi senak otak saya nie bila baca pasal window 7. sekarang nie baru berjinak2 dengan vista.
    Persoalannya disini boleh tak window 7 nie di gunakan dalam laptop compaq presario v3000 ?
    Minta maaf saya baru berjinak2 dan baru nak belajar basic pasal komputer.
    Terima kasih

    • MK on 08 Jul 2009

      @sasuka: Boleh je, Windows 7 ni requirement dia lebih rendah dari Windows Vista, jadi patutnye takde masalah nak install kat laptop2 baru skang ni.

  16. mans on 19 Jul 2009

    Salam semua,
    Sekarang windows 7 RC dah kuar boleh download.

  17. aryanto on 31 Jul 2009

    bagaimana kalau memori RAM nya 512 mb, apakah bisa di instal????

  18. chokilala on 29 Aug 2009

    berjaya install. hikhik XD

    • MK on 29 Aug 2009

      @chokilala: tahniah cik choki~~~ selamat menikmati Windows 7 :)

  19. ammar win7 on 31 Aug 2009

    salam smue…
    huu sronok aku bce korang pny komen….tenkz 4 smue
    aku dah gne win 7 pehh!!! mmg sronok lah…

    grafik dye cntik gli n lgi best drpd vista 2…aku explore smpai xtido beb ;0..
    so korg jgn tkutlah nk farmat bru k..smue hnye di hujung jri jek…

  20. uniez on 01 Sep 2009

    apa syarat minimum nak install win 7 cam vista kena ada at least 514 ram ngan 80 gb hardisk win 7 cam na lak.

  21. bahar on 14 Sep 2009

    step ke 7 .. tak boleh run ada problem…

  22. jerry on 27 Sep 2009

    mkasih atas pedoman nya ………..

    • MK on 28 Sep 2009

      @jerry: sama2 :D

  23. PutiH on 30 Sep 2009

    meletopp la window 7 ni.. perghh dahsyattt!!!

  24. calon solerh on 08 Oct 2009

    Assalamualaimkum.
    skrg sya da gba win 7
    ultimate siao ngan cxrack lg.. klu
    nk blh hubungi sya…
    sya blh send imej dia kat email anda
    Syukran

  25. mira on 17 Oct 2009

    saya nak tye ni, dekt mne bolh sye daptkn DVD windos 7 beta, bukn ke nak install window 7 ni free ke???????

  26. mira on 17 Oct 2009

    hai bezzzz tol window 7 ni!!!!!!!!

  27. mira on 17 Oct 2009

    saye nk tye kt mne leh sye dptkn DVD windows 7, kte free

    • CloudLeon on 26 Oct 2009

      @mira, leh dapatkan melalui download, search kat google, die ada kat torrent ataupun direct download, memang free, tp bile oarng danh burn kat cd, takdenye free, kompom jual, skarang dah official kuar win 7 ori, nak install win 7 tunggu sampai ada sp1 dulu baru stable

  28. wan azizi on 18 Oct 2009

    salam tuan rumah,aku ingat nak try gak pasang W7 ni..
    tapi aku cuma risau bab driver je…
    ada yang support x untuk laptop hp compaq v3000???
    by the way,berapa harga ori dvd W7 ni ye???

    • CloudLeon on 26 Oct 2009

      @wan azizi, sry aku tgh rajin nak menjawap, sblom beli w7, cube g laman web provider driver ko, tgk sama ada dah provide driver tuk win7 atau lom, arga ori di pasaran us $100++, depends ko nak home atau pro atau ulti

  29. Saiful on 29 Oct 2009

    Assalamualaikum.Saya ada satu soalan apakah kelebihan windows 7 ngan windows XP ni?

    • CloudLeon on 29 Oct 2009

      @Saiful, kelebihan die dari segi interface, berbeza, win 7 lebih friendly user, malah ada direct 10, lebih ringan dan cpt dari xp, apa yang aku tau la

  30. tingkap7 on 31 Oct 2009

    assalam…..wah saya dah cuba install win7 ultimate..mmg meletop lar…..die lagi ringan dari xp tu….haha…

  31. tingkap7 on 31 Oct 2009

    assalam….nk tanya ape funtion windows.old dlm hdd apabila kita selesai install windows baru….ada x cara untuk menghilangkannya????…..
    harap dapat dibantu…

  32. razmad on 04 Nov 2009

    saya baru beli windows 7 (biskut tawar). boleh tak nak upgrade terus windows vista ke windows 7. tanpa dengan menetapkan boot sequence.install mcm biasa. boleh ke?

  33. sayabudakbarubelajar on 06 Nov 2009

    salam..sy nk format compaq presario v3000..

    requirement:
    kne ade driver laptop ni
    and dvd windows 7..

    dah..ready dua2.

    soalan..ble ke ms nye gune driver tu ek.

    • Hehehe on 23 Nov 2009

      @sayabudakbarubelajar, format je masok 7..biasala dlm 7 dah ade seme driver siap2

  34. MEEMAN on 06 Nov 2009

    laptop saya compaq cq40 337TU, vista lembab selalu hang terutamanya buka YM selalu putus, lani tukar kepada windows 7 ultimate, selepas masukkan key yg diberi dan update, dalam tempoh dua minggu guna w7 search internet lebih laju dan Ym x putus. game berat pun boleh main. itula sahaja pengalaman saya pakai windows 7 ultimate yg dah diupdate.

  35. helpmeplis on 07 Nov 2009

    salam..MK n all.

    sy pkai compaq persario v3000

    skg nk format laptop wt pertama kali nye ngn usaha sendri(doakan kjayaan..huhu)

    sy dah gune everest tgk driver yg d perlukan tuk d dnload…

    sy tak sure yg mn sy kne dnload…

    skag br je dnload video n audio adapter..

  36. museDC on 23 Nov 2009

    salam..
    sy nk tanya sket… saya nk format vista kepada xp…
    tp dia kena tuka format sata ke ide dulu kan…
    nk kena msuk bios dulu kan?
    tp bila nk msuk bios, ada minx password
    dh try backdoor password bg phoenix, tp xley..
    dh try remove CMOS battery tp xley gak..
    ada cara lain x? :(

  37. Hehehe on 23 Nov 2009

    fuh..memang bez dari vista…ikot speed..xp 1st,7,vista.pergh!!!love u 7..

  38. Matmin on 07 Dec 2009

    Sy ingin upgrade window xp s2 kpd win 7..Tetapi ada msalah timbul apabila kuar comd

    X:\$windows.~bt\windows\system

    sy xtau cmne da skrg..tlg sgt2 bntu sy..Ada sesiapa leh tlg??

    • yuci on 18 Dec 2009

      ik..camana awak buat tu yer?..sy pun pakai window 7..x support..bole bagi url katner awak download file kat web blue cube tu?….

  39. ik on 10 Dec 2009

    sy gne modem blue cube..windowx 7 xleh support..tp sy download file kat web blue cube then copy kat dlm folder blue cube..boleh je connect..huhhu…

    • yuci on 17 Dec 2009

      ik..camana awak buat tu yer?..sy pun pakai window 7..x support..bole bagi url katner awak download file kat web blue cube tu?….

  40. yana on 20 Dec 2009

    hye sume,
    sronok bce kumen korg..
    teruja gak nk guna win7 ni..
    nk tnye : lau gne win7,leh support modem yg 386mbps x?
    tkot gak lau xleh support t..

  41. yana on 20 Dec 2009

    mksd sy modem broadband…

  42. cuip on 28 Dec 2009

    Saya nak tanya..mcm mana nak pation kat win 7 ni ha?
    so skrng ni C saya 232 gb n D saya just 86.2 mb….

  43. cupid on 28 Dec 2009

    win 7 mmg best tahap cipan!!!!

  44. Ryan on 04 Jan 2010

    Win 7 ni suppot celcom brodband x?.. sy de bli cd ori, nak tau bole guna tuk bape pc ye.. 1 pc je ke?? lg stu, sy guna hdd sata.. cara install sama je ke??

    • MK on 05 Jan 2010

      Yang penting bukan Win 7 support celcom broadband ke tak, tapi Win 7 support modem tu ke tak. Selalunya modem2 yang baru sekarang memang Win 7 support. Tak perlu risau nak install hdd sata kat Win 7, sebab driver dah disediakan sekali, so tak perlu slipstream ke apa2.

      • Ryan on 07 Jan 2010

        Tq MK.. da lbh faham skg. Sy dah install Win 7, baru 1st time guna sy da jatuh cinta..hehe, mmg best, cantik n laju.. :)

  45. asx on 07 Jan 2010

    cmne ko bwat screenshot waktu tgh install?

    • MK on 12 Jan 2010

      Guna VirtualBox! :D

  46. kyrul on 10 Jan 2010

    Hello bro, kawan nye laptop dah win 7, masalah tak leh guna internet broadband celcom bluecube 3.5g.. mana nak dapat drivernye?..

  47. zee on 11 Jan 2010

    salam….saya nak tanya. cam ner nak tetapkan boot sequence to acer 4720…?? tak detect dvd tok win 7… sape leh tlg???

  48. ajak makan on 17 Jan 2010

    cmne ngn driver tuk window 7…………. kui kui kui

    • MK on 20 Jan 2010

      Macam Windows Vista, biasanya driver sound akan dipasang secara automatik sewaktu install Windows 7. Driver2 lain bersar kemungkinan akan compatible dengan Windows 7.

  49. Master on 26 Jan 2010

    helo semua! cuba download windows 7 ultimate memang best gila sebab hampir semua driver auto detect kecuali seperti modem card dan siapa pakai lagi modem card semua pakai network card. yang bestnya theme background boleh diubah suai warnanya seperti desktop panel warna pink ke atau hijau ke! pasal game semua boleh main dan software boleh pakai walaupun ia tulis win xp dan vista compatible. Caranya mudah pergi kat setup.exe bagi game dan software atau application.exe klik kanan dan pergi ke compatibility option dan tick run this program in compatibility mode for dan pilih windows xp sp3 dan pasti boleh run under windows 7. Sebab apa! aku dah test game virtua fighter 2 dan mortal kmobat 3 kat win 7 boleh je! dan ada software yang pereka cakap dia buat bukan untuk win 7 cuba cara aku dulu mesti jadi!. Sebab hanya software xp sp2 sahaja yang bermasalah sedikit kalau tak twik registery tak boleh run!.

  50. samurai gulz on 27 Jan 2010

    halllllooooo…MK
    de blog x????

Newer Comments »

Tinggalkan komen anda