Masalah selalu berlaku apabila anda ingin install Windows XP, tetapi komputer tidak menjumpai hard disk anda. Ia hanya memaparkan mesej “Setup did not find any hard disk drives installed in your computer.”
Ini berlaku kerana PC dan laptop kini biasanya mempunyai hard disk jenis SATA. Untuk install Windows ke dalam hard disk SATA, anda haruslah mempunyai driver SATA tersebut, yang selalunya dibekalkan bersama disket. Jika laptop anda tidak mempunyai tempat untuk disket, anda haruslah menggunakan cara “Slipstream”.
Dengan slipstream, anda boleh memasukkan driver SATA anda ke dalam CD supaya CD Windows tersebut akan mengesan hard disk anda secara automatik, Berikut saya tunjukkan cara untuk slipstream CD Windows menggunakan nLite. Dapatkan nLite di sini.
- Pada paparan awal nLite “Welcome to nLite!”, klik butang Next.
- Paparan kedua, “Locating the Windows Installation”. Di sini, anda harus memasukkan CD Windows XP. Setalah CD dimasukkan tekan pada butang browse dan pilih CD Windows XP anda tadi.
- Satu kotak mesej akan keluar, “Select where to save the CD installation files for modification. Choose or create an empy folder.” Di sini, anda harus buat satu folder dalam hard disk anda di mana Lite akan copy segala fail dari CD Windows XP ke dalam folder tersebut.
- Setelah folder dibuat/dipilih, nLite akan menjalankan proses menyalin, “Copying…”. Tunggu sehingga selesai dan klik butang Next.
- Paparan Presets akan keluar. Tekan Next sahaja.
- Paparan Task Selection akan keluar. Klik pada “Drivers” dan “Bootable ISO” dan klik pada butang Next.
- Paparan Drivers akan keluar. Klik pada butang Insert dan pilih Single Driver. Di sini, anda harus memilih fail driver yang terdapat dalam komputer anda. Driver biasanya terdapat pada fail.INF. Klik pada fail tersebut dan klik butang Open.
- Sebaik-baiknya, pilih satu sahaja driver mengikut jenis OS yang sesuai. Perhatikan bahawa driver anda telah tersenarai. Klik pada butang Next.
- Paparan “Processing…” akan keluar. Satu kotak mesej akan keluar, “Do you want to start the process?”. Klik OK. Tungu sehingga proses selesai dan klik Next.
- Paparan Bootable ISO akan keluar. Di sini, anda boleh membuat fail ISO atau anda boleh burn terus ke dalam CD. Jika anda tidak biasa dengan fail ISO, pilih Direct Burn dari mode dan klik pada butang Burn.
- Setelah proses Create ISO atau Direct Burn selesai, klik pada butang Next. Kemudian klik Finish setelah selesai dengan nLite.








Kini, CD yang anda telah burn tadi bolehlah digunakan untuk install Windows XP.
Adakah artikel ini membantu anda? Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila tinggalkan komen.
gimana ya cara menginstal winamp
terima kasih..
jumpa jugak tutorial slipstream dalam bahasa melayu..
thank you boss for information.. I hope its helpfully
hang memang sempoi
saye x paham tang nak cari i driver tuh.. step 7… pleas help meee
nak tanye ni VIASRAID.INF xdela dalam laptop ni..aku skrang guna win 7 nk tukar XP. leh gtau x macam mn nak dapatkan VIASRAID tu?ada link x???PLEZZZ ASAP,,,,
sy dh cuba cara ni tp masa nk copy tu tiba2 kuar ‘data error cyclic redundancy check’ byk kali.. knapa eh?
sy tak faham lah step ke 7. mana nak cr fail tu?
Pingback: Cara instal windows xp « Latansa Hotspot
saya ada notebook hp mini 110-3558 tu. masalah saya disini pada permulaan startup dia mengeluarkan mesej “SMART disk check error” tetapi jika di teruskan hingga ke paparan windows 7 dan digunakan dalam setengah jam notebook tersebut akan jadi blue screen. saya nak formatnya semula ke windows xp tetapi gagal. adakah cara untuk memformatnya semula
ahhhh… peninggggggggg. gagal la nak bt kt hard disk sata.. tolonggggggg
salam…
saya mempunyai masalah pada step ke 7. semua step saya dah buat tp sampai step 7 bg arahan masukkan driver sata dlm bentuk inf..masalahnya driver yg saya download drpd internet semuanya bukan dlm bentuk inf..pc saya dell precision 370.. dah byk kali saya cari tp xdpt..boleh bg bantuan saya dah pening..byk kali sgt saya dah cuba tp masih xberjaya
tq
minta bantuan….
mcm mana cara nk download driver sata yer dlm btk inf..pc saya hp presicion 370..tp saya cari driver semua xngan ngan pc saya..mintak bantuan