Install Windows pada Laptop dan Hard Disk SATA?
Masalah selalu berlaku jika anda ingin reinstall Windows XP dalam laptop, apabila hard disk tidak dapat dikesan oleh Windows. Ini berlaku kerana laptop kini biasanya mempunyai hard disk jenis SATA. Untuk install Windows dalam hard disk SATA, anda haruslah mempunyai driver SATA tersebut, yang selalunya dibekalkan bersama disket. Jika laptop anda tidak mempunyai tempat untuk disket, anda haruslah menggunakan cara “Slipstream”.
Dengan slipstream, anda boleh memasukkan driver SATA anda ke dalam CD supaya CD Windows tersebut akan mengesan hard disk anda secara automatik, sewaktu proses install Windows. Berikut saya tunjukkan cara untuk slipstream CD Windows menggunakan nLite. Dapatkan nLite di sini.
- Pada paparan awal nLite “Welcome to nLite!”, klik butang Next.
- Paparan kedua, “Locating the Windows Installation”. Di sini, anda harus memasukkan CD Windows XP. Setalah CD dimasukkan tekan pada butang browse dan pilih CD Windows XP anda tadi.
- Satu kotak mesej akan keluar, “Select where to save the CD installation files for modification. Choose or create an empy folder.” Di sini, anda harus buat satu folder dalam hard disk anda di mana Lite akan copy segala fail dari CD Windows XP ke dalam folder tersebut.
- Setelah folder dibuat/dipilih, nLite akan menjalankan proses menyalin, “Copying…”. Tunggu sehingga selesai dan klik butang Next.
- Paparan Presets akan keluar. Tekan Next sahaja.
- Paparan Task Selection akan keluar. Klik pada “Drivers” dan “Bootable ISO” dan klik pada butang Next.
- Paparan Drivers akan keluar. Klik pada butang Insert dan pilih Single Driver. Di sini, anda harus memilih fail driver yang terdapat dalam komputer anda. Driver biasanya terdapat pada fail.INF. Klik pada fail tersebut dan klik butang Open.
- Sebaik-baiknya, pilih satu sahaja driver mengikut jenis OS yang sesuai. Perhatikan bahawa driver anda telah tersenarai. Klik pada butang Next.
- Paparan “Processing…” akan keluar. Satu kotak mesej akan keluar, “Do you want to start the process?”. Klik OK. Tungu sehingga proses selesai dan klik Next.
- Paparan Bootable ISO akan keluar. Di sini, anda boleh membuat fail ISO atau anda boleh burn terus ke dalam CD. Jika anda tidak biasa dengan fail ISO, pilih Direct Burn dari mode dan klik pada butang Burn.
- Setelah proses Create ISO atau Direct Burn selesai, klik pada butang Next. Kemudian klik Finish setelah selesai dengan nLite.








Kini, CD yang anda telah burn tadi bolehlah digunakan untuk reinstall Windows.
Adakah artikel ini membantu anda? Jika terdapat sebarang kemusykilan, sila tinggalkan komen atau hantarkan emel kepada saya.
Popularity: 31% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari ivan
Masa: January 21, 2008 pada 5:40 pm
saya sudah mengikuti prosedur di atas dan ternyata masih menemui kesulitan Hard disk nya masih belum bisa dikenali sama windows saya minta di terangin cara instalasinya terima kasih sebelumnya
Komen dari aditya
Masa: February 1, 2008 pada 2:07 pm
mas saya masih awam soal itu mohon kirim software nlite nya sekaligus cara instalasinya . dan saya mau tanya kalo pake xp black edition apakah bisa detek
Komen dari yudha
Masa: February 21, 2008 pada 8:34 am
proses diatas di instal dikomputermana kan komputer yang mau direinstal rusak
Komen dari yudha
Masa: February 21, 2008 pada 8:38 am
saya sudah mengikuti prosedur di atas dan ternyata masih menemui kesulitan Hard disk nya masih belum bisa dikenali sama windows saya minta di terangin cara instalasinya terima kasih sebelumnya
February 22nd, 2008 at 9:41 am
yudha »
um, nampaknye ramai yang dapat masalah macam ni
insyaAllah saya akan tengok balik, dan buat pos baru tentang ni
Komen dari mat
Masa: February 27, 2008 pada 11:15 am
kalau nak install win xp ke laptop baru camne pulak..ada masalah ler. die kata hard disk tak jupe.camner tu
February 27th, 2008 at 11:36 am
mula2, kenalpasti hard disk tu guna driver apa.
download driver tu, kemudian ikut langkah-langkah yang dah diterangkan ni
Pingback dari Pasang Disket Maya Dengan Virtual Floppy Drive | SembangKomputer.Com
Masa: March 4, 2008 pada 9:12 am
[...] pada diri saya hari ini: Saya perlu mencari driver bagi Acer TravelMate 6291 supaya saya dapat slipstream driver ini ke dalam CD Windows. Namun, laman web Acer hanya menyediakan driver ini dalam bentuk imej yang harus ditulis ke atas [...]
Komen dari fatdhal
Masa: April 4, 2008 pada 10:33 pm
Saya sanagat berterimakasih kepada Muhammad Khairul bin Zainal abidin
karena beliau telah sudi berbagi ilmunya …
saya sangat senag krna cara yg anda jelaskan benar benar berhsl
trims…..
semoga ALLAH SWT membalas kebaikan anda dan juga menambah ilmu anda…..
sekali lagi terimakasih saya ucapkan..
Komen dari ria
Masa: April 4, 2008 pada 11:15 pm
Mas,gmn cranya download driver sata laptop acer 6291,tling y???
April 5th, 2008 at 10:31 am
mas boleh download dari sini:
http://support.acer-euro.com/drivers/notebook/tm_6291.html
Pingback dari Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP | SembangKomputer.Com
Masa: April 26, 2008 pada 12:54 pm
[...] Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”. Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini) [...]
Komen dari Shah
Masa: May 13, 2008 pada 8:42 am
nak check model driver sata 2 kat device manager kan?
saya nyer laptop pun jenis TravelMate 6291 .. Drive SATA ; klu betul le nengok kat disk drives dia model WDC WD1200BEVS-60USTO ..driver version : 5.1.2535.0
May 13th, 2008 at 9:08 am
@Shah: driver untuk acer travelmate 6291 ada di sini
Komen dari Shah
Masa: May 13, 2008 pada 9:30 am
ok..terima kasih khairul..alamak problem ar..saya dah download dah driver 2..n dah install nlite .. masalahnya laptop saya x boleh run windows secara normal kerana dia akan log off..jadi saya terpaksa run guna safe mode..masalahnya nlite x boleh nak buka ler..dia tulis the `application failed to initialize properly (oxc0000135).clok on terminate the application’..sebelum 2 saya cuba install net.framework ..tapi gagal ..adakah sofeware tu mmg x bleh d install melalui safe mode ?…adus..problem ar..
May 13th, 2008 at 10:28 am
@Shah: saya cuba buka nLite dalam safe mode, boleh je. tapi .NET framework yang tak bleh install dalam safe mode, sebab tu la awak dapat mesej camtu..
Komen dari Shah
Masa: May 13, 2008 pada 10:38 am
oo..abis nak buat cam ner hek?..nak install vertual floppy pun x boleh..saya x tau ar … cam ner nak disabelkan SATA yang kamu suruh saya buat tu..boleh tak kamu tunjukkan cara-cara dia..thanks..khairul
Komen dari endi269
Masa: May 19, 2008 pada 12:25 am
slam sejahtera mas…
Bisa tolong aq mas, minta dkirimi sofware nlite dan program tambahan yg bisa jalankan Nlite, drive yg cocok dgn toshiba portege M600.(problem pd toshiba portege M600 yg tdk terinstall CD WINDOWS XP)>Nich email aku : endi269@gmail.com
Komen dari pajek
Masa: July 23, 2008 pada 12:13 pm
emmm mcm mana ek. saya ada masalah dekat VIASRAID.INF? macam mana nk ambik driver ni ek? nk ambik kt mana ek?
Komen dari SM
Masa: August 11, 2008 pada 2:06 pm
Salam, saya menguna compaq presario v3000 series..soalan saya, 1. driver sata utk lappy jenis presario ini ada pelbagai…haruskah saya pilih satu atau boleh pilih semua skali. 2. ape perbezaan antara “Regular PnP Driver” dan “text mode driver” dlm perisian nLite
August 11th, 2008 at 10:35 pm
@SM: salam.. um, kalau tak silap saya waktu saya buat dulu, saya pilih text mode. saya pun tak pasti apa beza die. awak cuba je la dulu. kalau tanak membazir cd, guna la cd-rw
Komen dari fasha_nur
Masa: August 13, 2008 pada 12:48 pm
saya mengalami masalah format balik Laptop compaq presario V3000.tak tau cara mana pasal external floopy xder.boleh tunjukkan cara-cara
August 13th, 2008 at 1:17 pm
@fasha_nur: awak tak perlukan external floppy, ikut je cara-cara slipstream guna nLite dalam artikel ni
Komen dari aqlann
Masa: August 19, 2008 pada 1:26 am
saya memakai vista ultimate skrg ni, saya mau menukarnya kepada xp, saya dah ikut cara slipstream tp pada nk masukan driver sayatak jumpa viasraid.inf, di mana saya bleh dapatkanya.. bleh tunjuk ajar saya?
August 19th, 2008 at 8:56 am
@aqlann: tak semestinya viasraid.inf, itu bergantung pada driver SATA awak la.. awak boleh Google driver SATA awak tu, takpun awak cari di http://www.driverguide.com
Komen dari anyyy
Masa: August 20, 2008 pada 2:01 pm
tolong any ble tak???any tak tahu byk sgt bende…utp cable ngan network cable same ke????
Komen dari wan_R
Masa: September 2, 2008 pada 10:40 pm
kalau nak pakai Vlite camner lak?
Komen dari Hisyam
Masa: September 13, 2008 pada 6:41 pm
same ke cara ni kalau kita nak tukar.. windows.. sekarang ni saya ada masalah.. windows.. laptop saya terkena virus.. jadi saya nak format laptop saya… nak tukar window.. adakah cara ini sama..
Komen dari rafael
Masa: September 20, 2008 pada 9:58 pm
a’kum,
saye skrang gune compaq v3000, bleh ke sye install 2 window dalam labtop 2, maknenye 1 vista 1 xp, lagi 1 macam mane nak install xp tok compaq yang gune sata hard disk…mekasih atas kerja sama
Komen dari FAHMI
Masa: September 22, 2008 pada 2:47 pm
assalamualaikum.. sy nk tnye skit kalau nak format laptop yang takde pemain cd …yang ade cuma usb hub je…pening kepala
Komen dari juzaili
Masa: September 23, 2008 pada 4:48 pm
asalamulaikum, nk tanya tentang install window vista ke desktop dell inspiron 530s, msalahnya sekarang apabila saya nk install setelah memasukan dvd window dekat skrin akan apear required file D\source\ install.wim…error code 0×800700b, perlukah driver SATA untuk windows vista…tlg urent..
Komen dari joeharie
Masa: October 8, 2008 pada 2:59 pm
TQ diatas tutorial yang diberi… slipstream berjaya dihasilkan dan sekarang dalam proses installation Win XP…
Driver SATA saya download dari http://h10025.www1.hp.com/ewfrf/wc/softwareDownloadIndex?softwareitem=ob-56416-1&lc=en&dlc=en&cc=us&product=3736764&os=228&lang=en
Komen dari joeharie
Masa: October 8, 2008 pada 3:00 pm
lupa plak saya nak bertahu…
itu untuk compaq v3000 series…
Komen dari Mislam
Masa: October 15, 2008 pada 8:40 am
Artikelnya bagus, salam kenal . dari Indonesia
Komen dari zulkharnaim
Masa: October 29, 2008 pada 11:01 pm
#aspire 4715z, macam mana nak install win Xp….hdd 160GB sata, sistem lama pakai vista
February 7th, 2008 at 4:25 pm
aditya » saya mahu tahu apa nama driver nya, naru saya boleh bantu mas ^__^