WinToFlash

Ada kalanya anda perlu format komputer dan install Windows dengan menggunakan pen drive, terutamanya apabila CD/DVD-ROM rosak. Namun proses untuk membuat bootable pen drive yang berisi Windows ini biasanya adalah panjang dan leceh.

Dengan WinToFlash, proses ini dimudahkan untuk anda. Masukkan CD/DVD Windows berserta dengan pen drive anda, dan WinToFlash akan menguruskan kesemuanya.

Anda juga boleh memilih untuk melakukan silent install, supaya proses install akan dilakukan secara automatik (tak perlu klik Next, masukkan nombor siri, dan sebagainya).

Program ini boleh digunakan untuk membuat bootable pen drive untuk Windows XP, Server 2003, Server 2008, Vista, dan 7. Malah, Windows PE (yang digunakan untuk membaiki komputer) juga boleh dimasukkan.

Download WinToFlash (via DownloadSquad).

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

49 Responses


  1. megat on 29 Aug 2009

    erm, macam menarik je? bagaimana caranya?

  2. elyasz on 29 Aug 2009

    cool doh!..
    nak try sedut dulu..
    mesti power nie :]

  3. Daus on 29 Aug 2009

    Sedut…
    nak sedut…….
    Thanks for sharing…

  4. firdee on 29 Aug 2009

    MK,
    dia akan compress windows kita atau kita kena ada space yg sama dengan windows di dalam pendrive kita?

  5. xun on 29 Aug 2009

    pernah guna :D and sememangnya membantu sangat sebab my friend DVD dia TIADA! dah rosak, so dia cabut. haha.

  6. ayam-ayaman on 29 Aug 2009

    bro,aku ada setup windows ME tapi bukan CD,program je…..agak-agak dapt ke tak kalau guna benda ni????

  7. finafedora on 29 Aug 2009

    MK, menarik :). Suka features silent install, sebab tidak perlu memasukkan nombor siri secara manual ^^.

  8. alone on 29 Aug 2009

    menarik! inilah yang dicari2. trimas!

  9. MB on 29 Aug 2009

    bgs2…try tengok..:)

  10. safar on 29 Aug 2009

    menggunakan pemacu pena lagi senang.dekat setahun dah pun
    dvd rom rosak.tiada siapa nak baiki.

  11. DILA on 30 Aug 2009

    erm..saye dah try bende nih..memang cepat…dan mudah… thank’s MK

  12. Look_Mann on 30 Aug 2009

    nape xbleh sedut

  13. zool on 30 Aug 2009

    Okay ni.. Patut di masukkan dalam otak ni..

  14. shahrul on 30 Aug 2009

    Aku download lu. Nnti try. Best gak software cam ni. Memudahkan proses format laptop/PC.

  15. aken on 30 Aug 2009

    Erm, tp mane nak dpt cd windows 2? aku puas cari kat sarawak….

    • mie on 08 Sep 2009

      @aken, nak ker cd tu?
      nanti aku kasi k

  16. aken on 30 Aug 2009

    erm, tapi mana nk dapat cd windows 2, boleh ke kalaw x guna cd window? sarawak susah nk dpt cd windows….

    • DeYN_XP on 14 Nov 2009

      @aken,

      Mana ada sarawak susah cd window la…banyk jual kat cc…?????

  17. mohdisa on 01 Sep 2009

    aha, perlukah kita menggunakan pendrive yg berkapasiti 4GB ke atas?

    • MK on 01 Sep 2009

      @mohdisa: Hm, rasanya 2GB pun dah cukup.

  18. MB on 01 Sep 2009

    mcmne nk wk silent install ek??..plz

  19. Geekspro on 01 Sep 2009

    Adakah kita boleh guna mana2 pendrive atau hanya pendrive tertentu sahaja??

    • MK on 01 Sep 2009

      @Geekspro: Mana-mana pen drive pun boleh guna, asalkan BIOS boleh detect waktu boot :)

  20. Kill-Vearn on 01 Sep 2009

    pergh mmg sedap disedut ni.. aku nak aku nak.. yeah.. tapi masalah tu la, pc2 or lappy lama takde bootable dari usb, aku nya yg beli tahun lepas pon takde..

  21. riez on 02 Sep 2009

    boleh tak bagi tutor mcm mana nak buat?
    lama dah saya cari menda ni,tp puas saya cuba ttp x brjaya..
    msj keluar “incorrect source of windows file”

  22. matt jack on 03 Sep 2009

    mcm mana cara nk boot dari usb?
    nk kene setting kt Bios dulu ke?

    • MK on 06 Sep 2009

      @matt jack: ye, kena setting kat BIOS dulu.

  23. Blues90 on 09 Sep 2009

    MK..mcm mn nak set Pendrive tu utk melakukan silent install setiap masa??

  24. nz on 11 Sep 2009

    bagus.bgus………..inilah yg dicari2. thks MK.kalu ade tutor lg bagus.
    kerje pun bleh senang dan cpat ckit.

    • MK on 11 Sep 2009

      @nz: InsyaAllah nanti saya buatkan tutor sekali.

      • ingin tahu on 07 Oct 2009

        adakah cd format window xp sp 3 dark edition version 7 bleh mengunakan WinToFlash?bagaimana caranya??dah pening nie…

  25. impremius on 11 Sep 2009

    wah bagus !..best2..

  26. safar on 14 Sep 2009

    Ubuntu bagaimana MK.bolehkah diterima.

  27. RtecH on 16 Sep 2009

    bagus ni,,,good job mk,,,kalau di sarawak tak ada cd windows,,,email dekat saya sahaja,,nanti saya akan beri kepada kamu,,,,rtech3030@yahoo.com

  28. izul86 on 21 Sep 2009

    nice info…..mmg best…

  29. Wira DuniaMoto on 28 Sep 2009

    Salam dan selamat hari raya.

    Mk beri maklumat ni sgt berguna utk saya gunakan install XP ke netbook Acer Aspire One (SSD-8GB) menggunakan thumdrive.

    Sebelum ni guna linux tapi tak biasa dan rasa susah nak install beberapa software berkaitan perniagaan.(Simpan di store hu..hu..hu..)

    Alhamdulillah apa yg disampaikan membolehkan saya berjaya format dan install XP dgn amat mudah dan yang paling best ‘clean installation’ tanpa ada masalah.

    Sebelum ni saya guna teknik yg agak rumit seperti MK ceritakan sebelum ni. Namun Wintoflash lebih mudah dan tak banyak hal2 teknikal just ikut macam yg MK ceritakan.

    Tahniah bro teruskan membantu para peminat IT :)

    • MK on 28 Sep 2009

      @Wira DuniaMoto: Salam dan selamat hari raya juga.

      Kiranya awak dah berjaya la guna WinToFlash ni ye, bagus la macam tu. Memang lebih memudahkan :D

  30. yo kok lanas on 05 Oct 2009

    ala…
    aku dah cube benda ni..
    tpi guja program lain lah..
    dia comprase file windows..
    kalu tengok dalam drive c, file windows nampak pelik skit..
    hahaha..
    lepas tu kalu nk install program, semua jadi outomatik..
    computer name pun pelik..
    banyak maslah skit..
    nanti kalu nk repair susah o..
    semua file dia comprese..
    wokey..
    klu korang nk cube no hal..
    wokey…

  31. ingin tahu on 07 Oct 2009

    adakah cd format window xp sp 3 dark edition version 7 bleh mengunakan WinToFlash?bagaimana caranya??dah pening nie…

    • mizan on 20 Oct 2009

      saya blh saya tahu masalah-masalah besar,kecil, sederhana pat-pat komputer….

      • ingin tahu on 22 Oct 2009

        @mizan, mcm mane caranya?pening dah teman nie????bantu la sy yg serba xthu ini…

  32. faqhruel on 15 Oct 2009

    menarik…tapi macam mana nk gunakannya…???

  33. [...] Install Windows XP, Vista, 7 Dengan Pen Drive Menggunakan WinToFlash [...]

  34. fakhruddin on 07 Dec 2009

    Terima kasih proses mengistall menjadi mudah
    Tapi artikel ni sama dengan yang ni ( http://sembangkomputer.com/install-windows-xp-usb/ )cuma ini susah sikit

  35. tetamu87 on 16 Feb 2010

    Solved: \windows\inf\biosinfo.inf is missing or corrupted
    My wife’s laptop tried to automatically update to Service Pack 3. When it restarted, I get the
    “Windows could not start because the following is missing or corrupt:
    \windows\inf\biosinfo.inf
    You can attempt to repair this file by starting Windows Setup using the original Setup CD-ROM.
    Select ‘r’ at the first screen to start repair”
    My problem is I can’t get to the Recovery Console. When I try, I get the blue Windows Setup screen, with the little gray bar at the bottom that loads all the crap, then I get a blue screen that says “A problem has been detected and windows has been shut down to prevent damage to your computer, some other stuff and then
    Technical Information:
    ***STOP: 0x0000007E (0xc0000005, 0xF75DD0BF, 0xF7A29208, 0xF7A28F08)
    *** pci.sys – Address F75DD0BF base at F75D6000, Datestamp 3b7d855c”. What do I do? I’ve tried all the “Fixes” and none work. I can’t boot in safe mode, I get the same error. Any help would be apreciated.
    Thanks

    • PcHotZone on 16 Feb 2010

      Erm, you have 2 way, first, try to compu the biosinfo.inf from another window, then login the window using another partition, then paste it inside the windows folder, sometimes its work, but still failed, better format

  36. lieza on 15 Apr 2010

    salam MK : knp sy nk download WInToFlash x bole arr?

    kuar “server not found”

  37. apish on 15 Apr 2010

    camne nak plih silence install..???…

  38. shahidan on 23 Jul 2010

    x payah guna win toFlash. Copy je dari cd ker pen drive…saya dah cuba… memang jadi…


Tinggalkan komen anda