-
Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows Vista ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.
Pengenalan Windows Vista
Windows Vista adalah sebuah OS yang diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2007. Ia dikeluarkan bagi menggantikan Windows XP yang telah berada selama 7 tahun di pasaran. Windows Vista kemudiannya diganti pula oleh Windows 7 yang dijangka keluar pada tahun Oktober 2009.
Sekiranya anda ada membeli desktop berjenama ataupun laptop sekitar tahun 2007 hingga 2009, biasanya ia disertakan sekali bersama Windows Vista (lihat pelekat Windows Vista pada komputer anda). Sesetengah pengeluar komputer juga turut membekalkan CD Windows Vista sekiranya anda perlu memasang kembali OS tersebut.
Jika anda mempunyai CD pemasangan Windows Vista ini, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah ini untuk install Windows Vista ke dalam komputer anda:
Langkah-langkah Install Windows Vista
- Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
- Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading files…”

- Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.

- Klik pada “Install Now”.

- Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik butang Next.

- Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.

- Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik pada butang Next.

- Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.

- Setelah proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada butang Next.

- Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.

- Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.

- Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat. Klik pada butang Next.

- Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.

Bacaan berkaitan:


rmartz08/06/2009 at 7:44 am
MK.. vista memang tak ada masukan product key ke??

MK08/06/2009 at 6:52 pm
@rmarts: Kat CD saya ni takde la pulak, mungkin sebab CD OEM yang dapat dengan laptop. Kalau full version punya, mungkin ada la kot.

rmartz08/06/2009 at 8:02 pm
oh.. patut la.. sebab yang saya dapat dari kawan saya pun DVD OEM Version punya… memang tak ada product key..

syam29/06/2009 at 3:46 am
tp knpe ble smpai nak install kat patition(step 7) kat atas 2 die ckp xbleh load driver…knpe yek???

en_me08/06/2009 at 9:15 am
nice info.. thanx n salamms

MK08/06/2009 at 6:47 pm
@en_me: sama2.. sebenarnye dah beberapa orang dah minta tutorial ni, baru hari ni rajin nak taip, huhu..

ayam-ayaman08/06/2009 at 11:44 am
nampak macam cantik je vista ni,padahal indah khabar dari rupa.slow…

MK08/06/2009 at 6:46 pm
@ayam-ayaman: Saya rasa Vista ok je kelajuannya, takde la slow sangat. Cuma jadi masalah bila orang cuba nak install Windows Vista pada komputer lama, yang sepatutnya pakai Windows XP atau Linux.
Apa pun, nasib baik la Microsoft dah re-engineer Windows 7 agar lebih ringan dan laju dari Windows Vista. Dah dapat Windows 7 nanti, silamat tinggal Vista.. :D

Kill-Vearn09/06/2009 at 9:12 am
erm.. aku still menunggu win7 dilancarkan… takkan guna vista sbb amat menyakitkan ati.. hehehe….

kerol09/06/2009 at 6:02 pm
apa yang membezakan antara vista dan window7. ada tak mana2 website yg membuat perbandingan secara lebih jelas dan difahami?

EiNS09/06/2009 at 8:03 pm
Windows 7 lebih kurang sama dengan vista, cuma lebih cantik, laju, ringan dan powerful…
MK, windows 7 akan kuar oktober 22nd 2010 :D

EiNS09/06/2009 at 8:04 pm
Eh windows 7 kuar 22 oktober 2009…bkan 2010…

MK09/06/2009 at 9:43 pm
@EiNS: O ye ke, main hentam je 2010. Ok2, akan di edit, hehe.

mohdisa10/06/2009 at 12:32 am
bro…skg nak win7 plak…hehe

MK10/06/2009 at 7:12 am
@mohdisa: Cara-cara nak install Windows 7 Beta :D

XGizuman10/06/2009 at 11:41 pm
Vista lagi senang nak install psl x serabut mata.Vista x de create partition kan?

MK11/06/2009 at 7:21 am
@XGizuman: Nak create partition pun boleh, waktu pilih hard disk tu la.

ahmed11/06/2009 at 2:41 pm
kalau nak buat dual boot win xp dan vista cmana pulak?antara 2 hdd blh buat dual boot ke?

MK14/06/2009 at 7:06 pm
@ahmed: Boleh je. Kalau guna dua HDD dan Windows dipasang pada HDD yang berbeza, lagi senang nak dual boot.

Mohd Yusoff b Mahmod19/06/2009 at 10:43 am
Salam, saya dah install window vista…tapi ada perkataan disabelah kanan bhg bawah tertulis yang window vista saya tak genuine…bagaimana nak update install atau apa tindakan selanjut yang perlu saya ambil. Terimakasih.

MK20/06/2009 at 12:41 am
@Mohd Yusoff b Mahmod: Senang je. Awak guna Windows yang ori :)

MUSANG MERAH09/07/2009 at 4:13 pm
Hai kawan yg bijak it bleh tunjuk kan lg bagai mane nak fomat pc dan buat patition paparan nanti.sikian itu sj je…

shax>>11/07/2009 at 11:20 am
elo bro..
care intsall vista gne USB same x ngan intsall xp gne usb??

CloudLeon26/10/2009 at 10:30 pm
@shax>>, sama jerk asalkan boot dulu usb tuh

rizal16/07/2009 at 10:08 pm
elo bro.. nak tanya… sya dah intall vista pada laptop sya.. camna nak buang vista dan install xp pada laptop ni?

MK22/07/2009 at 4:34 am
@rizal: Awak terus je format laptop tu dengan Windows XP: Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP.

nurdinkebaco18/07/2009 at 3:09 pm
semua maklumat dalam sembang komputer bagus2 belaka.kalau boleh sofwear2 untuk format komputer di keluarkan seperti dia punya grafik,sound dan lain2 lagi yang perlu untuk sesuatu jenama komputer cthnya komputer AMD

anuar20/07/2009 at 5:53 pm
salam bro!!!
tolong siarkan cara2 nak install windows xp, cepat sangat tutup, wa x sempat salin caranya, tolong..sb wa punya PC breakdown sekarang, wa dah susah wa punya bini laptop dia. bye..

MK22/07/2009 at 4:32 am
@anuar: Klik link ni: Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

AhmadSyazwan30/07/2009 at 9:26 pm
mk format PDF ada x?

zaidi10/08/2009 at 9:16 am
bila reinstall kenapa window lama dia still simpan??
camne nak format hardisk guna vista???
boleh tolong

MK10/08/2009 at 10:07 am
@zaidi: Sebab awak format bila awak DAH masuk Windows. Sepatutnya, awak masukkan CD Windows tu waktu PC baru ON, sebelum masuk Windows lagi.

rtech17/08/2009 at 2:46 am
slam bro…kat mana sy nak download windows vista home premium…saya ada beli laptop baru tapi tak dapat cd windows vista..bole bantu saya..

CloudLeon26/10/2009 at 10:28 pm
@rtech, google it, ada banyak, torrent ada, direct download pun ada

Andy19/09/2009 at 7:23 am
ello bro sy skg pakai vista nak msuk win xp,bila na fomart msuk win xp setup cannot continue,to quick setup press F3,bila guna sy guna nlite,file.inf plk x jumpa….wa pkai hard disk sata…apa bru wa buat bro…bantu wa pls…….

MK21/09/2009 at 4:41 pm
@Andy: Awak kena cari driver yang betul gak untuk Hard Disk SATA tu, tak semestinya dia fail .inf

Solihin06/10/2009 at 12:06 pm
Assalamualaikum….encik bijak it….sy de masalah,….sy menggunakan vista, tp bebaru ni kena virus…jd kena format…..masalah timbol sbb bila lepas siap install, sy lihat ade dua program dan dua windows…yang lama dan yang baru…..bila sy perhatikan lau guna vista tak ade arahan untuk format mcm xp….yang ade cume arahan installation….jd bolehkah encik tunjukkan cara mcmne nak format vista nie…

CloudLeon26/10/2009 at 10:27 pm
@Solihin, kalau boleh, delete partition yang mempunyai window lama atau baru, then create balik partition baru, then baru install windows kat partition baru tuh

luppy09/10/2009 at 12:46 pm
nape saya xdapat CD windows vista tyme saya bli laptop dlu eh

MK15/10/2009 at 6:21 pm
@luppy: Bergantung pada jenama laptop. Tak semua jenama laptop sertakan sekali CD sewaktu awak beli.

Hehehe23/11/2009 at 6:14 pm
@luppy,zaman skang dalam laptop byk dah yang ade sytem recovery dlm hd..juz restore balik mcm orginal settings kilang pas2 ok la..mcm baru beli je..hehehe

Zulsyikrin26/10/2009 at 8:42 pm
Salam Bro, nak tanya ni.. macam mana kalau kita nak reformat balik vista yang mmg daah datang original dari kilang.. Yang ada sticker OEM dekat bawah laptop tuh.. Boleh terus gunakan product key yang diberikan ke? utk makluman, saya beli laptop tak dapat cd vista so pakai yang pirate leh tak. Mintak tlg sgt2 bro.

CloudLeon26/10/2009 at 10:25 pm
@Zulsyikrin, boleh tiada masalah, hanya perlu cd-key/product-key tuh jerk tuk gune yang ori balik walaupun install vista dari cd pirate tetapi gune cd-key yang ori

@num07/11/2009 at 5:42 pm
salam en bijak IT..
nak tanya something nie..saya ni buta IT,nak tanya soalan basic mengenai windows Vista. Apa bezanya windows Vista premium and home basic….?????

Hehehe23/11/2009 at 6:10 pm
@@num, lebih kurang je..cuma yang premium advanced ckit dari yang basic..example mcm game..ade game yg leh play dalam premium tp xleh play dalam basic..

yan16/11/2009 at 11:40 am
salam..
sy nk tanye nie..skrg sy gune vista..ada 2 partition iaitu C & D…
mcm mane sy nk format C jer..

Hehehe23/11/2009 at 6:07 pm
@yan,format jela C tu mcm biasa,2 pon kalo vista ade kat D…kalo vista kat C..kena install balik la vista tu..

ali19/11/2009 at 10:43 am
saye beli laptop acer ,dia bagi key tidak cukup kat bawah di stiker, ada 12 angka je, kat mana baki nya

Hehehe23/11/2009 at 6:10 pm
@ali, hilang la 2..hehehe

ali19/11/2009 at 10:44 am
nak tau ke vista home premium

ali19/11/2009 at 10:46 am
susah la kalau kita nak format lain kali , sebab dok cukup key

Hehehe23/11/2009 at 6:11 pm
@ali, pakai je window pirate xpon tukar window 7..memang syok dari vista..tp XP tetap 1st dalam speed..hehehe