Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows Vista ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.
Pengenalan Windows Vista
Windows Vista adalah sebuah OS yang diperkenalkan oleh Microsoft pada tahun 2007. Ia dikeluarkan bagi menggantikan Windows XP yang telah berada selama 7 tahun di pasaran. Windows Vista kemudiannya diganti pula oleh Windows 7 yang dijangka keluar pada tahun Oktober 2009.
Sekiranya anda ada membeli desktop berjenama ataupun laptop sekitar tahun 2007 hingga 2009, biasanya ia disertakan sekali bersama Windows Vista (lihat pelekat Windows Vista pada komputer anda). Sesetengah pengeluar komputer juga turut membekalkan CD Windows Vista sekiranya anda perlu memasang kembali OS tersebut.
Jika anda mempunyai CD pemasangan Windows Vista ini, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah ini untuk install Windows Vista ke dalam komputer anda:
Langkah-langkah Install Windows Vista
- Terlebih dahulu, tetapkan boot sequence supaya komputer boleh boot dari CD-ROM.
- Hidupkan komputer, dan terus masukkan CD Windows Vista. Sekiranya komputer berjaya boot dari CD, ia akan memaparkan skrin “Windows is loading files…”

- Skrin “Install Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.

- Klik pada “Install Now”.

- Terma dan syarat bagi Windows Vista dipaparkan. Setelah membaca terma dan syarat ini, tandakan pada kotak “I accept the license terms” dan klik butang Next.

- Pilih “Custom (advanced)” sebagai jenis pemasangan.

- Pilih partition mana yang akan digunakan untuk memasang Windows Vista, dan klik pada butang Next.

- Proses pemasangan Window Vista bermula. Tunggu sehingga proses ini selesai.

- Setelah proses pemasangan siap, skrin “Set Up Windows” dipaparkan. Isikan kata nama dan kata laluan bagi akaun Windows Vista anda, dan klik pada butang Next.

- Isikan nama komputer dan klik pada butang Next.

- Pilih “Use recommended settings” sekiranya anda mahu Windows Update dijalankan secara automatik.

- Pilih zon masa yang betul, serta pastikan tarikh dan masa yang dipaparkan adalah tepat. Klik pada butang Next.

- Proses pemasangan telah selesai. Klik pada butang Start untuk mula menggunakan Windows Vista.

Bacaan berkaitan:
MK.. vista memang tak ada masukan product key ke??
@rmarts: Kat CD saya ni takde la pulak, mungkin sebab CD OEM yang dapat dengan laptop. Kalau full version punya, mungkin ada la kot.
oh.. patut la.. sebab yang saya dapat dari kawan saya pun DVD OEM Version punya… memang tak ada product key..
tp knpe ble smpai nak install kat patition(step 7) kat atas 2 die ckp xbleh load driver…knpe yek???
nice info.. thanx n salamms
@en_me: sama2.. sebenarnye dah beberapa orang dah minta tutorial ni, baru hari ni rajin nak taip, huhu..
nampak macam cantik je vista ni,padahal indah khabar dari rupa.slow…
@ayam-ayaman: Saya rasa Vista ok je kelajuannya, takde la slow sangat. Cuma jadi masalah bila orang cuba nak install Windows Vista pada komputer lama, yang sepatutnya pakai Windows XP atau Linux.
Apa pun, nasib baik la Microsoft dah re-engineer Windows 7 agar lebih ringan dan laju dari Windows Vista. Dah dapat Windows 7 nanti, silamat tinggal Vista.. :D
erm.. aku still menunggu win7 dilancarkan… takkan guna vista sbb amat menyakitkan ati.. hehehe….
apa yang membezakan antara vista dan window7. ada tak mana2 website yg membuat perbandingan secara lebih jelas dan difahami?
Windows 7 lebih kurang sama dengan vista, cuma lebih cantik, laju, ringan dan powerful…
MK, windows 7 akan kuar oktober 22nd 2010 :D
Eh windows 7 kuar 22 oktober 2009…bkan 2010…
@EiNS: O ye ke, main hentam je 2010. Ok2, akan di edit, hehe.
bro…skg nak win7 plak…hehe
@mohdisa: Cara-cara nak install Windows 7 Beta :D
Vista lagi senang nak install psl x serabut mata.Vista x de create partition kan?
@XGizuman: Nak create partition pun boleh, waktu pilih hard disk tu la.
kalau nak buat dual boot win xp dan vista cmana pulak?antara 2 hdd blh buat dual boot ke?
@ahmed: Boleh je. Kalau guna dua HDD dan Windows dipasang pada HDD yang berbeza, lagi senang nak dual boot.
Salam, saya dah install window vista…tapi ada perkataan disabelah kanan bhg bawah tertulis yang window vista saya tak genuine…bagaimana nak update install atau apa tindakan selanjut yang perlu saya ambil. Terimakasih.
@Mohd Yusoff b Mahmod: Senang je. Awak guna Windows yang ori :)
Hai kawan yg bijak it bleh tunjuk kan lg bagai mane nak fomat pc dan buat patition paparan nanti.sikian itu sj je…
elo bro..
care intsall vista gne USB same x ngan intsall xp gne usb??
@shax>>, sama jerk asalkan boot dulu usb tuh
elo bro.. nak tanya… sya dah intall vista pada laptop sya.. camna nak buang vista dan install xp pada laptop ni?
@rizal: Awak terus je format laptop tu dengan Windows XP: Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP.
semua maklumat dalam sembang komputer bagus2 belaka.kalau boleh sofwear2 untuk format komputer di keluarkan seperti dia punya grafik,sound dan lain2 lagi yang perlu untuk sesuatu jenama komputer cthnya komputer AMD
salam bro!!!
tolong siarkan cara2 nak install windows xp, cepat sangat tutup, wa x sempat salin caranya, tolong..sb wa punya PC breakdown sekarang, wa dah susah wa punya bini laptop dia. bye..
@anuar: Klik link ni: Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP
mk format PDF ada x?
bila reinstall kenapa window lama dia still simpan??
camne nak format hardisk guna vista???
boleh tolong
@zaidi: Sebab awak format bila awak DAH masuk Windows. Sepatutnya, awak masukkan CD Windows tu waktu PC baru ON, sebelum masuk Windows lagi.
slam bro…kat mana sy nak download windows vista home premium…saya ada beli laptop baru tapi tak dapat cd windows vista..bole bantu saya..
@rtech, google it, ada banyak, torrent ada, direct download pun ada
ello bro sy skg pakai vista nak msuk win xp,bila na fomart msuk win xp setup cannot continue,to quick setup press F3,bila guna sy guna nlite,file.inf plk x jumpa….wa pkai hard disk sata…apa bru wa buat bro…bantu wa pls…….
@Andy: Awak kena cari driver yang betul gak untuk Hard Disk SATA tu, tak semestinya dia fail .inf
macam ner nak check hardisk kiter jenis aper…
Assalamualaikum….encik bijak it….sy de masalah,….sy menggunakan vista, tp bebaru ni kena virus…jd kena format…..masalah timbol sbb bila lepas siap install, sy lihat ade dua program dan dua windows…yang lama dan yang baru…..bila sy perhatikan lau guna vista tak ade arahan untuk format mcm xp….yang ade cume arahan installation….jd bolehkah encik tunjukkan cara mcmne nak format vista nie…
@Solihin, kalau boleh, delete partition yang mempunyai window lama atau baru, then create balik partition baru, then baru install windows kat partition baru tuh
nape saya xdapat CD windows vista tyme saya bli laptop dlu eh
@luppy: Bergantung pada jenama laptop. Tak semua jenama laptop sertakan sekali CD sewaktu awak beli.
@luppy,zaman skang dalam laptop byk dah yang ade sytem recovery dlm hd..juz restore balik mcm orginal settings kilang pas2 ok la..mcm baru beli je..hehehe
Salam Bro, nak tanya ni.. macam mana kalau kita nak reformat balik vista yang mmg daah datang original dari kilang.. Yang ada sticker OEM dekat bawah laptop tuh.. Boleh terus gunakan product key yang diberikan ke? utk makluman, saya beli laptop tak dapat cd vista so pakai yang pirate leh tak. Mintak tlg sgt2 bro.
@Zulsyikrin, boleh tiada masalah, hanya perlu cd-key/product-key tuh jerk tuk gune yang ori balik walaupun install vista dari cd pirate tetapi gune cd-key yang ori
salam en bijak IT..
nak tanya something nie..saya ni buta IT,nak tanya soalan basic mengenai windows Vista. Apa bezanya windows Vista premium and home basic….?????
@@num, lebih kurang je..cuma yang premium advanced ckit dari yang basic..example mcm game..ade game yg leh play dalam premium tp xleh play dalam basic..
salam..
sy nk tanye nie..skrg sy gune vista..ada 2 partition iaitu C & D…
mcm mane sy nk format C jer..
@yan,format jela C tu mcm biasa,2 pon kalo vista ade kat D…kalo vista kat C..kena install balik la vista tu..
saye beli laptop acer ,dia bagi key tidak cukup kat bawah di stiker, ada 12 angka je, kat mana baki nya
@ali, hilang la 2..hehehe
nak tau ke vista home premium
susah la kalau kita nak format lain kali , sebab dok cukup key
@ali, pakai je window pirate xpon tukar window 7..memang syok dari vista..tp XP tetap 1st dalam speed..hehehe
AnTi vIrUs pe yg pling bgs ha…?
pendapat sy bitdefender. kaspersky ada sesetengah virus klu dh lps msk dlm komputer xleh delete. scan pertama delete. bila scan ke 2 ada lg. pas tu sy scan pkai bitdefender. terus delete. scan sekali lg pkai kaspersky mmg dh xde. itu pengalaman sy pkai mcm2 antivirus. org lain sy x tau la.
Salam, saya nak tanya knpe ble sudah install, dia kata
‘The installation was canceled’.
Pastu, kluar popup ni plak
“windows cannot copy file from E:\Sources to C:\SWINDOWS~LS\sources. The files may be corrupt or missing. Make sure all files required for installation are available and restart the installation. error code:0×80070017″
tolong….!!!
Salam
Saya nak tanya
Saya dah try install vista ni, tapi keluar error code )x8007000D.
Die tak dapat open vista fail.
Ada cara nak selesaikan masalah ini tak…
Sekian..
Pingback: Apa itu Operating System? | Sembang Komputer
brpe harga CD WINDOWS 7 bkn ori
sblum ne pc sye gne windows xp tp skrg sye nk tukr wndows vista. adkh sye kna tmbh ram lg.?
nak tnya..lepas sy install vista..tiba2 sound speaker xkuar pulak..tp klu guna earphone boleh pulak..so mintak tunjuk ajar…tq
driver sound ilang tu..utk confirm boleh check,click computer > properties > device manager..kalo ade tanda seru kt logo sound maksud driver missing..redownload blk kt web..bergantung pada pengeluar laptop..search model laptop dan download jew..
salam.. saya nak tahu.. ape mksd Genuine Windows Vista ® Home Basic*??? plzzz.. need it urgent.. ehek..
wah..
menarik..
tutorial yang lengkap!
Komen anda…ape klebiahn vindows visa
terima kasih, pas butuh cara instal windows vista..
install n frmat x sama kew mksud die…
terima kasih la bagus betul nasib baik ada lau tidak susah aq nak cari……sebab aq kene wat format ni padahal aq x biasa dengan vista…….
mantappp
Laptop sy suke termati sendiri time tgh gune..amat menyakitkan….so try nk format…try ikut langkah nie…tp xjd pon….sy pki vista ultimate laptop acer 4730..ms nk boot sequence tu,tkn F2 utk setup?then wat pe?cr boot?pastu?xpaham…..pelizzzz……….ajo lagie….
sy da sequence kan da..cd rom dl,HDD,FDD,others….tp x gak detect cd…why???
sy mggunakan window vista,bagaimana sekiranya sy ingin mcipta 2 window di laptop sya bersama window xp??
saya nak tau mcm ne nak format windows vista,sbb laptop saya mengalami masalah….
Saya cbe instal flash player 10 pastu die ckp ” Ilegal System DLL Relocation ”
Cmne nk wat ni??
tlong bgtaw…………!!!!!!!
sesuatu yg baik….banyak ruang dapat membantu sesama penguna komputer tq.
saya ada masalah nak format window vista ni..pc kena virus lepas tu nak format tapi keluar massage mengenai technical Information:
*** STOP: 0x0000007B (…………………………… )
error screen…
check for viruses on your computer..
lepas tu kena suruh restart tp masih tak dapat format juga..
pls help me…tq