Install Windows XP Menggunakan USB Drive

Dalam banyak-banyak PC atau laptop yang saya perlu format, adakalanya saya berjumpa dengan situasi yang menyusahkan. Salah satu daripadanya adalah, DVD drive tidak berfungsi. Macam mana nak install Windows kalau DVD drive tak boleh dipakai?

Kalau pada PC bolehlah juga saya tukarkan dengan CD-ROM yang elok buat sementara. Tapi kalau laptop, kan susah. Nak beli external CD-ROM mahal pula.

Dalam situasi seperti inilah saya terpaksa belajar sesuatu yang baru. Jadi, pada kali ini saya akan menunjukkan bagaimana anda boleh format komputer menggunakan USB drive. USB drive yang digunakan hendaklah sekurang-kurangya bersaiz 2GB.

(Nota: Bagi proses menyediakan USB drive ini dengan Windows XP, anda memerlukan sebuah komputer yang mempunyai CD-ROM yang berfungsi).

Software yang diperlukan

  • PeToUSB
  • BootSect
  • usb_prep8

Saya dah sediakan ketiga-tiga software ini di sini. Download fail zip tersebut dan extract ia ke dalam satu folder.

Langkah Pertama: PeToUSB

  1. Pertama sekali, kita perlu format USB drive menggunakan PeToUSB. Buka PeToUSB dan pastikan pilihan-pilihan berikut:
    • Destination Drive: USB Removable
    • Enable Disk Format
    • Quick Format
    • Enable LBA (FAT 16X)
  2. Klik pada butang Start untuk format USB drive.
    install-windows-usb-01
  3. Klik butang Yes pada kedua-dua window yang keluar selepas itu.
    install-windows-usb-02
    install-windows-usb-03
  4. Setelah proses format USB drive selesai, satu lagi window akan keluar dengan mesej “Operation Completed Successfully”, klik OK pada window tersebut.
    install-windows-usb-04

Langkah Kedua: BootSect.exe

  1. Untuk melancarkan program BootSect.exe ini, anda harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder bootsect. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\bootsect\
    install-windows-usb-05
  2. Kemudian, taipkan: bootsect /nt52 H:
    install-windows-usb-06
  3. Ambil perhatian bahawa H: adalah drive letter bagi USB drive saya. Gantikan H: dengan drive letter bagi USB drive anda. Kemudian, tekan Enter, dan tunggu hingga proses selesai.
    install-windows-usb-07

Langkah Ketiga: usb_prep8.exe

  1. Untuk melancarkan program usb_prep8.exe, kita harus melakukannya melalui command prompt. Jadi, buka CMD dan terus taipkan path bagi folder usb_prep8. Sebagai contoh, jika anda extract fail zip tadi ke dalam C:, anda perlu taip: cd C:\usb-windows\usb_prep8\
    install-windows-usb-08
  2. Kemudian, taipkan usb_prep8
    install-windows-usb-09
  3. Pengenalan kepada usb_prep8 akan dipaparkan. Tekan apa-apa butang pada keyboard.
    install-windows-usb-10
  4. Skrin seperti di bawah akan dipaparkan:
    install-windows-usb-11
  5. Sekarang, masukkan CD Windows XP ke dalam CD-ROM dan ikuti langkah seterusnya.
  6. Taip 1 dan tekan Enter. “Browse for Folder” akan dipaparkan, pilih CD-ROM Windows XP (atau CD Windows XP yang telah slipstream dengan driver SATA) anda tadi klik butang OK.
    install-windows-usb-12
  7. Taip 2 dan tekan Enter. Masukkan apa-apa drive letter yang belum digunakan (sekiranya T: belum digunakan, masukkan T sebagai drive letter yang akan digunakan sebagai Virtual Drive)
    install-windows-usb-13
  8. Taip 3 dan tekan Enter. Masukkan drive letter bagi USB drive tadi. Oleh kerana USB drive saya berada pada H:, jadi saya taipkan H.
    install-windows-usb-14
  9. Taip 4 dan tekan Enter. Kemudian taip Y dan tekan Enter untuk format USB drive dengan FAT 32.
    install-windows-usb-15
  10. Tekan apa-apa butang keyboard pada “Creating LocalSource on Temporary Drive”. Tunggu hingga selesai.
    install-windows-usb-16
  11. Tekan apa-apa butang keyboard pada “Making of LocalSource folder $WIN_NT$.~LS Ready”. Tunggu hingga selesai.
    install-windows-usb-17
  12. Klik Yes pada “Copy To USB-Drive – Start File Copy”
    install-windows-usb-18
  13. Klik Yes pada “Change Migrate.inf – USB-stick”
    install-windows-usb-19
  14. Klik Yes pada “Unmount Virtual Drive”
    install-windows-usb-20
  15. Akhirnya, USB drive anda kini telah sedia dengan Windows XP di dalamnya.

Install Windows XP Menggunakan USB Drive

  1. Sekarang, kita boleh gunakan USB drive ini untuk install Windows XP. Cucuk USB drive pada komputer, dan pastikan boot sequence telah ditetapkan kepada USB HDD atau USB ZIP.
  2. Taip 2 dan tekan Enter, iaitu “TXT Mode Setup Windows XP, Never unplug USB-Drive Until After Logon”
    install-windows-usb-21
  3. Buat partition mengikut pilihan anda sehingga selesai, dan komputer akan restart.
    install-windows-usb-22
  4. Taip 1 dan tekan Enter, iaitu “GUI Mode setup Windows XP, Continue Setup + Start XP”
    install-windows-usb-22
  5. Teruskan proses install Windows XP kemudiannya seperti biasa.

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk membolehkan anda install Windows XP melalui USB drive. Kalau ada apa-apa yang tak faham, tinggalkan di ruangan komen ya :)

[Artikel asal pada Komku]

249 thoughts on “Install Windows XP Menggunakan USB Drive

  1. Tak kirelah dari mane pun sumber yang kite dapatkn.. Aku paling nyampah kalo org x reti nak betime kasih ni.. kire baik website ni ader..banyak gak ilmu yang aku dapat!Syabas aku ucapkan kpd Founder website ni yang aku rase banyak bantu org yang bute I.T!! tak ayat ni (@MK,
    bagi je la org nak copy pun..ko sendiri pun copy dari website org mk..ingat la MK..ada org lagi bagus dari ko..) X ke sengal?? kalo dah tau ader org lg bagOs nape nyibuk kat web Ni?? MK aku BaCkup Ko!!

  2. sy dah ikut cam MK paparkan kat sini….tapi bila sy enter dia jadi mcm ni
    The filename,directory name,or volume label syntax is incorrect.
    bleh tunjuk ajar skit.mekasih.

  3. allu..MK, nice tuto..cuma ada 1 msalah je, cam na nk seting spya laptop 2 detect USB ? sume jnis laptop boleh ke ? atau ad certain laptop je bleh ?

    • @ingin blajar, tengok kat setting BIOS awak, kat situ ada pilihan untuk boot dari USB. Kalau takde, mungkin laptop tak support. Tapi laptop baru sekarang ni sepatutnya boleh support boot dari USB.

  4. hi ann dah berjaya buat kaedah ni. cuma nak tanya boleh tak buat satu lagi copy terus dari usb yang kita dah buat tadi.

    • @annyss: Tak boleh, sebab pen drive tu kena format dulu guna PeToUSB, kemudian jadikan ia bootable dengan bootsect.exe. Sebab kalau copy terus dari usb yang dah buat tu, nanti tak jadi.

  5. MK,laptop aku tak boleh nak open command prompt ar…apesal ek? skang aku dah stuck kat step seterusnya lepas format USB tu….

  6. MK..knp ek ble pilih” TXT mode setup window Xp ” pastu dia kuar NTDLR mising?
    apa yg tak kena?

  7. Salam, buat bro MK. hari ini saya terjumpa artikel ni dan saya terus cuba membuatnya . saya ikut langkah demi langkah sepertimana gambarajah, dan……yesss…yesss… akhirnya berjaya. Thank’s so much to U

  8. Broo MK, lebih kurang pukul 4:03 pagi tadi saya berjaya membuat Windows XP USB, sekarang 12:40 tgh hari saya sedang run install win XP guna USB tu .Setakat ni nampaknya berjalan lancar. Terima kasih kerana memudahkan kerja saya. “Sesungguhnya memberi ilmu yany bermanafaat itu akan mendapat ganjaran dari Allah”.

    • @Usopmd, alhamdulillah.. semoga takde apa-apa masalah Windows awak tu. Kalau ada masalah pun, mesti ada jalan penyelesaiannya kan :)

  9. Salam MK,
    Saya dah cuba sampai langkah 2 iaitu C:\usb-windows\bootsect>bootsect /nt52 E:
    ada error macam ni “Target volume will be updated with NTLDR compatible bootcode ” Could not map drive partitions to the associated volume device objects: Access is denied.

    Di mana silapnya ye MK?

  10. aku x fhm psl drive letter.kenapa bila aku masuk drive letter n dia ckp drive exist and not available?

  11. Salam MK

    Saya ade portable hard disk bersaiz 250GB.Bagaimana cara untuk install XP dalam portable ni? Sy perlu boot XP ini di cpu ofis sy,jd perlukah sy mempunyai driver utk semua komponen pd cpu di ofis tu? Sila beri tunjuk ajar.Jasemu dikenang.

  12. sakam MK, nak tanya ckit, nama kalau format pki pendrive ni kan, bila nak install office 2007 xblh la? knp ek.. yg pasal format guna pendrive da settle tapi masalah lain pula yg timbul, ada sebarang masukan/cadangan x?

      • install mcm biase la, xkirela dari usb o cd, waktu nk install tu, sampi satu stage die ada error..dah dua kali sy try format gune pendrive dan hasilnya masih sama.. xboleh nk install microsoft office 2007.. cam ne ek MK? MK xpenah terjadi ke?

  13. Saya fomat Win XP lap top tapi sparuh jalan ia breti,saya pun fomat smula tp ia kluar ‘\system32\hal.dll.Please re-install a copy of the above file.minta tolong pada sapa yg sudi mnlg.tq

    • Aku pun ade masala cam tu gak….bila dah siap install smua…reboot then kluar plak error \system32\hal.dll.Please re-install a copy of the above file. Pe masala dia ye?

  14. salam..emm nk tnya software ape ek yg dpa pakai ni siap blh tnjuk gmbr g..ade sape2 tau tak??pleasee help me…

  15. Yang orang ckp format komputer melalui komputer lain tu mcm mane ye?
    Ade sesape tahu?
    Cth nye kat cyber cafe, kebanyakan xpakai CD ROM..

  16. MK, saya cuba kaedah seperti diatas, tetapi apabila hendak format guna PeToUSB, tengah-tengah format keluar error PeTpUSB Error! FormatEx Error[11[: An error occured Formating the Drive.

    Untuk pengetahuan, saya cuba guna 8GB pendrive.

  17. kalo copy 1 cd xp tu msk dlm pendrive pastuh boot from usb x bleh ke?..so step2 nih utk wat pendrive tuh bootable la ek? x pnh try

    • @ASCII: Ops tak buat lagi la fail pdf untuk tutorial ni. Ada masa nanti akan saya kemaskini entri ni, dengan fail nye sekali.

  18. katekan la kalo bley install vista dari usb ni,bley x sumbat xp skali dalm usb td so ade 2 OS la dalam usb tu.

    (kalo bole la saje tanye)huhu..

  19. Taip 2 dan tekan Enter. Masukkan apa-apa drive letter yang belum digunakan (sekiranya T: belum digunakan, masukkan T sebagai drive letter yang akan digunakan sebagai Virtual Drive).T ni benda apa?

  20. aku ada guna gak mcm ni, tapi bila dah siap format, nak setup xp, tibe2 ckap ada sumting lum instal kat window, aku dah wat sampai 3 kali format.
    laptop plak jenis acer one, kecik jer, tak der cdrom.hhuhuhuh.help me..

  21. salam..admin sk…
    saya ada masalah..n saya tak pernah buat.justeru sy nk mintak tunjuk ajar disini dgn harapan menggunung tinggi sk dapat membantu.sy nk format pc win98 then nk istall balik win98 tersebut..bunyi mcm ketinggalan zaman jer kan huhu..tp apa kan daya..nk kasi xp,memori terlalu rendah 128 jer.yg paling tak reti nk format ni cz ada comamdprompt…plz tunjuk ajar sat..

    • @lieza: Saya rasa, 128MB RAM takde la rendah sangat untuk Windows XP kan. Hm takpe, nanti saya cari CD Windows 98 saya nak kalau ada, saya buatkan ye :)

  22. mcm mane nk install windows xp dan nk buang vista…
    saya pkai compaq presario v3000..
    nk buang vista n nk install xp…

  23. bagus sunguh artikel ini,,tahniah.tapi ape akan terjadi pada pendrive yang telah di tukar format..adekah iye masih boleh digunakan???

    • @gwen, macam install Windows XP biasa, dia cuma format partition yang digunakan sebagai C: sahaja. Jadi awak boleh simpan backup dalam partition lain.

  24. ada mslh skit…bila dah settle partion n copy windows, restart n pilih yang atas kan..lepas tu die kuar “windows could not start because the following file missing or corrupt:
    \system32\hal.dll…
    apa mslh ni bro…tlg gua

  25. MK,

    Just nak update :) USB drive itu tak semestinya 2G. Janji, saiz USB itu lebih daripada jumlah saiz fail dalam CD windows. Tested and works!

    ps: member ada masalah dengan PC dia, barulah dapat cuba buat ini :P

    • @WaidaKmy: Salam Kak Waida. Saya dah nyatakan kat atas tu yang pen drive adalah sekurang-kurangnya 2GB. Maknanye, lebih pun takpe ^_^

      Sama la dengan saya pun. Sebab CD-ROM rosak, bagu la nak cuba cara ni, hehe.

  26. MK, Pada hemat saya website ini mmg byk membantu. Walaupun kdg2 tak 100% spt yg diolahkan mengikut susunan (biasa ler human error) tapi mmg byk membantu. Sya berjaya buat ‘unattended installation windows xp’ . teruskan posting utk kami2 yg x pndai nie.

  27. first time bukak… memang bagus website nie… sebab x banyak reference dalam bahasa melayu tentang computer n tech ni… truskan.. jangan putus di tengah jalan… Chayok!!

    p/s: majukan it untuk kita bersama… :)

  28. bleh tlg ckit.. sampai kat langkah 4 usb preb8.. xdpat copy… keluar arahan… failed to open file ‘tempimage.img’

  29. thank bro utk ni…aku pakai window 7 trial kalu nak tkr p window xp guna pendrive…leh kan?nati kawe tera dulu deh.mano tahu buleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">