Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows XP ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Mengapa Perlu Format Komputer?

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.
    windows-no-hard-disk
  5. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  7. Sekiranya hard disk anda:
    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  8. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
    install Windows XP
  11. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  12. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP

Install Windows XP

  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install-window-27
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)

668 thoughts on “Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

  1. Pingback: Persiapan Sebelum Format Komputer : Wanita & Komputer

    • Mari belajar format sendiri komputer anda melalui manual dan *alatan format lengkap di poskan ke rumah anda.

      kami menawarkan perkhidmatan mengajar format laptop/komputer secara pakej melalui pos.

      berpengalaman mengendalikan pengajaran selama lebih 4 tahun di kuala lumpur dan selangor.

      pakej :

      1. starter RM20
      2. basic RM 40*
      3. Professional RM 60*

      *pakej termasuk E-book format lengkap cara-cara install XP,Vista & Win7, DVD windows XP,vista, window 7 , games, movie, software dan antivirus
      serta pelbagai Gift yang lain di dalam pakej.

      *langgan sekarang dapat gift ———> beg dvd @ microSD card reader bernilai RM 10 PERCUMA

      jaminan wang di kembalikan dalam masa 7 hari jika terdapat masalah berpunca daripada pihak kami.

      Ramai yang telah berpuas hati dan telah mahir dalam formating komputer setelah melanggan pakej kami.

      bantuan online di sediakan setiap hari dari jam 9 mlm hingga 12 mlm untuk para pelanggan yang mempunyai masalah komputer secara percuma.

      sms kan nama, jenis pakej dan alamat penuh kepada :

      fahmi 013-3226160, untuk maklumat lanjut layari comel.tk ( taip kat address bar @ search guna google.com )

  2. mcm ner nk format windows, lau ikut cre dri start no 1
    kena ader cd rom setup windows kew bru ley jdk mcm kt no 1?

  3. aku nk tanye la,aku try dari bios sampai f10,bl komputer tu mc restat je misti x sampai format,lpas dia restat klua yg same jgk “we apoligize for the inconvenience dan bla..bla,asik klur tu je ape crita ye,ke kene buh cd windows xp dl,

  4. saya ada pc. tp selalu rosak…. bila on je cd rom asik keluar masuk2… bila sy format dlm mase 3 minit pc sy jem. kalu spe2 thu sy bg wang rm 1oo…….

    • perkara ini mungkin ini disebabkan oleh ram , ataupun cable didalam cpu yang tidak jejak didalamnya dan caranya ialah buka cpu anda dan bersihkan atau pasang kembali dengan membuka dan meletakkan kembali komponen tersebut dan selepas itu cubalah format semula komputer anda.

  5. hye..nak bertanya kan..kalau kita ada cd restore kan..cm ne ek nak format..msk cd restore dulu baru restart or cm ne..sbb bila dah pilih language kan dia suh reboot balik..

  6. Haii..semua kawan2..saya ada masalah nk install Windows XP, die kata tak detect Hard Disk Sata, cd windowsXP SP3 tu mmg untuk SATA punye..saya try gunakan nLite tp masa nk serta kan VIASRAID.INF tak jumpa plak coz saya skarang guna Windows 7. please kawan2 tolong saya mcm mana nak resolve problem ni:-) kerjasama kalian amatlah dihargai dan disertakan ucapan ribuan terima kasih

  7. salam…..kalu nk format semula win 7 cne??same je k cm xp gak??
    mekaseh ats pnduan yg diberikn…. =)

    • Boleh, just save software tu dekat pendrive je. berdasarkan apa yang saya tahu, kena ubah dekat bios supaya dia baca dari USB dulu..=) then baru la boleh.

  8. Salam , saya nk tnya niey .
    now im trying to format my computer from vista to windows xp .
    but i got 1 problem .
    i already set boot Sequence , and then after my computer boot from cd ,
    it show window setup and setup is loading files all driver .
    after that it stop working and blue screen come out .
    A problem has been detected and windows has been shutdown to prevent damage to ur computer .
    If this is the 1st time you’ve seen this stop error screen, restart ur computer . *many times this screen show out .
    Check for viruses on ur computer, remove any newly istalled hard drives or controllers . check ur hard drive to make sure it is properly configured and terminated. Run CHKDSK /F to check for hard drive corruption, and then restart ur computer .
    * my anti virus no detect any virus la. i have try many av .
    Technical information :
    ***STOP: 0x0000007b (0xF7802524, 0xC0000034, 0×00000000, 0×00000000)

    if this error no come out , it should show windows xp professional setup .
    Welcome to Setup .
    Help me please ! ! !

  9. assalamualaikum.saya ada satu pertanyan.kenapa BIOS pun tak keluar bila saya tekan f2 screen tetap gelap.apa pun tak naik ke screen.lampu di keyboard ketiga tiga tetap berkelip.

  10. kenapa lepasformat com sy x dpt instll gsme katanyo masalah grafil sdgkan sblm ni boleh instll…skrin pula jd mcm bergerak apa nk buat n mana silapnya..tlg

    • Jika anda nak tahu hard disk itu masih lg blh digunakan ialah cara termudah ialah rasa hard disk anda ketika ianya di start dan jika terasa ada gegaran ianya masih lg blh digunakan dan jika anda rasa harddisk anda tp tiada gegaran maka itu tandanya ianya rosak.

  11. kenapa bila bukak komputer pastu dia keluar logo win xp..run je pastu shutdown pastu keluar semula logo win xp tu pastu shutdown..cmtula slalu

  12. knapa bila masa start tu tekan delete berulang kali pastu kuar skrin biru bios tu tapi xd tulis kt situ n xd kuar phoenix bios n Advanced BIOS Features

  13. ikut step tu.. tp lps restart x dpt nk fmt la, ntldr missing.. press ctrl+alt+del to restart. masih bleh install ke? tlg sy..

  14. Saya ada masalah..

    Selepas sahaja saya format harddisk pada langkah 14, komputer saya kembali pada keadaan langkah 1 dan terus statik sahaja di situ tanpa beralih kepada proses install wondows xp.. kenape ye?

  15. salam..nak tnya nape ek ble masuk cd windows kat lptop br boot kat cd pas2 dia akan shut down sndiri…pas2 trs ble setup x leh msk trs windows lama…tlg2…

  16. salam…nak tanya…knapa sedang main internet monitor jd gelap(padam) tp pc masih menyala(tak padam)..camtu la selalu…

  17. salam..saya ni baru 12 tahun..nak format pc sendiri pon tak berani..risau tak menjadi pulak…mcm mana ni?

  18. saya ada masalah tentang sound driver…tak pandai nak install sound driver…cam ner nak buat????bolih membantu….

  19. lupe lak iso yg aku bagi tu window xp professional service pack 3 x86 32bit tau.. jadi kat dlm tu ade window genius sekali..kalau nak buang -window genius- korg tanya admin :p

  20. salam .
    1. camne nak baiki system windows 32 . main system rootdir%/windows/system32/shell32.dll > ( corrup ) . ade penyelesaiaan tak ?
    2. Camne nak baiki D3DCompiler_43.dll corrup or missing .sudah di ganti n install yang baru tapi masih x berfungsi .apa yang telah saya buat seperti berikut:

    • Start > Run>cmd> Enter/”regsvr32 D3DCompiler_43.dll”
    • Reboot komputer
    ni untuk add registeri kekomputer

    ..adakah ia erkatan dengan window yang tak sesual or cam ne ????

    harap dapat tolong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">