Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

Artikel ini akan menerangkan langkah-langkah untuk memasang Windows XP ke dalam komputer anda. Sebelum membuat pemasangan, pastikan anda backup dulu dokumen yang penting ke dalam partition lain, atau lebih baik lagi ke dalam hard disk yang lain.

Mengapa Perlu Format Komputer?

Format hard disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format hard disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas hard disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke Langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada hard disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. Jika anda menemui skrin “Setup did not find any hard disk” ini, besar kemungkinan anda menggunakan hard disk SATA. Kembali kepada Langkah 2, atau ikuti langkah ini.
    windows-no-hard-disk
  5. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  6. Sekiranya hard hisk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  7. Sekiranya hard disk anda:
    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  8. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  9. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  10. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
    install Windows XP
  11. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  12. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  13. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  14. Setup akan mula format hard disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP

Install Windows XP

  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Skip.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install-window-27
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri :)

668 thoughts on “Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

  1. salam semua/ helow every 1. masalh problem sy ialah, caner nk format hp pavilion tx2000 (using Vista) to XP profesional… kerjasama anda amat lah dihargai, semoga yg memberi explanation tu akan beroleh rahmat. TK>

    • Carik cd driver, biasanyer disertakan skali masa beli desktop/laptop, tp ingat, plg penting simpan network driver, kalo takde, susah nak download driver nanti

  2. penerangan yg tperinci…bgus2
    nk tanye la..npe laptop x nak shut down lps kite tekan button shut down ha???
    reply kt email ni ye….tq

  3. salam…laptop yang sy gnekan ni version lme,selalu adew problem dan kerap format..sy nk try format sendri tp takot lain pulak yg jadi coz sy xberapa phm pasal ni..and sy xde cd utk installer die..ade sape2 yg bleh tlg tnjuk ajar..sy btol2 nk tahu cara format laptop…

  4. salam seme…saya tengah pening skit ni…saya ade beli kmputer tahun lepas…masa tu dia ok lagi…tapi skang ni problem bila ON..

    windows could not start because the following file is missing or corrupt:\system32\hal.dll.
    please re-install a copy of the above file

    nk buat mcm mna?anyone…

    tq

  5. semasa sedang formatting..tetiba keluar msg ni…

    Stop:c000021 unknown harderror\systemroot\system32\ntdll.dll

    pas tu, formatting tak jadi?Minta penjelasan!terima kasih!

  6. joe nak format laptop tp ni 1st time joe kene mcm ni…
    joe dah buat mcm biase F2 lps msk kn CD F10 n lps to enter…
    lps dia dah bace beberapa minit dia jadi warna biru…
    ade tulis ni…
    A problem has been detected and windows has been shut down to prevent damage to your computer

    if this is the first time you’re seen this stop error screen, restart your computer if this screen appears again, follow these steps:

    check for viruses on your computer.Romore any newly instaled hard driver or hard driver controllers check your hand driver to make sure if is properly configured and terminated.
    Run CHKDSK /F to check for hard driver corruption, and then restar your computer.

    technical information:

    ***stop:0X0000007B(0XF7AF4524,OX00000034.0X00000000.0X00000000)

  7. salam…ada sebiji komputer ni corrupted.jenis mimos lama..bila saya format screen jadi gelap n hany nmpk pergerakan mouse ja..macam mana saya nk buat erk?

  8. boleh tolong saya,ini masalah berat nie…macam nie masalahnya,bila saya dah buat semua seperti di atas samapai nak agree dier terus ter restart…kalau cam nie apa saya nak buat….??????!!!!!!! please tolong reply

    :) :) :)

  9. Pingback: Cara-cara Nak Install Windows Vista | Sembang Komputer

  10. nak tanya…saya punye desktop/pc lama yg menggunakan windows98…tiada USB port.. saya ingat nak upgrade… ade yg bole tolong tak?

  11. jenis komputer = Ithink
    os = windows Millennium
    problem = cursor xde

    p’soalan 1
    mcm mane nk solve problem psal cursor xde

    p’soalan 2
    mcm mane nk install windows 7 pd komputer trsebut

  12. askum..nk tnye sikit…pc nie guna window xp..masalah aku skrang…aku punya dvd aku x leh baca la…masuk pe2 cd pun tamo baca.. tlong aku..

  13. askum.. kapasitas harddisk 250 GB, tapi setelah dipartisi yang tampak hanya partisi misal 128 GB, sisanya tidak kelihatan. Bagaimana mengformat kembali sehingga secara keseluruhan 250 GB tampat pada saat mau instal window XP……Trims
    waskum

  14. sy pakai window xp pro pentium 4,nak tanya skt bro n sis.sy nak format pc ni,saya dah backup previlium C ke D,kalu sy format C semua semua sofware sy boleh pakai blk ker????cam mane cara nye?please…reply…or emel udinsagita@yahoo.co.id

  15. salam.pc sy menggunakan windows xp.skrg ni bila on dia kluar mcm ni…we apologize for the conveniance,but windows didi not start succesfully.a recent hardware or software change might have caused this…lepas tu dia ada la lagi mcm menu suruh kita pilih mcm safe mode,safe mode networking…start window manually..tapi bila sy try semua tu,dia akan balik semula lpd arahan tu.apa masalh sebnrnya yer?boleh tak buat sdri tanpa bawa ke kedai
    ?minta tolong sangat…

  16. assalamualaikum saya nak tanya..macam mana nak cari driver untuk lptop acer saya.adakah saya boleh dapatkan di website acer?.tolong bantu saya.terima kasih

  17. Salam…
    Saya dah mengikuti semua langkah dan tips yang telah diberikan, malangnya hard disk saya gagal install windows xp… Ia asyik ulang semula boot sequenze dan fomat hard disk(Dari langkah1-14)… Tolong bantu saya kenapa yer? adakah hard disk saya rosak?Saya mengharapkan bantuan dari anda semua terima kasih

    • Cuba tengok balik boot sequence awak, mungkin awak hanya tetapkan boot sequence pada CD-ROM, tapi lupa tetapkan boot sequence kedua kepada hard disk.

  18. nk tanye ar…kalo kite punye pc mase kite on 2 die kuar disc checking 2 sbb ape ek??…ape mslhnye ek???….ade sape2 blh bantu sy x???…

  19. saya nak beli bateri laptop acer …. kat mana ada jual yang murah sikit… dan mana lagi bagus kalau belin yang baru atau refurbish …

  20. salam ..
    nk tnye ni .. klu x kberatan tlg la ye jwpkan :)
    lappy yg sy pki ni kirenye da lame gak la .. da byk tgn da .. mslhnye slalu sgt kuar error kte x ckup memori .. pas2 klu tgk kt c drive mkin lame mkin ckit free space die .. amcm nk buat ea ??da dlete byk files pon still same jew ..
    nyway, thx bebyk k .. (“,)

  21. Assalamualaikum, nak tanya sikit..
    Aku nak format PC, tp PC aku ni dah kna Virus..buka jer terus kuar Antivirus kata dah ada Virus..aku nk update xleh antivirus tu..sbb nk buka internet pun xleh dah..aku delate dia ada lg..aku masuk CD untuk install Windows XP..dia xbc..xtau nak buat apa ni..huhuhu..pls sapa let tolong.

  22. Ade sesape yg guna vista tp format ke windows 7? Acer yg saya gun aspire 5570 sy dh upgrade ram 2gb nak format n install windows 7. Tolong please!!!

  23. trimas, saya dah berjaya format laptop dan install windows sendiri lepas baca artikel ni. ada x panduan format dan install untuk linux?

  24. semekom semua..
    sy ade 1 cpu yg dah problem. rasenye file ilang kot lepas hang sy buat disk clean up dgn defragmant lepas shut down terus xleh masuk window. dah kuar skrin biru kelip jap terus masuk skrin itam balik. berulang ulang lah die cenggitu… camne ek nak wat. nk format takut sume software ngan driver ilang.. ade sesape yg terer dgn masalah sy ni?

  25. kepada iman, cuba ko repair dulu windows ko..mana tau leh repair..kalau memang dah sah takleh repair maknanya kena format ar..tapi sebelum format..ko back upla data ko dalam D..kalau ko ada partion selain dari C..kalau cuma ada C, ko guna pc lain, pastu jadikan hardisk ko slave, back up data ko..software mmg la ilang..kalau driver, cuba ko cari dalam internet, rasanya ada..lebih mudah kalau pc branded..takpun ko cuba masuk dalam safe mode dulu..

  26. kepada dewa maut, banyak cara nak activekan windows xp..juz ko search je dalam internet..mesti ada..file die kecik jer..

  27. aku pernah format laptop dari vista ke 7..so far ok jer takder masalah..laju lagi n stabil dari vista..kalau ram 2gb, baik pakai win 7 32 bit..biasa driver dah ada dah kalau format 7, cuma kalau yg takder, biasa windows akan cari sendri time update…aku penah buat untuk acer..ok jer..

  28. (macamana nak instal network driver lpas format pc minta tlg pada pakar ,tq).

    Ada berbagai cara, kalau ko instal..yg fail dier .exe, biasa dia akan detect kalau driver network padan dengan yg asal, pas ko restart..kalau tak, ko guna driver magician ke, backup driver tu dari pc lain, pastu install jer kat pc ko..buka kat my comp, clik kanan, manage, pegi kat ada tanda soal untuk network…update driver..

  29. der chikaro on 23 Apr 2010

    salam ..
    nk tnye ni .. klu x kberatan tlg la ye jwpkan :)
    lappy yg sy pki ni kirenye da lame gak la .. da byk tgn da .. mslhnye slalu sgt kuar error kte x ckup memori .. pas2 klu tgk kt c drive mkin lame mkin ckit free space die .. amcm nk buat ea ??da dlete byk files pon still same jew ..
    nyway, thx bebyk k .. (“,)

    cuba ko guna cc cleaner dulu..tengok ada perubahan tak..

  30. Salam bro
    sy ad problem ni…br blaja formatting pc tp tersalah format ke D: plk.then sy format blk ke C: n now kirenye sy ade 2 kali OS la.kwn ckp delete partition 2 then install balik tp xleh pn

    blh tolong x???

  31. salam… terima kasih sbb ajar sy nak repair tu kene pakai cd boot ke mcm format hdisk? taip r je kan? lg satu nk tanye kalo nk buat hdisk yg problem slave tu nk gune ide yg sambung kt cd room tu ke kt hdisk yg sedia ada tu? terima kasih..

  32. Salam… sy nak repair windows tp di tgh2 proses repair tb2 error. kemudian sy tekan f3-quick n komp restart lps restart n msuk ke windows tp dlm windows 2 ade background je start button smue xde. nak try 4mat pn dh xblh. nak buat cam mn ni ek?

  33. Pingback: 12 Blog Komputer Anda Patut Tahu : Wanita & Komputer

  34. salam.. sy ngn mber ada beli hard disk 320gb.. pastu problemnya bila dah pasang,, time nk buat partition tu cuma ada 127gb saja… mcmana ye… dah knfirm dah hard disk tu memang 320 gb.. dan sy dah refer kt internet ramai yg ada mslah macam tu dsbabkan windows xp sp1 x dapat support lebih dari 127gb har disk..btol ke? klw bkn apa mslhnya ye.. tlg plzz..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">