SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP

26 April, 2008 (12:54) | Masalah Komputer | Oleh: MK

Format Hard Disk dan install Windows XP ke dalam komputer biasanya dilakukan kerana dua sebab, iaitu:

  • Anda baru sahaja membeli komputer atau hard disk baru, jadi anda perlu memasukkan OS ke dalamnya.
  • Windows anda rosak, hang, atau dijangkiti virus. Dan install kembali Windows XP merupakan jalan terakhir yang terpaksa anda buat suapaya komputer anda kembali berfungsi seperti biasa.

Artikel pada kali ini akan mengajar anda cara-cara untuk format Hard Disk dan install Windows XP ke dalamnya, langkah demi langkah. (Nota: artikel ini dipenuhi dengan gambar rajah, jadi ianya mungkin mengambil sedikit masa untuk dipaparkan). Jika anda ingin cetak artikel ini, download fail pdf ini. Ok, mari kita mula:

Tetapkan Boot Sequence Kepada CD-ROM

Bagi memastikan komputer anda akan membaca CD Windows XP yang akan dimasukkan, boot sequence haruslah ditetapkan kepada CD-ROM terlebih dahulu. Dalam kebanyakan komputer, setting ini telah sedia ditetapkan, jadi anda tidak perlu bimbang lagi. Anda boleh terus ke bahagian Format Hard Disk sekiranya tiada masalah di sini.

Namun sekiranya komputer anda tidak membaca dari CD-ROM, ikuti langkah-langkah ini untuk menetapkan boot sequence:

(Nota: Setiap komputer mempunyai paparan BIOS yang tersendiri. Jadi, apa yang anda lihat ini mungkin berbeza dari komputer anda. Namun, konsep dan asasnya tetap sama)

  1. Hidupkan komputer anda.
  2. Tekan butang F2 (di sesetengah komputer, anda harus tekan butang DELETE) untuk melancarkan BIOS.
  3. Dalam Phoenix BIOS, pilih Advanced BIOS Features.
    boot sequence
  4. Pilih Boot Sequence.
    boot sequence
  5. Dalam urutan Boot Sequence, tentukan yang CD-ROM berada di bahagian atas sekali.
    boot sequence
  6. Tekan F10 untuk simpan setting anda dan restart komputer.

Format Hard Disk

  1. Pertama sekali, anda akan nampak satu skrin dengan mesej “Press any key to boot from CD…”. Tekan apa-apa butang di sini supaya komputer akan mula membaca dari CD Windows XP.
    boot sequence
  2. Perhatikan mesej yang mula-mula keluar, “Press F6 if you need to install a third party SCSI or or RAID driver”.  Mesej ini penting sekiranya anda install Windows XP ke atas Hard Disk SATA. Jika ya, tekan F6 dan masukkan disket SATA yang disertakan bersama motherboard anda. Jika tidak, abaikan mesej ini dan teruskan ke langkah 3. (Nota: Sekiranya anda nak install Windows XP kepada Hard Disk SATA tapi tiada disket, ikuti langkah ini)
    install Windows XP
  3. “Welcome to Setup” dipaparkan. Tekan ENTER untuk mula install Windows XP.
    install Windows XP
  4. “Windows XP Licensing Agreement”. Tekan F8 untuk teruskan.
    install Windows XP
  5. Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. Tekan butang ESC kerana anda nak install Windows XP yang baru.
    install Windows XP
  6. Sekiranya Hard Disk anda:
    • masih baru dan belum mempunyai sebarang partition, ikuti langkah 7 hingga 8.
    • tapi jika ia sudah ada partition di dalamnya, teruskan pada langkah 9.
  7. Buat satu partition dengan menekan butang C.
    install Windows XP
  8. Tentukan saiz partition anda dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  9. Pilih partition C: untuk install Windows XP. Ingatan: Kalau anda ada fail dan dokumen penting dalam partition C:, buat backup dengan memindahkan data tersebut ke dalam partition D: ataupun ke dalam external hard drive.
    install Windows XP
  10. Tekan butang C untuk setuju.
    install Windows XP
  11. Pilih NTFS sebagai file system dan tekan ENTER.
    install Windows XP
  12. Tekan butang F untuk format Hard Disk.
    install Windows XP
  13. Setup akan mula format Hard Disk dan menyediakan fail bagi proses install Windows XP. Setelah proses ini selesai, komputer anda akan restart dengan sendirinya.
    install Windows XP

Install Windows XP

  1. Proses install Windows XP bermula. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  2. Masukkan nama anda dan klik butang Next.
    install Windows XP
  3. Masukkan nombor siri bagi Windows XP dan klik butang Next.
    install Windows XP
  4. Masukkan password bagi Administrator dan klik butang Next.
    install Windows XP
  5. Dalam ruangan Time Zone, pilih Kuala Lumpur dan klik butang Next.
    install Windows XP
  6. Proses Setup telah bermula. Tunggu hingga selesai.
    install Windows XP
  7. Sekiranya anda mempunyai Network Card, Setup akan meminta anda membuat pilihan mengenai Network. Klik sahaja pada butang Next sebanyak dua kali.
    install Windows XP
  8. Tunggu sehingga keseluruhan proses install Windows XP selesai, dan komputer akan restart sekali lagi.

Mula Menggunakan Windows XP

  1. Kali pertama Windows XP dimulakan, screen resolution anda akan diubah mengikut kesesuaian. Klik pada butang OK.
    install-window-22
  2. “Welcome to Microsoft Windows” dipaparkan. Klik pada butang Next.
    install Windows XP
  3. Pilih “Not right now” dan tekan butang Next. Anda boleh mengaktifkan kembali Automatic Updates pada kemudian hari.
    install Windows XP
  4. Windows akan cuba mengesan sambungan Internet anda. Anda boleh tinggalkan langkah ini dengan menekan butang Next.
    install Windows XP
  5. Pilih “No, not at this time” supaya anda tak perlu mendaftar dengan Microsoft. Tekan butang Next.
    install Windows XP
  6. Masukkan nama anda dan tekan butang Next.
    install Windows XP
  7. Klik pada butang Finish.
    install Windows XP
  8. Kini, Windows XP telah siap sedia dipasang dan anda sudah boleh mula menggunakannya.
    install Windows XP

Itu sahaja langkah-langkah yang diperlukan untuk install Windows. Senang, kan? Tak perlulah habiskan duit sehingga RM40 (atau mungkin lebih 0.o) untuk menghantar komputer anda ke kedai hanya kerana nak format PC, kerana anda boleh melakukannya sendiri ^_^

Popularity: 100% [?]

Entri berkaitan

RSS feed | Trackback URI

63 Comments »

Comment by melayubuntu
2008-04-26 17:31:13

Gempak sey cara artikel ko skrg…
btw, camne ko amik screenshot masa time install 2?
Ke ko guna virtualbox?

melayubuntus last blog post..Masa untuk Hardy Heron

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-27 00:44:01

@melayubuntu: wei lama ko menghilang. ha’a, aku guna VirtualBox

 
Comment by lieza
2008-06-25 11:02:05

hibernate tu apa?

 
 
Comment by nur ain
2008-04-26 23:44:52

alhamdulillah.. tima kasih bg in4 free

 
Comment by nur ain
2008-04-26 23:49:26

syukron… thank for your information… it’s good in4 4 everybody to know…

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-27 00:58:25

@nur ain: sama2.. sharing is caring ^^

 
 
Comment by Kreuger
2008-04-27 14:56:57

Salam to SembangKomputer
Timer Kasih atas sumbangan anda dalam industri IT.

Dengan ini secara rasminya anda di tag di:-

PC Desktop Desk Show Off

Adios~
Kreuger®

Kreugers last blog post..Desktop - PC Desktop Desk Show Off

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-27 15:03:05

@kreuger: salam. um, tag ek? nanti saya buat

 
 
Comment by Syahid A.
2008-04-27 23:15:19

Bagus betul. Sure ambil masa nak capture all those pics.

Syahid A.s last blog post..I Use FriendFeed, Make Me Your Friend

 
Comment by dekan
2008-04-28 17:52:21

Rajin seh.. :p

 
Comment by DeKan
2008-04-28 17:59:17

Wah. rajin.. Mana pergnya komen daku td ni.. hm..

DeKans last blog post..Windows XP keluar dari pasaran pada Jun 2008?

 
Comment by vito
2008-04-29 15:41:50

Asslm.Makasih..atas informasinya.Kan membantu sekali, karena disuruh buat laporan instalasi Windows XP. Jadi membantu sekali.1x lagi matur nuwun…

vitos last blog post..Wajibnya Berbakti Dan Haramnya Durhaka Kepada Kedua Orang Tua

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-30 10:49:05

@vito: w’salam.. sama-sama ^_^

 
 
Comment by Zimbo
2008-04-30 03:22:42

Terima kasih…maklumat anda sungguh brguna.Tapi klu nak install vesta sama ke kaedahnya?

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-30 10:50:26

@Zimbo: install vista lain sket dengan windows xp. nanti saya akan buat tutorial install vista lak

 
 
Comment by munie
2008-04-30 10:21:30

thanx coz sudi curahkan ilmu kat semua org….klu ada pe2 in4 lg berkaitan hardware ni bleh la kasi lagi erk…..:-)

Comment by Muhammad Khairul
2008-04-30 10:51:14

@munie: boleh insyaAllah..

 
 
Comment by Wizurai
2008-05-01 17:02:34

nak belajar jugak format komputer…
kalau yg format pc, tapi nak backup dulu ‘My Document’ sebelum proses format atau baiki XP camne pulak?
kena masuk step yg mana?

Comment by Muhammad Khairul
2008-05-01 18:22:32

@Wizurai:

maksud awak, repair XP ye?

Pada bahagian Format Hard Disk, langkah ke 5:

“Sekiranya Hard Disk anda mempunyai Windows XP, Setup akan bertanya sekiranya anda nak baiki Windows XP yang lama tu. ”

kalau awak nak repair Windows XP tu, tekan R. Setup akan repair semula fail-fail Windows XP, tapi tak kacau My Documents

Comment by is
2008-05-14 11:37:08

saya nk repair windows xp sy tp langkah 5 tak ada.mcm mane

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
2008-05-06 10:55:23

[...] Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP [...]

 
Comment by lieza
2008-05-08 10:09:49

aii

 
Comment by Shah
2008-05-12 11:33:31

Salam…terima kasih tunjuk ajar kamu tu..tapi saya ada masalah dengan laptop saya…masalah nya bila saya nak masuk window dia terus je log off..saya dah buat cara-cara yang kamu ajarkan tu..tapi bila sampai ke part yg ke 3 tu … pc x dapat kesan hard disk ..cam ner pulak hek?..masalah betul lah..

 
Comment by giah
2008-05-14 11:33:26

salam.thanks yaa..pnting ne sehh

 
Comment by SHAH
2008-05-15 08:43:08

Salam…terima kasih sekali lagi buat khairul..kerana dengan tunjuk ajarnya saya telah berjaya mengformat sendiri laptop saya walaupun sebelum ni saya x pernah melakukannya …tapi terdapat beberapa masalah yang saya hadapi…harap khairul dapat membantu ..terima kasih .

1. keybord tidak berfungsi dengan betul ..contohnya kalau kat satu kekunci tu ada nombor bersamanya, bila kita tekan kekunci tu , yang keluar nombor bukan huruf ..cth: pada kekunci huruf P ada bersamanya ‘*’ nanti yg keluarnya ‘*’ bukan huruf P .

2. tidak terdapat pilihan stand by & hibernate . saya dah pergi kat display , screen saver & power .. x terdapat pun pilihan nak stand by atau hibernate .

3. laptop saya tidak dapat kesan sound kad..

 
Comment by SHAH
2008-05-15 09:57:27

alhamdulillah…godek punya godek..boleh gak dapat sound kad tu..sekarang sound dah berfungsi seperti biasa…tinggal 2 masalah je lagi..

 
Comment by is
2008-05-21 09:59:12

akum,sy nk repair windows xp sy tp langkah 5 xde pun.mcm mane ek!pas tu klu file hilang sbb tak backup sebelum format leh dapat balik tak?

 
2008-06-15 16:30:38

[...] komputer tiga tahun yang lepas, satu perkara yang paling mengujakan (:p) pernah aku pelajari adalah cara-cara format komputer dan install Windows. Ya, ini benda paling asas yang semua pelajar komputer harus tahu. Dan pada masa itu, inilah jalan [...]

 
Comment by adzroul
2008-06-17 10:58:44

saya br je join web ni. sy amat memerlukan bantuan sesapa yg boleh menolong… so sesapa yg genius komputer tu tlg la jd member aku add aku kat y.m.. nick adzroula k…

tQ

Comment by MK
2008-06-17 12:37:27

@adzroul:
berkenaan soalan awak dalam emel tu (emel awak bagi salah, tak dapat reply) mesti notebook awak guna hard disk SATA, sebab tu la dia kata not found

awak ikut cara2 kat sini

 
 
Comment by adzroul
2008-06-18 11:49:22

tolong bantu ye
adzroul@yahoo.com.my

 
Comment by abg roy
2008-06-19 07:45:00

askum khairul abg nk tnya 2 soalan boleh tak tkr windows dr xp profesional ke xp home edition?camne nak boot dr CD,kene dapatkan cd boot ke?Balas dgn segera ek..

Comment by MK
2008-06-19 10:47:24

@abg roy: boleh, abg install je windows XP macam biasa, macam yang saya tunjuk dalam artikel ni. pastikan guna CD bootable, baru boleh boot dari CD tu..

 
 
Comment by lieza
2008-06-26 12:48:47

nape saya nk masuk paparan bios tak buleh? plzzzz tolong ajar…

Comment by MK
2008-06-27 00:22:20

@lieza:
nak masuk dalam BIOS bergantung pada komputer awak.
biasanya bila awak ON komputer, kuar display macam ni:

“Press DEL to Enter Setup”

maknanya awak kena tekan butang Delete untuk masuk BIOS.
kat sesetengah PC, kena tekan butang F2

 
 
Comment by aziey
2008-06-26 21:22:18

assalamuailaikum…….
first thank 4 d inform…
tp sy ader masalah la
mase format pc sy ader 2 partition C n G
yg C tue windows XP profesional
G plk window XP home edition
saya nak jadikan 1 partition mcner???
sy takt nti folder hilang..
sb sy dah penah delete partition kt my computer tue DATA (D)hilang terus….
terima kasih……

Comment by MK
2008-06-27 00:28:34

@aziey: nape lak nak pakai sampai dua windows? nasihat saya, guna satu WIndows je, yang Windows XP Pro dalam partition C tu. yang Windows dalam partition G tu awak boleh delete je.

pastu bleh edit boot.ini utk buang Windows XP Home tu dari boot loader (tak buat yang ni pun takpe)

 
 
Comment by badrul
2008-06-28 10:25:28

salam,
sejurus aje sy on komputer keluar tanda ‘x’ suruh shoutdown dan off secara outo. nak buka melalui safe mode pun xleh sbb dia suruh shoutdown.
macamane nak buat ek?
Jasa mu di kenang Jazakallahukhairan khathira

Comment by MK
2008-06-29 17:50:55

@badrul: salam.
ada kemungkinan PC awak ni kena jangkitan virus. satu cara yang boleh dibuat adalah scan virus sebelum masuk Windows guna bootCD macam BartPE, UBCD4Win, ataupun Hiren

 
 
Comment by syafiq Subscribed to comments via email
2008-07-09 17:41:14

cam na kalau kita x dak cd Windows Xp?

Comment by MK
2008-07-09 18:51:02

@syafiq: um.. kena la pergi beli

 
 
Comment by anun Subscribed to comments via email
2008-07-14 19:00:43

saya nk fromat pc tpmslah skrg dia reject cd xp pirate. so mcmner ekk? da kna ubah seting ker? bile sy test install linux ori dia ok je. sy xmampu nk belicd xp ori

 
Comment by syafiq Subscribed to comments via email
2008-07-15 17:37:09

tima kasih.Tapi kalau nak buat cd xp boleh dak?saya lama dah cari cam na nak buat

Comment by MK
2008-07-16 09:23:09

@syafiq: buat? beli je la..

 
 
Comment by Amri
2008-07-19 12:15:22

Bila kita format komputer.. bagaimana untuk pastikan file lama kita tidak dibuang semasa proses format di jalankan.

Comment by MK
2008-07-19 13:55:29

@Amri: saya cadangkan awak letak fail-fail awak dalam Partition D.
Sewaktu format, Windows akan format Partition C sahaja, jadi fail-fail dalam partition D awak akan selamat.

 
 
Comment by Amri
2008-07-20 11:55:40

Terima Kasih atas jawapan saudara.

Boleh saudara terangkan, bagaimana cara utk membuat partion dengan mudah dan berapa size mbyts untuk sesuatu partion. Kalau boleh sertakan dengan image & pdf file seperti yg diatas utk simpan saya. Sebab ianya bnyak membantu.Tq

 
Comment by cupak
2008-07-20 12:12:12

helllllllp meeeeeee

 
Comment by iena
2008-07-25 13:21:22

mcm mana nak format tanpa menghilangkan folder my document? sbb b4 ni guna xp pro, now nak guna xp home pulak.

 
Comment by pc
2008-07-27 18:45:18

Kalau dah format, network connection akan hilang ke?
tolong bg tunjuk ajar nye! sy x mahir.

Comment by MK
2008-07-27 22:54:03

@pc: ye, network connection akan hilang. kena set up balik semula

Comment by pc
2008-07-28 16:07:49

cane pulak nk set up balik lepas format? plz beri tunjuk ajr.
klu de laman web yg beri panduan cara2 bagus gak! thx

(Comments wont nest below this level)
 
 
 
Comment by anyy Subscribed to comments via email
2008-07-31 14:04:27

terima kasih…..lpas ne sy dah bule tlg technician kat tmpt keja sy 2 format pc custemer……takdela dia penat wat keja sorg…

 
Comment by mata Subscribed to comments via email
2008-08-09 09:00:39

saya ada laptop,so kena bekup laptop tu, tapi sya takut nti data2 tu ilang mcm mana nak selamatkan data tu,, tlg saya. saya bdk baru blajaq…

Comment by MK
2008-08-09 11:23:38

@mata: awak backup la dulu semua data2 awak tu..copy dalam pen drive ke, burdn dalam cd/dvd ke..

 
 
Comment by mata Subscribed to comments via email
2008-08-10 15:30:17

nak tanya, ada cpu ni bila on lampu dekat monitor dia ijau jap,pastu nek oren… monitor gulap.. apa masaalah dia ek?
tlg bantu saya.. pertolongan anda amat d hargai.. huhuhu

 
Comment by Abdul Hamid Subscribed to comments via email
2008-08-12 21:38:56

Terimakasih kerana infomasi yang berguna untuk melahirkan masyarakat bertamadun .Ilmu yang berkat ilmu yang dikongsi bersama.Semangat menang-menang.

 
Comment by pendit Subscribed to comments via email
2008-08-13 10:48:28

bagaimana cara untuk saya format hard disk , format partition c dan partition d sekali..???

 
Comment by pendit Subscribed to comments via email
2008-08-13 10:52:00

jika saya ingin membuat partition dalam hard disk baru, bagaimana cara untuk saya membahagikan partition c dan d..
misalnye hard disk tu 80GB, kiraan untuk mmbuat partition msti dlm MB kan…
bagaimanakah caranya..??

Comment by MK
2008-08-13 12:35:13

@pendit:
waktu nak create partition, awak buat la C: dengan 4000 MB, nanti akan tinggal lagi 4000 MB untuk D:

partition D: awak boleh format bila habis install Windows XP semua.

 
 
Comment by anyyy Subscribed to comments via email
2008-08-13 15:06:56

saya nak install pc yg da ada win xp tp masalany bila sy pli advance bios 2 paparan yg kluar tak sama ngan yg awk ajar…….dia kuar lain

Comment by MK
2008-08-13 19:19:29

@anyyy: bios memang berbeza-beza, ada banyak jenis.. tapi biasanya setting dia lebih kurang sama je. awak try la explore bios awak

 
 
Comment by moon Subscribed to comments via email
2008-08-27 14:15:24

assalamualaikum…..

nak tanya nie….

PC saya tetiba saja muncul skrin hitam yang bertulis
windows\system32\configuration
press ‘r’ to repair…

soklan saya, bleh tak tolong tunjuk kan step by step cara untuk repair PC menggunakan cd windows…..

harap dapat bagi jawapan ngan segera…..)

 
Nama (diperlukan)
Emel (diperlukan - tidak akan disiarkan)
URI
Dapatkan maklumbalas komen melalui emel
Komen anda (smaller size | larger size)
Anda boleh gunakan <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> dalam komen anda.

Jika anda kali pertama komen, komen anda akan dilihat terlebih dahulu, sebelum disiarkan.