opera-wand

Berapa banyak kali anda isi maklumat-maklumat seperti Nama, Alamat, dan Emel dalam sehari? Jika anda banyak mengunjungi blog-blog untuk memberi komen, ataupun selalu mendaftar di laman web – laman web baru, tugas mengisi maklumat seperti ini adalah menjadi rutin harian yang tidak dapat dielakkan. Ketahui bagaimana anda boleh menjimatkan masa dalam mengisi maklumat seperti ini, dengan menggunakan Opera.

Tekan Ctrl+F12 untuk membuka Preferences dalam Opera. Pergi kepada tab Wand. Di sini, anda boleh isi maklumat-maklumat yang sering diminta oleh laman web-laman web dan blog-blog. Anda boleh melengkapkan bahagian mana yang perlu, jika tidak semua.

Sekarang, mari kita uji fungsi Auto-Complete pada Opera ini. Di bawah kotak komen pada blog saya ni, cuba masukkan nama anda. Hanya dengan satu huruf sahaja, Opera akan memaparkan senarai Auto-Complete yang boleh anda pilih.

Simpan Password Dalam Opera

Opera juga boleh menyimpan Password yang telah anda masukkan pada mana-mana laman web. Sewaktu anda memasukkan Password, anda akan diberikan kotak mesej seperti ini:

opera-wand-02

Pilih Save untuk simpan Password anda. Kali yang seterusnya anda masuk pada laman web tersebut, hanya tekan Ctrl+Enter pada kotak login, dan Opera akan isikan User Name dan Password anda secara automatik.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

4 Responses


  1. Azhar Ahmad on 26 Feb 2008

    Memeng seronok guna Opera… Hummm, cuba try flock… Lebih kurang sama…

  2. melayubuntu on 26 Feb 2008

    Opera mmg ringan..tp bookmark ssh nak capai..xde ke bookmark bar kerr? mcm firefox ada..huhu

    • Muhammad Khairul on 26 Feb 2008

      melayubuntu »
      bookmark bar.. apakah itu? tapi Opera memang ada bookmark panel kat sebelah kiri, cuma klik je bahagian kiri tu.

  3. [...] komen misalnya, tekan kekunci anak panah bawah untuk mengeluarkan maklumat yang terkandung dalam Autocomplete Forms serta Notes [...]


Tinggalkan komen anda