Tahukah anda, apa itu Operating System? Lebih mudah disebut sebagai OS, ia membawa maksud Sistem Pengoperasian. Windows XP adalah sejenis OS, begitu juga dengan Windows Vista dan Windows 7, kesemuanya datang dari keluarga Windows NT. Selain daripada Microsoft Windows yang anda kenali, terdapat juga OS lain seperti Unix yang selalu dijalankan di server; Mac OS X yang dijalankan pada komputer Apple; serta Linux seperti Ubuntu, Fedora, dan Knoppix.
Dalam sebuah komputer, OS berfungsi sebagai perantara di antara software dan hardware. Ia juga bertanggungjawab dalam mengagihkan sumber komputer – seperti memori dan CPU – kepada setiap aplikasi yang dijalankan.
Katakanlah anda sedang menaip surat menggunakan Microsoft Word. Apabila anda ingin mencetak dokumen tersebut, OS akan bertanggungjawab untuk menyampaikan arahan dari Microsoft Word (software) kepada printer (hardware). Interaksi lazim antara software dan hardware ini diuruskan oleh OS supaya aplikasi tersebut tidak perlu menguruskannya sendiri, sekaligus memudahkan programmer membuat aplikasi.
- Entri terdahulu: ← Access Denied Ketika Hendak Membuka Folder
- Entri seterusnya: Shortcut Key dalam Windows →
10 Comments
Trackbacks
- Cara Nak Dual Boot Windows Dan Linux | SembangKomputer.Com
- Cara-cara Nak Format Hard Disk Dan Install Windows XP | SembangKomputer.Com
- Cara-cara Nak Pasang Virtual Machine Dalam VirtualBox | SembangKomputer.com
- TeRAtAk fAtIhAh » Blog Archive » Format PC
- Perihal Operating System at ?| miqdad blog |?
- Cara-cara Nak Install Windows Vista | Sembang Komputer

Apa itu xp dlm window xp?
@anna, XP tu adalah singkatan untuk “experience”
terima kasih kerana memberi pengetahuan tentang komputer.
@Jeq: Terima kasih kerana membaca :)
MK harap dapat beri penerangan serba sedidikit tentang ‘overclock’ dan kesan nya..
cmner nak ilangkn virus explorea ek???
skrin jd wrne hijau…
mcm virus indonesia jew..
cz ad ayat2 kt skrin 2…
—help me!!!!—-
ermmm nk taw: pe mendenye FEDORA tu.. yg taw..er fedora is one of d Linux open source s/ware..slain tu..de pe2 info lain x….
TQ!!
Terima kasih untuk sdr yang uruskan sembang komputer ni. Banyak betul membantu orang2 tua macam saya yang baru belajar nak kenal komputer. Tahniahlah, tak perlu kami kerap pergi kedai komputer lagi. Jimat duit & jimat masa sikit.
@dulu pening sekarang ok: sama2 :)
bez kt cni..byk bnda sy dpt..thx.