Tukarkan Wallpaper Secara Automatik Dengan John’s Background Switcher

Guna wallpaper yang sama hari-hari pun bosan juga kan. Jadi, gunakan John’s Background Switcher untuk menukarkan wallpaper desktop anda secara automatik.

Anda boleh memilih fail-fail atau folder-folder tertentu yang akan dipaparkan sebagai wallpaper. Selang masa untuk wallpaper bertukar juga boleh ditetapkan.

Pilih gambar yang akan dipaparkan sebagai wallpaper

John’s Background Switcher menyediakan beberapa mod yang menentukan bagaimana gambar-gambar anda dipaparkan. Saya paling suka dengan mod ‘Postcard pile’ yang memaparkan banyak gambar dalam satu wallpaper.

Paparkan gambar dalam mod postcard pile

Anda tidak terhad kepada gambar yang disimpan di dalam komputer sahaja. Malah, John’s Background Switcher boleh mendapatkan gambar secara automatik daripada Facebook, Flickr, Google, dan banyak lagi.

P/S: Terima kasih buat Bat, Wfxyz, Flisterz, dan Ajeylia kerana menjadi model dalam wallpaper di atas. Tiada sebarang royalti akan diberikan.

31 thoughts on “Tukarkan Wallpaper Secara Automatik Dengan John’s Background Switcher

  1. omg omg omg…
    dh lama carik software camni. masa pg pc fair hari tu teruja tgk demo pc dia tukar2 wallpaper sendiri camtu. nk tanya segan (ekceli takut terasa bodoh… ngee…).
    thanks once again MK.

    • @Kujie: Sekali-sekala show la desktop Kak Jie, tengok gambar anak-anak, baru sejukk hati. Hehe. Saya ni sebab takde masa nak letak gambar2 kat meja, letak kat desktop pun jadilah ^_^

    • @megat: Selama ni ada gak jumpa yang lain, tapi tak puas hati. John’s Background Switcher ni je yang terbaek ^_^

  2. aku pon dah lame mencarik neh. last aku jumpe pon lebih kurang 5 tahun lepas kat pc member aku mase die studi kat mmu. tapi mase tu die pakai live feed punye laa.. siap ade widget kalendar lagi bagai2.

    ari tu pon aku ade mencarik gak tapi takut nak donlod, takut spyware…

    seb baik korang ade! :p

  3. Windows 7 dah ada function nie as default. Dulu masa guna XP, aku ada try menda nie. Tapi lepas lelama, aku buang. Fening tgk tukar2. Haha.

  4. saya tak dapat gune software ni sebab xde microsoft.net framework 2.0.pas2 try nak download kat microsoft.com tapi asyik link broken jer.ade tak source lain yang boleh download benda alah framework ni.huhu

    • @TMUkmkd, oh biar aku cari kat mana nak buat kat mana (aku tengah online guna live CD karmic ni, sebab hard disk tengah ngok ngek hapa tah =.=)

  5. haha. thanks @bat. siap buat wallpaper lagi. tak tahannnnn. ni kalau check kat ‘mekbuk’ hg ni, mesti byk lagi gmbr2 kitorang yg dah di’wallpaper’kan ni. haha.

  6. Salam Mk,
    macam mana saya nak edit untuk tambah n buang gambar yang saya gunakan ae..
    x da button untuk edit pun..
    saya tekan button kat toolbar pun x da function ape2 pun…
    tolong Mk,
    boringlah asyik yang sama je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">