Guna wallpaper yang sama hari-hari pun bosan juga kan. Jadi, gunakan John’s Background Switcher untuk menukarkan wallpaper desktop anda secara automatik.
Anda boleh memilih fail-fail atau folder-folder tertentu yang akan dipaparkan sebagai wallpaper. Selang masa untuk wallpaper bertukar juga boleh ditetapkan.
John’s Background Switcher menyediakan beberapa mod yang menentukan bagaimana gambar-gambar anda dipaparkan. Saya paling suka dengan mod ‘Postcard pile’ yang memaparkan banyak gambar dalam satu wallpaper.
Anda tidak terhad kepada gambar yang disimpan di dalam komputer sahaja. Malah, John’s Background Switcher boleh mendapatkan gambar secara automatik daripada Facebook, Flickr, Google, dan banyak lagi.
P/S: Terima kasih buat Bat, Wfxyz, Flisterz, dan Ajeylia kerana menjadi model dalam wallpaper di atas. Tiada sebarang royalti akan diberikan.
omg omg omg…
dh lama carik software camni. masa pg pc fair hari tu teruja tgk demo pc dia tukar2 wallpaper sendiri camtu. nk tanya segan (ekceli takut terasa bodoh… ngee…).
thanks once again MK.
@shandye: Jangan takut bertanya, software ni pun baru lagi aku jumpa nye ha, hihi :)
@MK, takde nk buat demo cemana nk install windows 7 ke? teringin ar nk upgrade dr vista. download kat torrent je windows 7 nih… hehehe…
@shandye, Demo camne tu, video ke? Kalau tutorial biasa, dah ada tulis kat SK.
nt eden nk try la..huhu
busy2..final da stat sok..
@a1zudd1n: Good luck dalam menjawab final :D
Wah, cam best.
Tq MK.
@Eriyza: Sama2! ^_^
Windows 7 secara default dah ada fungsi wallpaper slideshow…boleh tukar2 wallpaper n warna tema secara automatik lg hehe…
@EiNS: Ha ah, lupa lak nak mention function Windows 7. Tapi itu hanya untuk theme dia je kan.
@MK, hoho.. sama mcm win 7 nya fungsi… tapi win 7 hanya wallpaper aje la.. nak amek gambo dari FB n lain takleh aku rasa..
pc ni tak pernah sempat nak view wallpaper…sentiasa ade page yg dok buka
@Kujie: Sekali-sekala show la desktop Kak Jie, tengok gambar anak-anak, baru sejukk hati. Hehe. Saya ni sebab takde masa nak letak gambar2 kat meja, letak kat desktop pun jadilah ^_^
oh sudah ada perisian khas untuk background switcher!?
cun! lagi bagus dari default di windows 7
@megat: Selama ni ada gak jumpa yang lain, tapi tak puas hati. John’s Background Switcher ni je yang terbaek ^_^
Ada perisian untuk tukar latarbelakang.tak tahu pula aku.
kenapa nama ”john’s” nama MK tak boleh ke.
@safar, Sebab programmer yang buat bende ni nama dia John ^_^
fuhh..mmg terbaek bro! tgh bangga pakai ni..thanx daun keladi..
aku pon dah lame mencarik neh. last aku jumpe pon lebih kurang 5 tahun lepas kat pc member aku mase die studi kat mmu. tapi mase tu die pakai live feed punye laa.. siap ade widget kalendar lagi bagai2.
ari tu pon aku ade mencarik gak tapi takut nak donlod, takut spyware…
seb baik korang ade! :p
Windows 7 dah ada function nie as default. Dulu masa guna XP, aku ada try menda nie. Tapi lepas lelama, aku buang. Fening tgk tukar2. Haha.
@aman: Best pe tengok wallpaper tukar2, macam tengok slideshow gambar je ^_^
gila ghei guna gambar kami kasi jadi wallpaper, hahahaha…
p/s: link blog wafiq ada terlebih http://
@Bat, ala saje je nak bagi link free kat Wafiq, ahaha.
saya tak dapat gune software ni sebab xde microsoft.net framework 2.0.pas2 try nak download kat microsoft.com tapi asyik link broken jer.ade tak source lain yang boleh download benda alah framework ni.huhu
@syamil, awak boleh download .Net framework kat FileHippo
rasanya dalam karmic ada function neh.. aku masih tak tahu bagaimana ==”
@TMUkmkd, oh biar aku cari kat mana nak buat kat mana (aku tengah online guna live CD karmic ni, sebab hard disk tengah ngok ngek hapa tah =.=)
haha. thanks @bat. siap buat wallpaper lagi. tak tahannnnn. ni kalau check kat ‘mekbuk’ hg ni, mesti byk lagi gmbr2 kitorang yg dah di’wallpaper’kan ni. haha.
@wfxyz: Ah tade masa nak letak gambar korang. Ni saje je, free back link :P
Salam Mk,
macam mana saya nak edit untuk tambah n buang gambar yang saya gunakan ae..
x da button untuk edit pun..
saya tekan button kat toolbar pun x da function ape2 pun…
tolong Mk,
boringlah asyik yang sama je
salam
macam mane nk install john’s background switcher,,,
step by step…