Jom Tulis Blog Dengan Windows Live Writer!

windows_live01 Walaupun anda seorang anti-Microsoft, kini ada satu produk dari mereka yang harus dicintai. Um, kalau anda seorang penulis blog la. Ianya sudah tentulah Windows Live Writer! Perisian ini membolehkan anda menulis blog dalam suasana WYSIWYG (What You See Is What You Get). Ini bermakna, apa yang anda tulis pada Windows Live Writer, macam tu lah yang akan keluar pada blog anda. Saya dah gunakan perisian ini untuk platform WordPress, dan hasilnya sangat memuaskan ^^

Mengapa Anda Harus Menggunakan Live Writer?

Produktiviti. Anda dapat menjimatkan banyak masa dengan menggunakan Windows Live Writer. Contohnya, anda tidak perlu pergi ke dashboard pada WordPress, dan klik pada Write Post. Gambar yang diletak pada satu-satu entri pula akan upload secara automatik, tidak perlu susah-payah buka klien FTP.

Bekerja sewaktu offline. Tulis entri anda tanpa perlu online. Anda boleh save entri yang masih belum siap sebagai draf dalam komputer. Draf ini juga boleh diposkan sebagai draf di dalam WordPress. Apabila anda sudah siap, tekan butang Publish dan entri tersebut akan sedia terpapar di blog anda.

WYSIWYG. Seperti yang saya katakan tadi, apa yang anda nampak dalam Windows Live Writer, macam tu lah yang akan keluar. Windows Live Writer boleh dapatkan template dan theme yang digunakan pada blog anda, dan memaparkan preview entri tersebut.

Fungsi yang terdapat dalam Windows Live Writer sama sahaja seperti pada blog anda. Anda boleh masukkan link, tag, gambar, tetapkan kategori, tetapkan tarikh entri tersebut disiarkan, dan macam-macam lagi. Entri-entri yang terdahulu juga boleh dibuka dan disunting kembali. Dan pastinya banyak lagi ciri-ciri dalam Windows Live Writer yang harus anda terokai ^^

Nota kaki: Saya sebenarnya benci sangat bila kita tulis ayat panjang-panjang dalam dasboard, lepas tu barisan tu automatik jatuh ke bawah >_<

27 thoughts on “Jom Tulis Blog Dengan Windows Live Writer!

  1. Ada satu lagi pilihan. Saya pakai Blogdesk. Satu lagi kelebihan adalah “backup”.

    @KNizam: Ini hanya medium perhubungan blog dengan komputer anda. Plugin perlu diinstall berasingan online dengan wordpress anda.

  2. Pingback: Retromalaya.com

  3. Menarik! Berat tak agak2 ko software ni? Kalo tak, boleh aku try. Kalo berat, laptop aku tu dah lah tua, buruk pulak tuh.. :P

    P/s: Siap sedialah ko menanti hari esok, di mana satu bencana alam blog akan tiba! :twisted:

  4. Pingback: Soleh.Net » Dalam kesibukan, kuturutkan jua…

  5. Pingback: Windows Live Writer Telah Dipertingkatkan | SembangKomputer.com

    • @zizan: pergi kat bahagian admin WordPress. tengok kat Manage > Post. Pos kita tadi akan diletak samada dalam kategori Draft atau Published.

    • @Uncle G: memang tak banyak blog editor untuk Linux. nasib baik ada yang cross platform macam ScribeFire (Firefox add-on), Flock, dan Bleezer

  6. Pingback: Anything, Something, Terpelanting?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="" highlight="">