Jom Tulis Blog Dengan Windows Live Writer!
Walaupun anda seorang anti-Microsoft, kini ada satu produk dari mereka yang harus dicintai. Um, kalau anda seorang penulis blog la. Ianya sudah tentulah Windows Live Writer! Perisian ini membolehkan anda menulis blog dalam suasana WYSIWYG (What You See Is What You Get). Ini bermakna, apa yang anda tulis pada Windows Live Writer, macam tu lah yang akan keluar pada blog anda. Saya dah gunakan perisian ini untuk platform Wordpress, dan hasilnya sangat memuaskan ^^
Mengapa Anda Harus Menggunakan Live Writer?
Produktiviti. Anda dapat menjimatkan banyak masa dengan menggunakan Windows Live Writer. Contohnya, anda tidak perlu pergi ke dashboard pada Wordpress, dan klik pada Write Post. Gambar yang diletak pada satu-satu entri pula akan upload secara automatik, tidak perlu susah-payah buka klien FTP.
Bekerja sewaktu offline. Tulis entri anda tanpa perlu online. Anda boleh save entri yang masih belum siap sebagai draf dalam komputer. Draf ini juga boleh diposkan sebagai draf di dalam Wordpress. Apabila anda sudah siap, tekan butang Publish dan entri tersebut akan sedia terpapar di blog anda.
WYSIWYG. Seperti yang saya katakan tadi, apa yang anda nampak dalam Windows Live Writer, macam tu lah yang akan keluar. Windows Live Writer boleh dapatkan template dan theme yang digunakan pada blog anda, dan memaparkan preview entri tersebut.
Fungsi yang terdapat dalam Windows Live Writer sama sahaja seperti pada blog anda. Anda boleh masukkan link, tag, gambar, tetapkan kategori, tetapkan tarikh entri tersebut disiarkan, dan macam-macam lagi. Entri-entri yang terdahulu juga boleh dibuka dan disunting kembali. Dan pastinya banyak lagi ciri-ciri dalam Windows Live Writer yang harus anda terokai ^^
Nota kaki: Saya sebenarnya benci sangat bila kita tulis ayat panjang-panjang dalam dasboard, lepas tu barisan tu automatik jatuh ke bawah >_<
Popularity: 15% [?]
Entri berkaitan
Komen
Komen dari KNizam
Masa: February 17, 2008 pada 4:06 pm
eh lupa plak nak tanya. semua plugin ada ke dalam tu eh?
February 17th, 2008 at 4:14 pm
KNizam » plugin yang dalam wordpress memang dah install kan, guna ftp client suma. so takyah risau dah pasal plugin tu
Komen dari Syahid A.
Masa: February 17, 2008 pada 4:13 pm
Ada satu lagi pilihan. Saya pakai Blogdesk. Satu lagi kelebihan adalah “backup”.
@KNizam: Ini hanya medium perhubungan blog dengan komputer anda. Plugin perlu diinstall berasingan online dengan wordpress anda.
February 17th, 2008 at 4:18 pm
Syahid A. » oic, blogdesk ye. hmm kena cuba gak nih
Komen dari melayubuntu
Masa: February 17, 2008 pada 6:14 pm
nice info…dan ianya percuma ^^
microsoft rebranding ke ek?ke buang tebiat buat perisian percuma camni..hehe
February 17th, 2008 at 7:19 pm
melayubuntu » kan bill gates dah kuar, dah kurang kejam la dorg skang.. erk, tercekik abang bill kat umah tu sat g xD
Komen dari ecahkoop
Masa: February 17, 2008 pada 7:11 pm
hmmm..menarik…!! leceh la kadang2 kt wordpress tu!! kwang3x!
Komen dari keraknasi
Masa: February 17, 2008 pada 9:48 pm
info yg sgt berguna. so kalo xde line internet, boleh la guna ni kan?
February 18th, 2008 at 10:56 am
keraknasi » yup, boleh… kalau PC kat rumah memang takde line internet langsung, boleh guna versi portable yang ali sabki cakap tu
Trackback dari Retromalaya.com
Masa: February 18, 2008 pada 2:53 am
Update Your Blog With Windows Live Writer Portable
Scott Kingery has launched this portable version of writer to help you update your blog on the go. Microsoft doesn’t officially release this.
Of course the simplest solution is to get a laptop and carry it around with you everywhere. But if you&…
Komen dari Azhar Ahmad
Masa: February 18, 2008 pada 5:02 am
Saya guna blogdesk dan Flock… Daua2 ada kelebihannnya…
Komen dari ImamKhalid
Masa: February 18, 2008 pada 9:13 am
Menarik! Berat tak agak2 ko software ni? Kalo tak, boleh aku try. Kalo berat, laptop aku tu dah lah tua, buruk pulak tuh.. :P
P/s: Siap sedialah ko menanti hari esok, di mana satu bencana alam blog akan tiba! :twisted:
Komen dari ali sabki
Masa: February 18, 2008 pada 10:44 am
berat tak berat… cuma beberapa mb je…
lagipun software ni senang nak di install.
memang bagus…
lagipun ada yang versi portable.
Komen dari zaki blogjer
Masa: February 18, 2008 pada 11:44 am
mcm best je, aku sblm ni guna Google Doc, pastu copy and paste dia punya HTML code ke wordpress editor.
Bleh try ni, timekasih
Pingback dari Soleh.Net » Dalam kesibukan, kuturutkan jua…
Masa: February 19, 2008 pada 1:34 am
[...] Muhammad Khairul; [...]
Komen dari shandye
Masa: April 25, 2008 pada 5:53 pm
software nie boleh guna dengan blogspot tak? macam best je… tapi takut jugak nk install takut my laptop cabuk nie crash plak… huhu…
shandyes last blog post..the long-distance phone call that i wished to be cut short…
April 25th, 2008 at 6:02 pm
@shandye: um boleh je. aku pun guna live writer gak untuk blogspot aku
Pingback dari Windows Live Writer Telah Dipertingkatkan | SembangKomputer.com
Masa: June 4, 2008 pada 8:00 am
[...] Windows Live Writer kini telah dipertingkatkan lagi, dan boleh didapati di Writer Zone. Beberapa fungsi-fungsi baru telah dimasukkan, terutamanya dari segi pengurusan imej. Antaranya ialah: [...]
Komen dari zizan
Masa: September 15, 2008 pada 2:29 pm
camne nak pastikan draf tu dah publish kt wordpress kite??
September 16th, 2008 at 11:47 am
@zizan: pergi kat bahagian admin Wordpress. tengok kat Manage > Post. Pos kita tadi akan diletak samada dalam kategori Draft atau Published.
Komen dari Uncle G
Masa: October 10, 2008 pada 12:31 am
ermmm…. tengah mencari prog macam nie tok ubuntu.. ada cadangan?
October 10th, 2008 at 6:42 am
@Uncle G: memang tak banyak blog editor untuk Linux. nasib baik ada yang cross platform macam ScribeFire (Firefox add-on), Flock, dan Bleezer
February 17th, 2008 at 4:13 pm
KNizam » um, kena install Live Writer tu la ^^
memang cool!