Joomla tanpa sebarang extension adalah sebuah CMS yang boleh digunakan untuk menguruskan artikel-artikel yang anda tulis, sama seperti sebuah blog. Bezanya adalah Joomla memberikan lebih banyak kebebasan kepada cara artikel-artikel tersebut disusun dan dipaparkan.
Untuk memahami Joomla, dua perkara paling asas yang perlu anda tahu adalah content (kandungan) dan menu.
Content (seperti artikel, katalog, sitemap, dan sebagainya) adalah perkara paling penting bagi sebuah laman web. Menu pula digunakan untuk memaparkan content ini pada laman web anda.
Kali ini kita akan menggunakan Joomla untuk membuat sebuah blog yang ringkas supaya anda akan mendapat gambaran sedikit sebanyak tentang bagaimana Joomla berfungsi.
Isikan muka hadapan dengan artikel
1. Pada bahagian admin, pergi ke Content > Article Manager > Add New Article. Tulis dua tiga artikel untuk dijadikan kandungan buat laman web anda.
2. Tekan butang “Featured” pada artikel-artikel tadi.
3. Buka muka hadapan laman web anda, dan anda akan lihat kesemua artikel tadi telah dipaparkan!
Bagaimana artikel-artikel tadi boleh dipaparkan di muka hadapan? Ini kerana ianya telah sedia ditetapkan kepada menu Home.
Jika anda pergi Menus > Main Menu, anda dapat lihat yang Home adalah halaman yang default (kerana ia ada lambang bintang). Home ini pula telah ditetapkan kepada “Articles ยป Featured Articles”, sebab itulah kesemua artikel yang anda Featured-kan muncul di muka hadapan secara automatik.
Buat satu kategori baru dan isikan dengan artikel
1. Untuk menguji lagi fungsi menu dan content ini, buat satu kategori baru yang dinamakan “Windows”. Kemudian tulis beberapa artikel dalam kategori tersebut.
2. Pergi ke Menus > Main Menu > Add New Menu Item.
3. Namakan menu baru ini sebagai Windows. Tetapkan “Menu Item Type” kepada “Category Blog”, dengan Windows sebagai kategori yang dipilih.
4. Pergi ke laman web anda dan anda dapat lihat menu baru telah dipaparkan. Klik menu tersebut dan semua artikel di bawah kategori “Windows” akan disenaraikan.
Anda boleh teruskan bereksperimen dengan membuat lebih banyak menu, dan juga memilih “Menu Item Type” yang berbeza-beza untuk memahami bagaimana Menu dan Content berfungsi.
Pada entri yang akan datang saya akan berkongsi bagaimana untuk membina sebuah blog yang cantik dan kemas menggunakan Joomla, sama seperti apa yang anda lihat pada WordPress. Kemudian kita akan tambahkan lagi fungsi laman web anda dengan memasang forum, social network dan sebagainya. Selamat mencuba!









Hm.. mungkin sudah tiba masanya untuk mula explore Joomla dengan lebih mendalam..
xsabar nak menunggu post berkenaan joomla akan datang…
MK….boley ker kiter transfer artikel yg ader di blogspot ke joomla nie??? maaf bertanya saya baru belajar nak buat blog yg menarik…..thanx MK
Tutorial Untuk buat theme joomla takde ke?
cara wt joomla???
Thanks atas info bermanfaat ini. Saya kebetulan masih bereksperimen menemukan aplikasi PHP yang paling cocok untuk digunakan sebuah situs berkonsep situs berita komunitas. Info ini sangat menarik untuk dieksplorasi :)