TeamViewer “Alamak, PC aku masalah lagi!”, kata Sakinah. Kan bagus kalau waktu macam ni boleh minta Si Amar tu untuk repair PC kan? Tapi malangnya Amar duduk 10 batu jauhnya dari sini, dan mustahil kalau nak panggil dia datang sekarang.

Tak jadi masalah sebenarnya untuk Amar membantu Sakinah, asalkan kedua-duanya mempunyai sambungan Internet. Amar boleh akses dan kawal PC Sakinah secara online menggunakan software seperti TeamViewer. Software ini haruslah dipasang pada kedua-dua buah komputer. Berikut saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk menggunakan TeamViewer ini. Andaikan bahawa PC yang bermasalah adalah PC Sakinah, dan PC Amar akan digunakan untuk mengawalnya:

  1. Download dan lancarkan TeamViewer pada kedua-dua PC.
  2. Sakinah akan diberi nombor lapan digit berserta password.
    TeamViewer
  3. Masukkan nombor dan password tersebut pada PC Amar dan klik pada butang “Connect to partner” 
    TeamViewer
  4. Kini Amar dah boleh lihat dan kawal PC Sakinah. Setelah selesai, hanya tutup sahaja TeamViewer ini untuk menamatkan sesi.

Antara keistimewaan lain pada software ini adalah korang boleh gunakannya untuk bertukar-tukar fail, chat, dan banyak lagi. Kalau tak install software ni pun takpe, ia boleh terus digunakan. Ingat, pakai TeamViewer ni untuk tolong tengokkan komputer kawan, bukan untuk ceroboh dan selongkar komputer orang lain oke ^^

Dapatkan TeamViewer di sini.

[Dari Raymond.CC]

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

20 Responses


  1. syuxx on 28 Jun 2008

    wahh, bgs nya sofware ni.
    huhu. maybe boleh expand ke sesuatu yg best lagi in the future.
    huhu

  2. ImamKhalid on 30 Jun 2008

    Ooo konsep dia sama macam remote desktop dalam sesebuah LAN kan? Cuma software ni dapat akses WAN, cam tu ker?

    P/s: Ni ada kawan kita mintak tolong ni. Ko boleh tolong tak? Soalan dia:

    ain dah cuba kill flash tu.. tapi xleh la… nape eh? sebab ainnye vista ke? dahh cuba macam2 cara… sampai la ni… masih x leh…

    Sumber: Komen di Soleh.Net » Cara Remove Virus Jamban.

    Tolong ek? ;)

    ImamKhalids last blog post..Q10 jimatkan masa aku!

    • MK on 01 Jul 2008

      @ImamKhalid: JambanMu eh.. da lame da tak tgk pasai virus ni.. nanti ada masa aku cari solution dia

  3. angah on 09 Jul 2008

    software ni x mgganggu apa2 program ker???

    • MK on 09 Jul 2008

      @angah: takpun. cuma ia bergantung pada kelajuan Internet. kalau Internet lambat, susah sket la nak kawal PC lagi satu tu

  4. asx on 10 Jul 2008

    Rasanya logmein.com lagi seronok . Kalau macam nih , kau hanya dapat control pc orang bila dua-dua ada program ni . Tapi kalau logmein.com , cuma perlu log ke site dia dan akses pc tersebut . Program hanya perlu install pada pc yang hendak di control . btw , teamviewer tak support mac .

    asxs last blog post..Agregator Berita dari Negaraku.net .

    • MK on 10 Jul 2008

      @asx: um, pernah dengar gak logmein ni, tak pernah cuba lagi..

    • sasake on 25 Jul 2008

      Tak jugak, tak perlu install kat PC yang nak dicontrol,sebab mereka beri 2 options, “install” or “run”, so kita cuma pilih “run” untuk control PC yg nak dicontrol jerr…

  5. wan on 21 Jul 2008

    mcm mn klu kita nak kwal pc lain tanpa pakai team viewer?contoh 1 monitor 2cpu…sementara tggu 1cpu sedang running,pada masa yg sama kita boleh guna cpu yg 1 lgi..

  6. mat on 09 Sep 2008

    Jika niat remote user baik, no problem. Tapi kena beringat. Apabila port (pintu) komputer anda terbuka, bukan remote user saja yang masuk. Mungkin hacker masuk lebih awal. Biasanya, kerosakan pada PC boleh dibaiki sendiri oleh user. Kalau peripheral yang rosak, beli yang baru. Kalau Sistem Operasi berlagak pelik, update saja atau uninstall program yang bermasalah itu. Kemudian, reinstall dan update (pastikan antivirus dineutralkan kerana boleh mengganggu installation).
    Jika nak tau anda “selamat” online, buat port scan. Jika berwarna hijau kira okay. Nak lagi selamat, aktifkan NAT, Firewall dan MAC filter pada router atau modem. Kira dah selamat walaupun tak 100% kerana sekarang banyak utiliti yang boleh memecahkan bilik kebal komputer anda. Tapi hacker tentunya tak berminat nak menceroboh melainkan diberi peluang. Betulkan…….

  7. Constantin on 12 Sep 2008

    Thanks for this post from the TeamViewer team in Germany. We really appreciate it!

    If you need any further information about TeamViewer please contact me. Here´s our feed: http://feeds.teamviewer.com/company/newsfeed.aspx for further news about TeamViewer.

    All the best,
    Constantin

    • MK on 13 Sep 2008

      @Constantin:
      Thanks for the great app! ^_^

  8. zamri on 18 Sep 2008

    Dah test dah software ni….best gak…Thanks!!!!

  9. kmal_kedah on 05 Oct 2008

    best software nie tp kena accept kat komputer len dlu n kena masuk password….:(

    • MK on 09 Oct 2008

      @kmal_kedah: mesti la kena accept dulu kat komputer len, kalau tak orang guna untuk hack pulak ^^

  10. azmira on 07 Apr 2009

    sangat baguss

  11. hamdi on 29 Apr 2009

    cam ne nk gune ??

    ajar sayee ..

    saye try buat tapi x dpt step yg fist ..

    ajr sye .. hamdiramlee_sai_zai0@yahoo.com

    tolong bagi tunjuk ajr..

  12. pemudaimpian on 26 Jun 2009

    ade x sftware yang best2?

  13. sharo on 09 Dec 2009

    software ni kalau dalam network tak boleh ke guna???

    • MK on 11 Dec 2009

      @sharo: Software ni bertujuan untuk digunakan pada sambungan Internet. Kalau dalam network, banyak je software yang khas untuk remote desktop ni :)


Leave your comment