Password manager adalah sejenis software yang berfungsi untuk menyimpan username dan password bagi akaun-akaun Internet anda. Seperti yang telah saya tulis sebelum ini, anda dinasihatkan supaya menggunakan password yang berlainan pada setiap akaun bagi tujuan sekuriti.

KeePass adalah sebuah password manager yang popular kerana ia boleh digunakan pada Windows, Linux, dan OS X. Seperti password manager yang lain, KeePass mempunyai fungsi untuk menyimpan username dan password, mencadangkan password, membuka URL, dan banyak lagi.

KeePass

Install KeePass dan pilih “New Database…” untuk membuat satu database yang baru bagi kesemua akaun-akaun anda. Kemudian, masukkan username serta password satu-persatu dengan memilih “Add New Entry…”. Pastikan anda save database setelah memasukkan maklumat-maklumat tersebut.

Sekiranya anda selalu menggunakan Internet pada komputer atau OS yang berlainan, saya cadangkan supaya anda install Dropbox dan simpan database tersebut di dalam folder Dropbox. Dengan ini, sebarang perubahan pada database akan sentiasa synchronize (diselaraskan) pada semua komputer atau OS yang anda gunakan.

Download KeePass untuk Windows, dan KeePassX untk Linux dan OS X.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , ,

19 Responses


  1. samanosuke_04 on 23 Dec 2009

    hehe, memang patut rr ader keepass nie kalo nak secure.. kalo aku, semua password sama jer… haha!

    • MK on 23 Dec 2009

      @samanosuke_04: Huhu bahaya tu. Kalau satu password kantoi, semua akaun pun kantoi :P

  2. CypherHackz on 23 Dec 2009

    Macam aku, prefer menggunakan RoboForm untuk simpan username dan password login website. Sebab dia lagi mudah dan direct detect website apa yang kita buka. Lagi menarik sebab dia dapat fill-in kan form yang ada dengan username dan password. Lepas tu, Roboform akan terus submit login ke website yang kita pilih.

  3. chokilala on 24 Dec 2009

    thank you MK. nanti aku nak cuba tengok benda ni. password aku pun, banyak yang sama ikut kategori. hoho. tapi lately password maybank2u aku dah 3 kali kena ubah, sebab salah login. mana boleh xsalah, setiap kali salah login, kena call untuk reset & tukar password. hehe

    • MK on 24 Dec 2009

      @chokilala: Haha, rupa-rupanya bukan aku sorang je yang pesen call Maybank2u selalu, sebab lupa password xD

  4. OAP on 25 Dec 2009

    bleh aku try nih…

  5. sawie on 28 Dec 2009

    bro…nak tumpang tanye sket ar…mcmne aku nk tau microsoft office yg aku pkai ori ke pirate???….xkira la 2003 or 2007…plz2…

  6. mohdisa on 02 Jan 2010

    satu perkongsian yang menarik, aku dah lama nak install benda ni. tp asyik lupa jerk. hehe

    • MK on 04 Jan 2010

      Sila la install :P

  7. mohdisa on 03 Jan 2010

    salam bro, aku dah install keepass ni. dah test letak entri. cam mana nak lihat pass yg kita simpan tu?

    • MK on 04 Jan 2010

      Kalau nak tengok balik, edit la password tu. Tapi kalau setakat nak isi kat laman web, boleh copy paste terus, takyah tengok pun takpe.

  8. paeh on 08 Jan 2010

    aku selalu pakai password coral data je…

  9. dr.aku.la on 16 Jan 2010

    tools yang baik bagi mereka yang selalu lupe password macam aku ni.
    da la byk bercampur aduk akhirnya lupe.
    terimas! :)

    • MK on 20 Jan 2010

      Sememangnya kita insan yang pelupa… haha. Sama2 :)


Tinggalkan komen anda