Jika fungsi Automatic Update pada WordPress anda tidak berfungsi, biasanya ia terjadi kerana anda tidak menggunakan PHP5. Tetapan ini boleh ditukar dengan mudah pada fail .htaccess. Namun jika ia masih tidak berjaya, anda juga boleh mengemaskini WordPress anda secara manual.
Sebelum mengemaskini, pastikan anda telah membuat salinan terhadap pengkalan data anda terlebih dahulu, serta matikan segala plugin yang terpasang. Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Gunakan perisian FTP seperti FileZilla untuk operasi ini. Masukkan maklumat mengenai domain dan tekan butang QuickConnect.
2. Dapatkan fail WordPress yang terkini dan extract fail zip tersebut.
3. Buang folder wp-includes dan wp-admin yang berada pada pelayan anda, dan muat naik folder wp-includes dan wp-admin yang baru.
4. Buka folder wp-content pada pelayan, dan muat naik segala fail daripada folder wp-content yang baru (overwrite fail lama). Berbeza daripada langkah 3 tadi, anda tidak perlu membuang keseluruhan folder wp-content untuk langkah ini.
5. Muat naik kesemua fail-fail lain yang berada dalam folder utama WordPress ke dalam folder WordPress utama pada pelayan anda.
Itu sahaja! Jika semuanya berjalan lancar, bahagian admin pada WordPress anda memaparkan mesej yang proses naik taraf sudah berjaya. Selamat mencuba!
terima kasih berkongsi maklumat :)