SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Skip to: Content | Sidebar | Footer

Kenapa Perlu Update Antivirus?

5 March, 2008 (15:12) | Istilah Komputer, Virus/Malware | Oleh: MK

Di sini saya ingin menjawab beberapa persoalan lazim yang sering diajukan berkaitan dengan antivirus. Diharap penerangan saya ini dapat memudahkan kefahaman semua. Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan untuk tinggalkan komen ^^

Apakah itu update?

Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.

Antivirus [masukkan nama antivirus di sini] kena update tak?

Ya. Semua jenis antivirus pun perlu update dari masa ke semasa.

Kenapa perlu update antivirus?

Setiap hari, satu jenis virus akan dihasilkan. Bagi melindungi komputer anda daripadanya, antivirus haruslah terlebih dahulu mengenali virus tersebut. Sebab itulah antivirus perlu update selalu, agar ia mengenali virus-virus terbaru.

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Kata antivirus, tak kenal macam mana aku nak detect virus.

Perlukah saya update antivirus setiap hari?

Tidak semestinya. Bagi sesetengah orang, untuk update antivirus setiap hari adalah melecehkan, lebih-lebih lagi jika komputer anda tidak mempunyai sambungan Internet. Cadangan saya, update antivirus anda sekurang-kurangya sebulan sekali.

Kalau antivirus saya out-of-date, dah tak boleh guna dah ke?

Antivirus anda masih boleh digunakan walaupun ianya out-of-date. Cuma ia tidak akan dapat mengesan sekiranya terdapat virus-virus baru, itu sahaja.

Bagaimana nak update antivirus?

Jika komputer anda mempunyai sambungan Internet, proses update akan dilakukan secara automatik. Jika tidak, anda boleh download update bagi antivirus di cyber cafe, kemudian letakkan pada komputer anda secara manual. Ikuti langkah-langkah ini untuk update antivirus secara manual bagi Avira, AVGFree, dan Avast .

Popularity: 38% [?]

Entri berkaitan

Komen

Komen dari ecahkoop
Masa: March 5, 2008 pada 3:32 pm

hmm….byk2 antivirus la kan…mne satu yg pling best???

ecahkoop’s last blog post..aku kne tag lagi: 5 lmn web yg aku suke pulok!!!!

[Balas komen ini]

MK Membalas:

hmmm.. antara antivirus yang free, paling best sekali adalah Avira.. pastu Avast, pastu AVGFree.

kalau AV commercial, paling best adalah Eset NOD32.. tapi kalau nak yang senang guna sket amik Kaspersky…

marilah bersama perangi cetak rompak.. ha3

khai Membalas:

rank no 1 dan 2 adalah bitdefender dan kaspersky kan? mmg ianya tak percuma, tapi bukan ke kita mampu jadikan ianya percuma… harharhar..

khai’s last blog post..Gila Wayangkah Diriku?

Komen dari so’od
Masa: March 5, 2008 pada 4:30 pm

avast mmg bagus.. hari2 apdetkan diri sdiri.. hoho..

so’od’s last blog post..Siapa Penyekodeng Bersiri, Angkat Tangan!

[Balas komen ini]

Komen dari so’od
Masa: March 5, 2008 pada 4:32 pm

erk incik MK.. kadar kerabunan sy semakin meningkat.. tolong!
oh sila jgn procrastinate!
ehehe..

so’od’s last blog post..Siapa Penyekodeng Bersiri, Angkat Tangan!

[Balas komen ini]

MK Membalas:

so’od »
erk, baekkkk
hari ni kat pejabat mouse rosak, jadi amatlah susah untuk saya mengedit dan mengudut fail css ittew…
huhu
okeh2 balik asrama sat g aku buat! huhh!

Komen dari ecahkoop
Masa: March 5, 2008 pada 5:19 pm

huhu!! kne pki kanta pembesar ni…kwang3x!! alamak…sy pki yg pirate punye daa…hehe!!

ecahkoop’s last blog post..ape dah jadi??

[Balas komen ini]

Komen dari akusape
Masa: March 5, 2008 pada 5:43 pm

Kaspersky antivirus yang bagus dan berbayar kalo free aku pilih antivirus Avira.

akusape’s last blog post..Gambar Korang Jadi Cover Magazine…

[Balas komen ini]

MK Membalas:

pilihan yang bagus.. bijak2

Komen dari iziana
Masa: March 5, 2008 pada 6:20 pm

saya suke avast
cuma avast agak berat + bising la bunyi dia
hahahaha
ram laptop sy cuma 512
skg pkai kaspersky
once in a while sy scan dgn nod32 portable version for 2nd opinion
yelah, tak elok kn install 2 av dlm satu pc@laptop
so far ok jer
tp biasalah, takde av yg perfect

[Balas komen ini]

so'od Membalas:

sgt stuju dgn iziana pasal avast berat + bising.. kdg2 sampai mentensenkan diri lebih2 lg waktu sdg khusyuk membuat kerja..

MK - aku penah try gak nanoscan/totalscan yg ko paparkan aritu.. rasanya ok gak..

so’od’s last blog post..Siapa Penyekodeng Bersiri, Angkat Tangan!

MK Membalas:

avast bunyi siren
kaspersky bunti kuda tercekik
avira bunyi beep

suma pun bising.. huhu

sood: um, ok la sebab pantas. tapi kalau nak online scanner, nod32 pun bagus gak

Komen dari Azhar Ahmad
Masa: March 5, 2008 pada 6:52 pm

Kamu tahu saya tergelak baca entri ni. Kenapa? Ini dia…

Apakah itu update?

Update dalam Bahasa Melayu bererti kemaskini.

Hahhaha, memang sakit perut saya baca….

Azhar Ahmad’s last blog post..Ketot Seketot Ketotnya

[Balas komen ini]

MK Membalas:

ya.. SembangKomputer.Com bukan sahaja berinformasi, malah menghiburkan. hu3

Komen dari azwanhadzree
Masa: March 5, 2008 pada 11:11 pm

update satu hal, meletakkan bermacam antivirus dlm satu kompeter pun satu hal jugak kan. anyway, berdasarkan pengalaman, set kan daily auto update dan hanya install satu sahaja anti virus dlm satu pc.

azwanhadzree’s last blog post..Iron Man, Movie Trailer & The New Avengers

[Balas komen ini]

MK Membalas:

erk, betul2. ada gak orang pesen pakai 2 - 3 antivirus skali neh, tak elok wat camtu, bukan tambah sekuriti pun

Komen dari KNizam
Masa: March 5, 2008 pada 11:50 pm

saya pakai trend micro corporate edition. so far ok jer :)

KNizam’s last blog post..Giler Cool Video Clip Neh. Muka Sempoi Giler. Haha :)

[Balas komen ini]

Komen dari Eriyza
Masa: March 6, 2008 pada 10:16 am

Incik SK, letak laaa link tuk
donlod perisiannya sekali. Kaspersky
pree tanpa tol satu. Hehehe!!! :)

Eriyza’s last blog post..Permainan Online III

[Balas komen ini]

MK Membalas:

Eriyza »
Kasperky free ek.. mane nak cari.. huhu

Komen dari ecahkoop
Masa: March 6, 2008 pada 8:34 pm

kaspersky free tu maknenye pirate le…huhu!!

ecahkoop’s last blog post..ape dah jadi??

[Balas komen ini]

MK Membalas:

oh tidak.. MK tidak akan menyokong software pirate..
walaupun Windows pakai yang pirate lagi… huhu

Komen dari so’od
Masa: March 6, 2008 pada 11:12 pm

akhirnya!
layout ni lebih baik.. komen pun otomatik jd besar.. hehe..

so’od’s last blog post..Cerita-Ceriti - Revisited

[Balas komen ini]

MK Membalas:

ehehe.. aku dah penin cari setting mane untuk besarkan teks komen dalam css die

tak jumpe2, alih2 tukar theme terus

so'od Membalas:

betul2! aku pun ada masalah dgn tukar setting threaded comments ni.. budak baru blaja la katakan.. last2 tukar theme je.. hoho..
apa2 pun, ko dah x procrastinate.. bagus2!
siapkan keje cpt2!

so’od’s last blog post..Cerita-Ceriti - Revisited

MK Membalas:

hehe.. gomen nasai.. patik mmg selalu procrastinate..

Komen dari Herumi-san
Masa: March 7, 2008 pada 10:06 am

Semekum Suma.. espeseli MK
waa…. korang suma sempoi2… memandangkan ni komen first aku, SALAM PERKENALAN….
pasni aku akan lebih giat lagi bg komen2..

tp kan, bg aku firewall pun penting gak kan tuk sekuriti dalam pc selen dr av ni.. aku suke lar ngan Zone Alarm..
maap la kalo terlari tajuk..
k tata..

[Balas komen ini]

MK Membalas:

Herumi-san »
w’salam..
tema kaseh banyak2.. datangler slalu..

um takpe, setiap cadangan adalah dialu-alukan.. tak kesah ler nak letak kot mane pon..
tengkiu2

Komen dari Syahid A.
Masa: March 7, 2008 pada 6:10 pm

Aku guna Avast. Tak berat kalau korang onkan service yg perlu sahaja. Aku cadangkan SK buat post pasal firewall pulak lepas ni.

[Balas komen ini]

MK Membalas:

Syahid A. »
um, will do. tunggu ye ^^

Komen dari syarif
Masa: April 15, 2008 pada 9:42 pm

sejak dari dulu lagi aku gunakan kaspersky and antivirus nie boleh dipercayai.

Kalau korang pakai bitdefender, komputer ko leh jadi lambat.
biasanya syarikat2 jer pakai.

syarif’s last blog post..VIRUS KILLER TECHNIQUE

[Balas komen ini]

Komen dari fikri
Masa: June 10, 2008 pada 1:53 pm

mcm mana nak update antivirus kaspersky cara manual??

[Balas komen ini]

Muhammad Khairul Membalas:

@fikri: cuba awak lihat kat sini

Komen dari ron
Masa: August 31, 2008 pada 1:09 am

Pd pndapat korang graphic card antara NVIDIA n RADEON yg mne lbih bgus..

[Balas komen ini]

Komen dari Dekan
Masa: September 9, 2008 pada 10:34 pm

F-Secure baru release versi 2009, http://campaigns.f-secure.com/wellbeing/index.html

Hehe. Download trial untuk satu bulan. Memang betulla die ni. Satu bulan jak. Isk2..

[Balas komen ini]

Berikan komen