Arkib

Anda mempunyai berpuluh-puluh laman web dan blog yang harus dikunjungi setiap hari. Namun tak semua dari kita mempunyai masa untuk membuka laman web dan blog itu satu persatu. Masa itu emas.

Namun, kini ada satu teknologi yang dipanggil RSS (Real Simple Syndication). Ia membantu kita membaca blog dan laman web tersebut dengan jauh lebih pantas. Segala berita dan informasi terkini boleh dicerna dengan cepat.

Bagaimanakah RSS boleh membantu saya untuk membaca dengan lebih pantas?

  • RSS akan mendapatkan kandungan terbaru dari laman web dan blog kegemaran anda. Hanya kandungan sahaja yang akan dipaparkan, bererti anda tak perlu lagi tunggu laman web tu load dengan segala macam grafik dan iklan di dalamnya.
  • rss04
  • (klik pada imej untuk besarkan)
  • Dengan RSS, anda boleh tinggalkan entri yang kurang menarik, dan teruskan pembacaan dengan entri yang menambat hati anda. Semua ini dapat dilakukan dengan mudah.
  • Kebanyakan software RSS boleh memaparkan berpuluh-puluh laman web sekaligus. Jangan buang masa anda untuk buka laman web/blog ini satu demi satu.

Elakkan dari terlepas entri-entri baru

Katakan anda sibuk sehingga tak dapat melayari laman web kegemaran anda dalam seminggu. RSS akan menyimpan semua entri-entri yang baru ini, agar anda boleh membaca kesemuanya bila anda kembali online.

Bagaimanakah cara hendak menggunakan RSS?

Jika anda sudah berjumpa dengan laman web atau blog kegemaran anda, terdapat dua cara untuk melanggan RSS

Melalui emel. Perhatikan kotak ini:

rss

Masukkan emel anda ke dalam kotak, dan tekan butang subscribe. RSS akan dihantar kepada emel anda.

Melalui software/Internet. Perhatikan logo ini:rss

Klik pada logo tersebut dan anda boleh memilih software kegemaran anda untuk melanggan RSS. Saya sendiri gemar menggunakan Google Reader untuk tujuan ini.

rss

Apakah software atau perkhidmatan web yang bagus untuk melanggan RSS?

Antara software yang boleh didapati adalah seperti FeedDemon, RSSOwl, dan NewsGator. Bagi perkhidmatan web pula, pilihan yang baik adalah Google Reader. Jangan lupa mengikuti reviu tentang Google Reader pada masa akan datang ya ^^

Entri berkaitan:

Tags: ,


18 Komen untuk entri ini.

  1. Komen oleh iziana · 04/03/2008 · 12:59 PM

    pasni buleh sy rss blog kamu :P
    tak payah masuk lg
    hehehe

    mungkin sy patot cuba
    pasal intrnt sy lembap
    tp klu nk komen still kena masuk website tu gak kn?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/03/2008 pada 1:28 PM

    iziana »
    kalau internet kamu lembap
    mungkin lebih baik kamu pakai RSSOwl

    tapi ye la, nak komen kena masuk website asal gak ^^

    Balas komen ini

  2. Komen oleh Ixora · 04/03/2008 · 3:37 PM

    Oh, baru saya faham apakebenda RSS tu! haha..

    err,bila tukar themes? (nmpk sgt jarang masuk sini) hee =p

    Ixora’s last blog post..No motive!

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/03/2008 pada 4:55 PM

    Ixora »
    yes! misi saya untuk menerangkan RSS dengan mudah tercapai jua. huhu

    Balas komen ini

  3. Komen oleh Syahid A. · 04/03/2008 · 4:48 PM

    Satu penerangan padat mengenai RSS. Tapi mengapa comment fonts untuk theme baru ni kecil sangat?

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/03/2008 pada 4:58 PM

    Syahid A. »
    hmm. ok2 nanti saya besarkan fonts tu (dari semalam lagi kata nak besarkan, huhu)

    Balas komen ini

  4. Komen oleh so'od · 04/03/2008 · 6:37 PM

    hmm. ok2 nanti aku subscribe RSS tu (dari dulu lagi kata nak subscribe, huhu)

    p/s taula kecik.. jgnla sampai font pun kecik.. ekeke..

    so’od’s last blog post..Satu Yang Bermula

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    04/03/2008 pada 7:13 PM

    so’od »
    erk, ok2.. orang kata blog itu melambangkan diri sendiri, sebab tu la kecik
    ye ye aku tukar ni… huhu

    Balas komen ini

  5. Komen oleh Azhar Ahmad · 05/03/2008 · 2:09 AM

    Hummm yang tak bestnya, takleh nak komen….

    Azhar Ahmad’s last blog post..Pagar Garam

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    05/03/2008 pada 9:03 AM

    Azhar Ahmad »
    bro azhar guna google reader kan, atas handset lagi tu.. huhu
    um, maybe ada cara nak balas komen melalui rss ni, t saya carik

    Balas komen ini

  6. Pingback oleh Baca Langganan RSS Dengan Google Reader | SembangKomputer.Com · 07/03/2008 · 9:19 AM

    [...] Reader adalah satu perkhidmatan langganan RSS yang disediakan oleh Google. Ia berfungsi untuk mendapatkan pos-pos terbaru dari laman web dan blog [...]

  7. Komen oleh alin · 04/04/2008 · 11:50 PM

    aha….aku mula tahu…rss,tapi belum mahir lagi..beri tunjuk ajar

    Balas komen ini

  8. Pingback oleh FeedDemon - Buka Link Dalam Web Browser Anda | SembangKomputer.com · 18/05/2008 · 10:14 AM

    [...] merupakan software pilihan saya untuk membaca RSS. Namun, apabila saya klik pada satu-satu link dalam FeedDemon, ia akan cuba memaparkan laman web [...]

  9. Pingback oleh Blog Update Mid July 08 | Noktah Hitam · 18/07/2008 · 4:45 AM

    [...] Another question, HOW FAST IS NH LOADING? 5 secs, 30 secs, less than a minute, forever? Please let me know in the commenting area. Your help is very much appreciated. ps: Oh yeah, I’m no longer single desperate   pss: If you have no idea what is a Feed, read this in simple Malay   [...]

  10. Komen oleh rodiah · 12/01/2009 · 3:27 PM

    akum…bro sy bru bljr wat blog…mcm mn klu sy nk msukkn rss dlm blog sy.blh explain step2 dia x?ke ada software kena install dulu.help me smbdy….tq very2 much.hope sgt ada org leh tlg tunjuk ajr

    Balas komen ini

    Komen dari MK
    13/01/2009 pada 9:52 PM

    @rodiah biasanya blog dah tersedia dengan fungsi RSS. Untuk maklumat lanjut, cuba pergi ke FeedBurner.

    Balas komen ini

  11. Pingback oleh FeedDemon: Pembaca RSS Terbaik Untuk Windows | Sembang Komputer · 07/02/2009 · 3:31 PM

    [...] adalah sebuah pembaca RSS untuk Windows, yang membolehkan anda mendapatkan entri-entri terkini dari ratusan blog kegemaran [...]

  12. Pingback oleh Penulis Blog, Gunakan Full Feed. Jangan Buatkan Pembaca Anda Lari! | Sembang Komputer · 07/02/2009 · 4:55 PM

    [...] sesetengah penulis blog tidak menetapkan supaya suapan RSS ini memaparkan keseluruhan entri. Ini menyebabkan pelanggan RSS hanya dapat membaca separuh sahaja [...]

Tinggalkan komen *Bahagian yang bertanda (*) wajib diisi.