3 laman web untuk download software

Dengan sambungan Internet yang makin pantas sekarang, saya sudah jarang membawa USB drive ke hulu-hilir untuk menyimpan software. Maklumlah kan, daripada zaman kolej sampailah zaman bekerja berjanggut ni, sayalah tech support buat sahabat-handai saya.

Kini apabila diberi komputer baru, saya akan lancarkan pelayar web sahaja untuk download software penting. Berikut saya senaraikan tiga laman web yang paling kerap saya kunjungi untuk tujuan ini:

FileHippo.com

Berbeza daripada laman lain yang cuba menawarkan seberapa banyak software yang boleh; FileHippo.com hanya menyediakan sedikit sahaja, tetapi yang paling berkualiti. Biasanya saya ke sini untuk mendapatkan software paling asas yang diperlukan Windows seperti Adobe Reader, antivirus, dan codec.

Rekabentuk laman web FileHippo.com juga sangat kemas dan teratur, memudahkan saya mendapatkan apa yang saya cari. FileHippo.com hanyalah untuk Windows sahaja.

alternativeTo

Konsep alternativeTo adalah sangat unik. Saya ke sini untuk mencari jika ada software yang lebih baik dari yang saya gunakan sekarang. Contohnya sekarang saya menggunakan FastSone Capture, jadi saya ingin tahu jika ada sofware untuk screenshot yang lebih baik.

Pengguna boleh mengundi software kegemaran mereka, jadi anda boleh tahu software mana yang lebih popular, di mana, biasanya ia juga lebih bagus.

Softpedia

Softpedia menawarkan pilihan software yang paling meluas, saya selalu gunakannya untuk meneroka dan mencuba software baru.

Berbanding dengan laman web download yang lain (seperti Download.com atau Major Geeks), saya paling menyukai Softpedia kerana pilihan yang banyak, antaramuka yang memudahkan anda menapis kategori, serta server yang pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>