LIMBO – Dunia platformer yang serba kelam

LIMBO adalah sebuah game jenis platformer dan adventure yang membawa anda ke dalam dunia yang  serba kelam. Tiada penjelasan tentang jalan cerita diberikan  apabila anda mula bermain LIMBO, anda perlu meneroka sendiri bagaimana untuk pergi ke tahap yang seterusnya.

limbo-02

Dalam LIMBO anda harus mencari jalan bagaimana untuk melepasi sesebuah halangan. Ketahui bagaimana alatan di persekitaran anda berfungsi, dan gunakannya. LIMBO juga adalah berasaskan fizik, jadi gunakan ia untuk kelebihan anda.

limbo-03

Keistimewaan pada game adventure seperti ini adalah ia sangat mudah dimainkan oleh sesiapa sahaja. Tak perlu faham teknik atau undang-undang yang kompleks, selagi anda tahu guna anak panah dan kekunci Ctrl kat keyboard tu, cukuplah.

(Walaupun saya cakap ‘sesiapa sahaja’, saya rasa game ni tak sesuai dengan budak-budak, sebab ada adengan putus kepala kalau tersilap masuk perangkap, haha.)

Sebenarnya terdapat banyak game seperti ini dibina oleh para pembangun game indie, namun LIMBO berjaya merangkul lebih perhatian kerana gaya visualnya yang unik. Dunia LIMBO hanyalah hitam putih, dengan efek yang membuatkan seperti anda sedang menonton filem lama.

LIMBO boleh didapatkan di Steam dengan harga US$10 (RM 30).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>