dogTugas mencari fail dalam Windows adalah sesuatu yang paling saya cuba elakkan. Ini kerana fungsi Search (Win + F) yang tersedia dalam Windows sangat lembab dan menjengkelkan (saya benci anjing tu >_<). Namun, ternyata bahawa fungsi ini sangat diperlukan, lebih-lebih lagi apabila saya terlupa di mana letaknya satu-satu fail.

Bagi menggantikan fungsi Search dalam Windows ini, saya gunakan Locate32. Apabila anda mula menaip nama fail, Locate32 akan terus memaparkan hasil carian. Ianya terbukti sangat pantas dalam mencari fail.

Locate32 juga boleh digunakan sebagai jalan pintas untuk membuka dokumen anda. Katakan anda ada sebuah fail Word yang terletak di dalam folder “C:\Documents and Settings\My Documents\Semester 5\Akaun\Nota Akaun.doc”, alangkah lecehnya jika anda terpaksa buka folder tersebut satu-persatu. Pada Locate32, hanya taip “Nota Akaun” dan tetapkan extension pada “.doc”, dan dalam sekelip mata anda boleh buka dail Word tersebut.

locate32

Locate32 berfungsi dengan menyimpan database tentang semua fail-fail di dalam komputer anda. Proses kemaskini database ini sangat pantas dan mudah. Anda boleh tetapkan supaya Locate32 mengemaskini database secara automatik, misalnya setiap hari.

Cadangan saya, tetapkan Locate32 kepada satu shortcut key, dan lupakan fungsi Search pada Windows. Satu lagi, anda juga mungkin nak lupakan fungsi Explorer ^^

[Dari gHacks]

Related Posts with Thumbnails

Tags: ,

4 Responses


  1. en_me on 21 Feb 2008

    me pun ader problem yg samer.. nanti me try k..

  2. KNizam on 21 Feb 2008

    nanti saya cuba. thanks for the link :)

  3. [...] yang lama untuk mengindeks semua fail yang terkandung dalam PC anda, contohnya Google Desktop dan Locate32. Namun, Everything melakukannya dalam masa yang singkat, tak sampai 10 saat di komputer saya. Ini [...]


Leave your comment