macrium-reflect

Bagi membuat backup pada hard disk dan partition, antara software yang paling poular digunakan adalah Norton Ghost dan Acronis True Image. Walau bagaimanapun, kedua-dua software ini adalah berbayar. Terdapat juga software yang percuma dan open source iaitu PING, namun antaramuka PING adalah mengelirukan, ianya lebih sesuai untuk pengguna yang lebih berpengalaman.

Sebuah lagi software sepertinya yang kurang diketahui ramai adalah Macrium Reflect. Software yang telah dimiliki oleh Microsoft ini bukan sahaja mesra pengguna, malah ianya percuma. Antara fungsi-fungsi yang disediakan oleh Macrium Reflect adalah:

  • Membuat backup pada hard disk atau partition dalam bentuk imej
  • Restore semula fail imej yang telah dibuat menggunakan Macrium Reflect
  • Melihat isi kandungan imej melalui Windows Explorer
  • Membuat satu Recovery CD yang boleh digunakan untuk menjalankan Macrium Reflect, sekiranya PC tidak dapat dihidupkan

Berdasarkan ujian yang telah saya buat terhadap Macrium Reflect, kelajuannya membuat backup dan restore adalah sangat bertentangan. Proses backup berjalan dengan sangat pantas, jauh mengatasi Norton Ghost atau PING. Namun, proses restore pula adalah sangat perlahan – ternyata kurang sesuai digunakan sewaktu kecemasan.

Kesimpulan

Software bagi tujuan hard disk backup biasanya dimonopoli oleh Norton dan Acronis, dan kesemuanya mahal-mahal belaka. Software open source seperti PING pula agak sukar digunakan, dan kadang-kala tidak stabil. Macrium Reflect berjaya merapatkan jurang ini dengan menawarkan software yang mesra pengguna, cekap, dan yang percuma. Anda boleh mendapatkan software ini dalam laman web Macrium Reflect.

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , ,

40 Responses


  1. HISHAM on 03 Jun 2009

    masih setia dengan PING…..sngt bleh diharapkan di waktu kecemasan.

    • MK on 03 Jun 2009

      @HISHAM: Kelajuan PING boleh tahan, malah lebih laju dari Norton Ghost. Compression pun lagi padat. Cuma tu la, kadang2 konpius dengan interface dia, uhuhu.

      • HISHAM on 04 Jun 2009

        Mmg pun akan konpius klu x biase.wlupun dah byk kali bwt,aku mesti ready ngan printout tutorial PING siap2 sblom wat backup/restore.langkah berjaga2.huhuhuhu

  2. wise on 03 Jun 2009

    Okei thanks MK, bley cube mende baru ni..,

    • MK on 03 Jun 2009

      @wise: Selamat mencuba dengan jayanye :)

  3. XGizuman on 04 Jun 2009

    saya baru beli hd sata 500gb.x install window lagi.Boleh x kalau buat partition C 200gb pastu D 300gb.

    • MK on 04 Jun 2009

      @XGizuman: Boleh je. Waktu nak install Windows tu awak dah boleh bahagi2 terus partition dia.

    • kaizer on 07 Jun 2009

      try guna gparted,MK pernah buat tutorail pasal tu rasanya :) .

  4. XGizuman on 04 Jun 2009

    ooo cam tu.TQ

  5. joe on 04 Jun 2009

    perisisan ni percuma??nape bila install ada trial??

    • MK on 04 Jun 2009

      @joe: Sila download Macrium Reflect Free, bukan Macrium Reflect Pro.

  6. ikhsan on 04 Jun 2009

    slm…
    dkt laman sembang nie de xtmpat bls2 komen2 selain dri yg nie?
    ley dpt kn url dy?

    act de byk bnde nk tau nie..
    then ley tnye2 pendapat..
    thanks

    • MK on 05 Jun 2009

      @ikhsan: Maksud awak, laman web komputer yang lain ke? Tengok kat sini: Senarai Blog Komputer Dalam Bahasa Melayu

    • cyberfly on 05 Jun 2009

      rasanya dia tanya tempat soal jawab alternatif.jawapannya Forum SK.tp kemana menghilang link forum SK?

      • MK on 05 Jun 2009

        @cyberfly: Eh, tertinggal lak Forum SK. Link akan diletak kembali dengan cargas…

        • cyberfly on 07 Jun 2009

          hahah patutpn takde.ingatkan dah delete :P

  7. blowie on 05 Jun 2009

    ade jugak akhirnya,selama ni asyik guna acronis je…nak beralih angin la pulak :D

    • MK on 05 Jun 2009

      @blowie: Kalau ada yang ori nye, best je guna Acronis. Tapi mahal, huhu.

  8. sawa on 05 Jun 2009

    bro!ni nak tanya sikit,kalau user account dah tak boleh buka,macam mana nak dapat balik,aku punya dah tak boleh buka la bro……i need your help as fast as possible…

    • MK on 05 Jun 2009

      @sawa: Tak boleh buka sebab apa, lupa password ke? Kalau lupa password, reset balik akaun tu guna user admin. Kalau user admin pun lupa password, reset password dia guna Boot CD. Er, kalau tak berapa faham tanya la ye.

      • sawa on 06 Jun 2009

        bro!biasanya,kalau hang pi desktop ada kan nama user lpas tu kat sblah dia ada gambar,tapi komputer aku takde gambar tu,jadi tak boleh le buke….please bro!!!!!important….

  9. ikhsan on 05 Jun 2009

    thanks bro mk..
    ko pnyer blog ade?

    -ak da try da pkai macrium reflect nie..
    da back up da..
    so klu nk 4mat laptop klu dew prob just pkai cd 2 je la kn?
    then t dy restore blek kn?
    so xyah la nk install macrium 2 lagi kn?

  10. tringin pkai ubuntu on 06 Jun 2009

    klu nk download ubuntu 9.04 2 pg dkt page ubuntu kn?
    then nk kne amek download location dri mane?
    malaysia xde pown bro..
    smlm bru lpas download dri location indonesia..
    tpi same ke dgn malaysia?
    singapore pnyer kdg2 xbleyh..

    lg 1..ble ak download dy jdi yg fail2..
    ISO xde pown..
    then cmne nk burn kt dlm cd?
    de x blog yg aja 1 per 1?
    da usha http://melayubuntu.blogspot.com
    tp cm xde info psal nie je..

    anyone can help me?
    email mike_shynoda90@y.c.
    thanks..

    • MK on 08 Jun 2009

      @teringin pkai ubuntu: Sebenarnya, tak kisah pun ko amik download location tu dari mana. Lagi dekat lagi bagus. Kalau tak dapat yang dekat2 pun, ambil je yang mana2 pun, asalkan dapat download.

      Hm.. sepatutnya ko download fail ISO. Kalau fail lain yang dapat, silap la tu. Bila dah dapat fail ISO, burn ke dalam CD, dan install macam biasa.

      • tringin pkai ubuntu on 10 Jun 2009

        dy tlis mmg ISO tp ble dah download dy jdi cm byk2 fail pas extract..
        2 yg plik 2..
        antare nyer -.disk,casper,dists,install,
        isolinux,pics,pool,preseed,autorun,
        md5sum.txt,ubuntu.cmprss,wubi.exe..

        saiz fail 2 de la dlm 700mb..

        • MK on 11 Jun 2009

          @tringin pakai ubuntu: Oh, awak tak perlu extract. Burn terus fail ISO tu ke dalam CD.

          • tringin pkai ubuntu on 14 Jun 2009

            slm MK…
            sory ggu sume..
            cmne nk uninstall ubuntu 9.04??
            ak bru install then ak xtaw nk divide partition so
            ak install je la..so ak nk delete then nk install yg bru..
            cmne ea??
            g 1 tyme ak psang ubuntu asal dy cm lmbt2 je nk loading nk2 tyme nk bkk folder..
            asal ea?
            ke ubuntu mmg cm2..
            thanks

          • MK on 14 Jun 2009

            @tringin pakai ubuntu: Cara2 nak install Ubuntu 9.04 lebih kurang je dengan cara2 install Ubuntu 8.10.

            Bab nak partition tu, bergantung pada hard disk ko. Kalau ko dah sedia hard disk kosong yang khas untuk install Ubuntu ni, boleh terus je pilih “Use the entire disk” waktu install Ubuntu.

            Ubuntu lambat loading tu.. aku tak sure lak. Memang setiap kali macam tu ke?

  11. Wira DuniaMoto on 06 Jun 2009

    nak kena belajar backup data ni…

    cuma skang ni aku cuma harapkn backup online sbb aku pakai norton 360 dah 2 tahun.

    apa pun aku nk cuba apa yg Mk nagi ni.

  12. azwan on 11 Jun 2009

    Kat pejabat, notebook dibackup menggunkan Acronis, PC kat rumah … baru nak start .. boleh try gak yang ni. tapikan … MK, personally kau prefer s/w yg mana satu? Macrium or Ping?

    • MK on 11 Jun 2009

      @azwan: Kalau pilih antara dua tu, aku amik Macrium. Sebab lagi mudah dan stabil. PING kadang2 bila dah buat backup, time nak restore, tiba2 fail dia tak boleh guna lak.

      Tapi biasanya, aku masih pengguna Ghost (bila la nak beli yang ori ni… >_<)

  13. wise on 12 Jun 2009

    Salam, brother2 sumer! aku sedang cari file crack utk software Macrium Reflect ni.., Sape2 yg ada crack tu boleh tak kongsi2 ngn kengkawan kat sini? hu..hu..

    • MK on 14 Jun 2009

      @wise: Tiada software crack di sini ye. Macrium Reflect tu ada yang free punya, toksah crack2.

  14. epin on 28 Jun 2009

    SALAM bro….saya baru dlm bab comp ni….nak tanya knpa…lampu biru kat tetikus tak tukar warna oren apabila off….(COMPAQ V3751AU)VISTA ULTIMATE….KERANA DRIVER DIA KE BRO…….

  15. lolipop on 28 Jun 2009

    bro.. saya baru nak blajar buat blog nak tau perluke guna html utk blog wordpress..? kalau tak guna bolehke dapat kedudukan yg baik SEOnya tq…

  16. jamal on 07 Aug 2009

    salam bro..kau ader masalah sikit lah…nak mintak tolong nie? aku nyer pc ikon kat monitor besar2 la kenaper aik?
    aku da tukar display resolution dia tp masih macam tu gak…

  17. tokjogho on 12 Sep 2009

    Salam bro,
    Ambo sekrang memang guna program ni.. sebab tu ambo masuk dalam
    artikel ni di site ambo ->

    http://panduanpercuma.info/komputer/1028/15-freeware-2009-yang-perlu-ada-dalam-komputer-anda/

    Cuma tak sempat nak tulis artikel pasal Macrium Reflect je. Syabas! kerana telah menulis pasal software free ni. Buat apa pakai Norton Ghost!

    • MK on 12 Sep 2009

      @tokjogho: Tah nye, buat apa pakai Norton Ghost yang mahal tu, pakai Macrium Reflect yang free sudah, haha.

  18. Ramzan Rashid on 19 Apr 2010

    Kawan2…..nak tnyer r…windows 7(client) nak access ke server guna OS LINUX…boleh x??

    • MK on 20 Apr 2010

      Boleh, guna SSH client, contohnya Putty.


Tinggalkan komen anda